browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kisah Nabi : Nabi Ibrahim Dan 4 Ekor Burung

Posted by on October 16, 2009


Pada suatu hari, Nabi Ibrahim a.s telah memohon kepada Allah s.w.t supaya menunjukkan kepadanya bagaimana Allah s.w.t menghidupkan makhluk yang telah mati. Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Ibrahim, “Adakah engkau tidak percaya bahawa Aku berkuasa menghidupkan makhluk yang telah mati?”. Lalu Nabi Ibrahim a.s pun menjawab “Sudah pastinya aku percaya bahawa Kau Maha Berkuasa untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati, tetapi aku mahukan kefahaman yang mantap”.

Allah s.w.t telah memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s dengan memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengumpulkan 4 ekor burung iaitu Burung Merak, Ayam Jantan, Merpati dan Helang. Selepas itu Allah memerintahkan supaya menyembelih dan mencincang keempat-empat burung tersebut. Setelah itu, baginda perlulah meletakkan burung2 yang dicincang itu di 4 buah bukit yang berlainan.

Maka dengan kuasa Allah s.w.t, keempat-empat burung yang diletakkan di bukit yang berlainan itu tadi telah bercantum kembali dan burung2 itupun terbang ke arah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim a.s terus memuji Allah setelah melihat kehebatan Allah s.w.t ini..

INTISARI CERITA :

1) Nabi Ibrahim a.s walaupun telah beriman dan menyakini kehebatan Allah s.w.t, baginda tetap ingin mempelajari sesuatu daripada Allah untuk menambahkan iman.

2) Tamsilan kepada 4 ekor burung :

-BURUNG MERAK : Bangga dengan kecantikan dirinya. Kecantikan yang Allah beri kepada kita perlulah disyukuri dan bukannya dimegah-megahkan seperti yang dilakukan oleh burung merak.

-AYAM JANTAN : Ayam jantan suka mengawan tidak kira masa dan tempat. Hal ini perlulah kita hindari dan banyakkan beribadah kepada Allah s.w.t.

-BURUNG MERPATI : Burung merpati mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila burung-burung lain sudah mencelikkan mata di awal pagi lagi untuk mencari makanan sedangkan ia masih lagi tidur. Janganlah menjadi seperti burung merpati yang malas bekerja.

-BURUNG HELANG : Sikapnya yang suka menyambar ditamsilkan kepada manusia yang suka mengambil peluang ke atas orang lain dan bertindak zalim. Setiap muslim perlulah menghindarkan diri daripada sikap2 di atas dan binalah diri ke arah redha Allah s.w.t.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);