browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kisah Sahabat : Kisah Tasbih Fatimah.

Posted by on October 11, 2009


Saidatina Fatimah r.ha biasa menggunakan pengisar untuk mengisar gandum sehingga menyebabkan tangan beliau melecet. Beliau juga selalu mengangkut air ke rumahnya di dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan bahu beliau berparut. Beliau juga sibuk membersihkan rumah sehingga pakaiannya menjadi kotor.

Suaminya Saidina Ali r.a berasa sangat kasihan kepada isterinya lalu memberi cadangan supaya Fatimah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk memberikan seorang hamba untuk membantunya. Tambahan pula ketika itu tawanan perang telah dihantar ke Madinah.

Lalu Fatimah r.ha pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, tetapi ketika itu ramai tetamu di rumah baginda. Oleh kerana beliau adalah seorang yang bersopan-santun, Saidatina Fatimah pun pulang ke rumah semula kerana tidak berani berjumpa dengan ayahnya di hadapan khalayak ramai.

Pada keesokkan harinya, Rasulullah s.a.w telah datang ke rumah Fatimah dan bersabda “Fatimah! Apakah sebab dikau datang ke rumahku kelmarin?”. Fatimah berasa malu dan mendiamkan diri. Lalu Saidina Ali pun berkata “Wahai Rasulullah s.a.w.. Tangan Fatimah telah melecet dan bahunya telah berparut kerana sibuk mengisar gandum dan mengangkut air bersendirian. Beliau juga sibuk mencuci rumah sehingga menyebabkan pakaiannya menjadi kotor. Aku memberi tahunya mengenai tawanan perang dan mencadangkan supaya bertemumu untuk memberikan seorang pembantu untuk membantunya membuat kerja”.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda:
“Takutlah kepada Allah wahai Fatimah. Perolehilah taqwa dan teruskanlah urusan kerja rumah tanggamu wahai Fatimah. Sebelum engkau tidur, ucaplah “‘Subhanallah” 33 kali, “Alhamdulillah” 33 kali dan “Allahu Akhbar” 34 kali. Dan kau akan dapati, ianya lebih berguna dari seorang pembantu”.

Fatimah r.ha menjawab : “Aku berpuas hati dengan Allah dan Rasul-Nya”

Tasbih Fatimah : “Subhanallah” 33 kali, “Alhamdulillah” 33 kali dan “Allahu Akhbar” 34 kali.

TIP SUNNAH : Sebelum tidur baca 3 kul, selawat atas nabi, ucapkan tasbih Fatimah. Hembuskan ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan. InsyaAllah dilindungi Allah s.w.t..
Selamat Beramal..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);