• Kisah Sahabat

    Kisah Sahabat : Kisah Tasbih Fatimah.

    Saidatina Fatimah r.ha biasa menggunakan pengisar untuk mengisar gandum sehingga menyebabkan tangan beliau melecet. Beliau juga selalu mengangkut air ke rumahnya di dalam sebuah beg kulit sehingga menyebabkan bahu beliau berparut. Beliau juga sibuk membersihkan rumah sehingga pakaiannya menjadi kotor. Suaminya Saidina Ali r.a berasa sangat kasihan kepada isterinya lalu memberi cadangan supaya Fatimah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk memberikan seorang hamba untuk membantunya. Tambahan pula ketika itu tawanan perang telah dihantar ke Madinah. Lalu Fatimah r.ha pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w, tetapi ketika itu ramai tetamu di rumah baginda. Oleh kerana beliau adalah seorang yang bersopan-santun, Saidatina Fatimah pun pulang ke rumah semula kerana tidak berani berjumpa dengan…

  • KEMBARA

    Kembara : Lawatan Industri (DanCast Sdn Bhd)

    Bergambar di depan kilang DANCAST SDN BHD Sabtu, 3/10 – Saya menyertai satu lawatan industri anjuran kelas saya sendiri. Lawatan ini adalah lawatan industri kedua saya pada sem ni. Lawatan ni khusus untuk subjek Manufacturing Technology 1 (MEM361) dalam topik casting. Perjalanan bermula pada pukul 10.15 pagi di UiTM Penang dan bergerak ke Jitra, Kedah (lokasi kilang). En. Amin sedang memberi penerangan khas tentang proses casting Sampai di kilang tu, kami diberi penerangan khas oleh En Lesairulamin ( En Amin) Pensyarah Mekanikal. Di kilang inilah beliau buat praktikal tentang casting sebelum mengajar tentang casting ni. Sebab tu kami pelik sampai2 kilang tu je dia terus buat kerja kat situ. Bagi…

  • Family

    Selamat Berjuang AJI!!

    MUHAMMAD JAMAL RAMZI BIN JAKIRAN Bermula hari ini 7 Oktober 2009, adik saya ni akan menduduki PMR. Saya ucapkan selamat berjuang kepada beliau dan berdoa agar dipermudahkan untuk menjawab soalan. InsyaAllah Fin Najah.. Ameen.. Share

  • KEMBARA

    Kembara : Pertandingan Nasyid Terbuka EKUUM Ke-22

    Intro di atas bergema di pentas pertandingan nasyid UUM. Tergetar juga kat atas pentas tu, lagipun time tu ngantuk sangat. He2.. Buat kali keduanya kumpulan yang saya anggotai (Far-E-ZeeN) ke Universiti Utara Malaysia menggalas tugas mewakili UiTM Penang. Dalam pertandingan ini, lagu ditulis oleh saudara Pidin (Far-E-ZeeN). Far-E-ZeeN Alhamdulillah.. Buat kali pertamanya kumpulan ASRAR (junior) mendapat tempat dalam banyak2 pertandingan yg diorang sertai. Kami tumpang gembira di atas kejayaan diorang kumpulan ASRAR. Harap2 lepas ni semangat korang tak lemah lagi la ye.. KEPUTUSAN: JOHAN : UTAMA (UUM)KEDUA : ASRAR (UiTM Penang)KETIGA : Far-E-ZeeN (UiTM Penang) Gambar Kenangan EKUUM 22 Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Dalam syok2 menang yang paling…

  • Uncategorized

    Kembara : MARIWASA

    Lawatan Industri Ke MARIWASA Pada tanggal 21 Ogos 2009, saya telah menyertai lawatan industri bersama kawan2 ke MARIWASA(MAhu caRI WAng SAja) di Kuala Kangsar,Perak. Lawatan ni bertujuan menambah pengetahuan yang kami belajar dalam kelas. Kilang ini sebenarnya adalah kilang stamping yang banyak menghasilkan pingat2 kebesaran dan duit syiling. Kami dibawa melawat ke section molding. Di sini mereka menghasilkan acuan untuk stamp produk2 yang mereka hasilkan. Antara produk2 yang menarik kat kilang ni ialah wang syiling dirham. Boleh dikatakan semua sultan2 kat Malaysia ni tempah pingat kat kilang ni. Manager MARIWASA tu pesan, kalau nak kawin nanti, datang tempah 40 dirham kat dia.. Buat hantaran. He2.. Share

  • Uncategorized

    Selamat Kembali!!

    “Aku alu-alukan kalian dengan alu-aluan Islam, alu-aluan yang asalnya di sisi Allah, penuh kebaikan dan keberkatan, manusia menyebutnya sebagai adat, sedangkan kita menyebutnya sebagai ibadat, Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh” Alhamdulillah.. Blog saya kembali lagi setelah blog yang lalu ada sedikit masalah dalam pembikinannya. Al-Maklumlah budak baru belajar. Ada sedikit pengubahsuaian dari segi alamat blog ye.. Terimalah jamalrafaie89.blogspot.com Share