browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

PERSPEKTIF : 1 MALAYSIA.. Antara Harapan Dan Kritikan..

Posted by on October 21, 2009
“Diri saya bukannya besar untuk mempersoalkan tentang konsep 1MALAYSIA. Tetapi hanyalah untuk renungan bersama”

Pengenalan.. Konsep 1MALAYSIA diilhamkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Konsep ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Konsep ini adalah satu konsep yang sangat baik bagi saya kerana kaum2 di Malaysia dapat menikmati nikmat keamanan yang berterusan jika rakyat dapat menghayatinya dengan berkesan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah mengikuti segala agenda kerajaan jika ianya adalah baik. Tetapi yang ingin saya perkatakan di sini ialah cara perlaksanaan yang kurang menyenangkan saya. Mungkin hal ini bukannya menggambarkan keseluruhan perlaksanaannya, hanyalah segelintir sahaja yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Tetapi ianya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan dari segi konsep, tetapi dari segi program khususnya pengisian sesuatu program itu.

Hal ini terjadi sewaktu saya dan kawan2 memenuhi jemputan jamuan hari raya dan Deepavali yang bertemakan 1MALAYSIA di kawasan tempat pengajian saya. Ternyata ramai orang yang menghadiri majlis jamuan tersebut sampaikan kami hanya melihat sahaja roti canai, ketupat, rendang, semua menyelerakan tapi tak dapat ambil sebab ramai orang. Ha3.. Selepas itu, Alhamdulillah.. Kami dipelawa ke bilik VIP oleh seorang kenalan untuk menjamu makanan yang ada. Syukur dapat makan.

Bukan pasal makanan yang saya ingin katakan sebenarnya, tetapi berkenaan tentang persembahan yang diadakan dalam majlis tersebut. Pada awalnya, perjalanan persembahan amat baik sekali. Dimulakan dengan persembahan kompang yang menyanyikan lagu2 selawat ke atas nabi. Seterusnya pula giliran kumpulan nasyid UiTMPP (ASRAR) yang menyanyikan lagu2 memuji Allah dan kasih sayang di antara manusia. Diikuti pula dengan persembahan dari kumpulan masyarakat India yang mendendangkan lagu tradisi mereka. Selepas itu ada sedikit majlis penyampaian bantuan kepada warga emas dan penyampaian bantuan yang lain..

Persembahan berbentuk hiburan Islam perlulah diperbanyakkan dalam program2 kerajaan

Apa yang mengejutkan saya, selepas persembahan2 itu tadi, penganjur menganjurkan satu pertandingan ratu kebaya yang bagi saya tidak perlu diadakan. Dengan kehadiran peserta yang berpakaian yang menjolok mata, sehinggakan ramai yang bersorak apabila mereka memperagakan kostum mereka. Tambahan pula, tema pertandingan ini ialah 1MALAYSIA, para peserta perlulah membuat satu ucapan ringkas yang bertemakan 1MALAYSIA sewaktu menggayakan pakaian mereka. Bagi hemat saya, hal ini bukan sahaja menjatuhkan imej 1MALAYSIA bahkan menjatuhkan maruah peserta itu sendiri. Memanglah dalam pertandingan itu disertai oleh peserta berbilang kaum dan menunjukkan kepelbagaian budaya Malaysia, tetapi caranya adalah tidak betul dan tidak mengikut syariat Islam. Lama kelamaan apabila diperhatikan, majlis jamuan hari raya telah bertukar kepada pesta hiburan yang melalaikan. Ini yang merunsingkan saya. Alahai..

Jika perkara seperti berterusan, lama kelamaan pasti rakyat akan menilainya. Saya rasa cukup untuk menjemput kumpulan2 yang membuat persembahan secara Islamik dan jika mahu menyelitkan persembahan kebudayaan sesuatu kaum yang bertujuan menunjukkan perpaduan dan kepelbagaian budaya, masukkan persembahan yang tidak ‘ekstrem’ ataupun tidak keterlaluan. Pasti akan menimbulkan fitnah jika majlis itu dipenuhi dengan acara maksiat yang dilarang Islam. Bukannya saya ingin melobi golongan penasyid tetapi sebagai alternatif kepada masyarakat untuk berhibur.

Program percambahan fikiran rakyat yang tidak berselindung dengan agenda politik perlu diperbanyakkan (Gambar Hiasan)

Akhir kata.. Saya bukannya hendak mengatakan bahawa kerajaan itu salah. Tetapi untuk membetulkannya sahaja. Saya bukannya golongan pembangkang yang tahu membangkang walaupun sesuatu yang dibangkang itu adalah baik, tetapi saya hanyalah ingin memberi pendapat dan membetulkan apa yang tidak betul. Siapalah saya untuk memberi tunjuk ajar, ilmu di dada ini tidak cukup, tetapi memberi pendapat sekadar yang termampu. Saya hanya mahu melihat bangsa dan agama Islam terus didaulatkan dengan cara kita sama2 mencari keredhaan Allah s.w.t.

Antara harapan dan kritikan.. Hanya sebagai satu usaha yang kecil.. Seperti seekor burung yang sanggup berusaha membawa air di mulutnya semata-mata ingin memadamkan api yang ingin membakar Nabi Ibrahim a.s. Moga2 Malaysia menjadi satu negara yang maju dan diredhai Allah s.w.t dengan pendekatan 1MALAYSIA yang sempurna. InsyaAllah..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);