browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

PERSPEKTIF : Kejadian Sejadah Berdiri.. Pelik Tapi Benar?

Posted by on October 22, 2009
“Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu”

(Surah Yassin ayat 82)

Salam.. Sebenarnya saya tidak terlalu terkejut tentang fenomena ini apabila ia berlaku buat kali pertama. Tetapi selepas beberapa siri kejadian ini dilaporkan, hal ini yang membuatkan saya menjadi terkejut dan terkeliru. Secara kebiasaannya di Malaysia ini, sesuatu kejadian pelik yang berlaku selalunya akan mempunyai kejadian bersirinya selepas itu. Entahlah. .Betulkah perkara ini benar2 berlaku atau saja dibuat orang? Mungkin kes yang pertama adalah benar2 terjadi. Bagaimana pula dengan kes yang kedua? Wallahua’lam..

Saya mulakan dengan menyatakan beberapa siri kejadian ini..

Kejadian berlaku pada 1 Oktober 09 di Taman Haji Amin di Permatang Pauh (kawasan bersebelahan UiTM Penang). Dikatakan sejadah tersebut berdiri dengan sendirinya pada pukul 9.00 malam (selepas isyak). Dikatakan juga perkara ini berlaku apabila pasangan suami isteri di rumah itu bertengkar berkenaan arah kiblat di rumahnya. Adakah ini sebagai petunjuk dari Allah s.w.t?

Di Kota Bharu, kejadian sejadah berdiri berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahman Kenali, SK Mulong 2 dan Pejabat Yayasan Islam Kelantan.

Di Bukit Mertajam pula dilaporkan 4 helai sejadah didakwa dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat.

Di Alor Setar, 3 helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang jemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan.

Jika dilihat melalui beberapa kes ini, akan timbul persoalan yang merunsingkan. Bukan kerana kejadian ajaib ini, tetapi mengapa selepas satu kes dilaporkan, kes yang lain bersusun pula untuk dilaporkan di dada akhbar.

Tambahan pula mendirikan sejadah boleh dilakukan oleh semua orang. Sudah pastilah ianya akan dijadikan modal kepada orang yang mahu mengejar liputan media. Andaian sahaja.

PETUNJUK ALLAH

Sebagai seorang muslim, kita tidak perlulah berasa pelik tentang kejadian2 pelik yang terjadi di sekeliling kita. Allah s.w.t mempunyai kuasa membuat sesuatu yang dikehendaki-Nya. Seperti dalam surah Yassin ayat ke 82, Allah s.w.t telah menerangkan sifat “kun fayakun” kepada makhluk-Nya. Jadi tidak perlulah kita berasa pelik dan memikirkan perkara2 tahyul sehinggakan kejadian itu dapat menggugat akidah seorang muslim. Apa yang perlu kita lakukan ialah memuji kebesaran Allah bila berlaku kejadian seperti ini. Ucapkanlah Subhanallah..

Allah s.w.t Maha Pencipta.. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya untuk menunjukkan kekuasaan-Nya. Mungkin juga untuk memberi petunjuk kepada manusia seperti yang berlaku dalam kejadian ini.

ANGKARA JIN DAN SYAITAN

Fenomena ini juga boleh berlaku disebabkan oleh mainan jin dan syaitan. Sedia maklum bahawa jin dan syaitan berusaha menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun, mungkin juga perkara ini dilakukan oleh ‘mereka’. Wallahua’lam..

Tujuannya adalah menyesatkan manusia untuk syirik kepada Allah s.w.t. Dilaporkan juga ada setengah pihak yang melakukan perkara khurafat seperti meletakkan air di hadapan sejadah itu untuk mendapatkan ‘berkat’ kononnya. Mungkin juga angkara jin dan syaitan ada benarnya. Semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Kesimpulannya.. Kejadian ini boleh dilihat dalam pelbagai sudut. Sama ada kita dapat menambah iman apabila melihat kejadian ini atau pun ianya akan menjadi duri kepada akidah kita. Fikir2kanlah dan sama2lah kita mendapat pengajaran.. ALLAHU AKBAR!!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);