browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Ada Duit Kecik Tak?

Posted by on November 6, 2009
“Sesungguhnya perniagaan itu adalah sembilan per sepuluh daripada sumber rezeki”
(Riwayat Tirmizi)

Jual Beli adalah salah satu muamalat dalam Islam-Gambar Hiasan

“Tak de duit kecik la bang..”

“Nak makan ape!!”

“Nak beli ke tak? Kalau tak nak beli boleh belah!!”

Pernah tak anda dengar semua dialog di atas? Mesti pernah kan? Haha.. Hal ini banyak berlaku di kalangan peniaga2 Melayu Islam kita ni. Kadang2 malas nak pergi kedai2 orang melayu ni. Ada duit salah, tak duit pun salah. Bawak duit RM50 sekeping tak ada duit kecik, tak bawak duit kena hambat pulak (memang patut pun).

Baca seterusnya>>

Bila perniagaan gulung tikar, dikatanya tidak ada rezeki. Betul tu, rezeki tu datangnya dari Allah s.w.t, tetapi lupakah kita dengan sabda Nabi s.a.w? Siapa yang berusaha akan berjaya, siapa yang bercucuk tanam dialah yang mendapat hasilnya. Setiap peniaga perlu berusaha untuk menarik pelanggannya. Tak kira dari segi produk ataupun servis mereka.

Pada hemat saya, produk2 orang Melayu Islam kita ini boleh la dikatakan setaraf dengan produk2 orang bukan Islam. Tetapi servis kepada pelanggan oleh peniaga itu sendiri yang menyebabkan potensi untuk perniagaan bumiputera kita ini tidak mencapai tahap yang memberansangkan.

MASALAH BAKI DUIT PELANGGAN


Pernah satu ketika, saya pergi membeli barang di kedai orang Melayu. Barang yang saya beli di kedai itu tidak la terlalu sedikit dan tidaklah terlalu banyak. Lebih kurang dalam RM20++. Bila masa hendak membayar, cashier tu kata “Ada duit kecik tak? Cari la mana2 duit kecik, pas2 datang balik bayar”. Menyirap dengar kata2 tu..

Apa yang sepatutnya cashier itu lakukan? Dia sepatutnya mencari duit kecil untuk pelanggan dia. Bukannya pelanggan yang mencari duit kecil untuknya. Untuk menjadi peniaga yang baik, jangan malas untuk menyediakan duit kecil untuk sesi jual beli. Kalau malas sediakan duit kecil, pelanggan akan lari dan tak nak datang lagi kat kedai tu. Sebab tu kadang2 pelanggan suka pergi kedai Cina. Duit kecik mesti ada punya la..

MURAHKAN DENGAN SENYUMAN


Senyuman adalah satu sedekah dan boleh juga digunakan untuk pikat pelanggan (bukan menggoda ye). Bayangkan kalau pergi ke kedai, peniaganya asyik monyok je, memang tak lama lagi gulung tikar la nampaknya.

Kadang2 sesetengah peniaga suka memilih pelanggan. Sebagai contoh, bila datang orang yang agak berduit, layanan bukan main mesra lagi. Kalau student yang datang ke kedai dia, macam tak nak layan je, dia tak tahu yang student la yang paling banyak duit. Hehe.. (duit subsidi makan boleh la).. Walaupun pelanggan tidak membeli dan hanya belek2 je, layanlah dengan layanan yang baik kerana mungkin waktu itu mereka hanya nak survey sahaja barang2, waktu lain baru nak beli. Kalau peniaga tak mesra, diorang beli kat tempat lain la jawabnya.

JANGAN DENGKI

Hal ini salah satu sikap orang Melayu kita yang selalu berlaku. Masing2 ada sijil ‘PHD’ (Perasaan Hasad Dengki). Bila tengok ada peniaga nasi lemak yang laku jualannya di sesuatu tempat, tengoklah dua tiga hari lagi, mesti ada penjual nasi lemak yang lain pulak kat tempat tu. Melayu memang pendengki. Tak boleh tengok orang lain senang. Alasannya.. “This is business, mesti ada saingan”. Banyaklah alasan dia.

Saingan itu perlu ada dalam sesuatu perniagaan. Tetapi biarlah persaingan yang sihat. Kalau orang lain jual nasi lemak, kita jual la roti canai.. Barulah tempat tu berkembang maju dengan adanya banyak pilihan jualan yang akan membuatkan para pelanggan suka datang ke tempat tu. Masing2 dapat faedah, barulah orang Melayu Islam dapat maju berniaga.

BANYAK PILIHAN


Pelanggan pastinya memilih kedai yang mempunyai banyak pilihan. Senang cerita semua yang pelanggan nak beli, semua ada kat kedai tu. Bukan maksudnya kedai itu kena jadi seperti Tesco, Giant, Carrefour dan lain2. Cukuplah sekadar kita dapat menyediakan barangan2 yang famous di kalangan masyarakat. Tidak perlulah seorang pelanggan itu membeli beras di kedai ini, bila nak membeli kicap pula kena pergi ke kedai lain. Kan susah macam tu.

KESIMPULAN

Banyak lagi yang boleh disentuh dalam bab jual beli ini. Islam menggalakkan penganutnya untuk menceburi bidang perniagaan. Dalam masa yang sama, hukum hakam dalam berniaga juga perlu dijaga seperti jujur dalam timbangan, jangan menjual barang yang telah dibeli dan sebagainya. Jika setiap peniaga mengamalkan hukum dan etika berniaga yang betul dan efisien. Pasti perniagaanya akan maju. InsyaAllah.. HIDUP PENIAGA MELAYU ISLAM!!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);