browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Alarm Itu Berbunyi Lagi

Posted by on November 14, 2009
“Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya”

Terdengar deringan lagu “sepohon kayu” memecah keheningan pagi. Berkali-kali ianya berbunyi mengejutkan tuannya. Setiap 5-10 minit seterusnya bunyi itu akan kedengaran lagi. Namun tuannya masih tidak sedarkan diri. Membujur kaku mengulit kenikmatan melakukan ‘amalan yang paling ikhlas’.

Tidur dan terus tidur..

Biasa ianya berlaku. Tidak kira kepada sesiapa sahaja. Hanya yang kuat dapat mengalahkannya.

Baca seterusnya>>

PERCAYA ALARM YANG MEMBANGUNKANNYA

Pernah tak anda mendengar alasan “sorilah lewat cikit.. jam rosak la, tak bunyi pulak pagi ni”. Rasanya biasa kita mendengarnya. Ironinya, kita terlalu mengharapkan bahawa jam yang membangunkan kita. Tetapi sebaliknya berlaku.

Hakikat sebenarnya, hanya Allah s.w.t sahajalah yang membangunkan hamba2nya di kala subuh menjelma. Tidak percaya? Mengapa masih ada lagi insan yang tidak sedar2 walaupun deringan alarmnya berbunyi kuat dan berulang-ulang. Dan ada juga insan yang terbangun tetapi tidak dibangunkan dek deringan alarm yang memekikkan telinga. Sipakah yang membangunkan dan menidurkan mereka?

Serahlah kepada Allah s.w.t di atas urusan membangunkan kita. Deringan jam hanyalah sebagai usaha, bukannya sebagai penentu kejayaan membangkitkan kita di pagi hari. Ya Allah.. Kami sering tidak berharap padaMu.. Ampunkanlah kami.

MANUSIA PALING HEBAT DAN KUAT

Allah s.w.t lebih menyukai muslim yang kuat daripada muslim yang lemah-Gambar Hiasan

Seorang atlet telah memenangi pingat emas dalam temasya sukan Olimpik di Beijing. Kemenangan itu juga menobatkan beliau sebagai manusia paling kuat di dunia yang dapat mengangkat berat sekitar 50-60 kg. Mungkin ramai lagi manusia yang berjaya mengangkat berat yang luar biasa diangkat oleh manusia biasa. Mereka ini golongan yang hebat dan kuat.

Tetapi.. Kemanakah kebanyakan mereka di subuh hari? Berat 50kg berjaya diangkat, selimut tak sampai 1kg tidak pula boleh diangkat?

Sungguh luar biasa.

Ada manusia yang lebih kuat rupanya. Orangnya tidaklah mempunyai tubuh berketul-ketul. Tidak pula memenangi pingat emas walaupun di peringkat sekolah sekalipun. Tetapi jiwanya sungguh hebat, menadah tangan ke hadrat Allah s.w.t di kala insan lain masih diulit mimpi. Orang ini adalah manusia yang paling hebat dan kuat.

“Allah lebih menyukai mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah”
(Maksud hadis)

Mukmin yang kuat bermaksud mukmin yang kuat amal ibadatnya dan akidahnya, bukannya kuat tubuh badan walaupun tubuh badan yang kuat memberi kelebihan kepada seseorang.

Kuasa dalaman lebih berkuasa daripada kuasa luaran.

PETUA TIDUR RASULULLAH

“Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mementingkan rehat yang mencukupi untuk beribadat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w mengajar kita cara untuk mendapatkan rehat yang mencukupi dan cara tidur berlandaskan Islam.

Antara sunnah tidur Rasulullah ialah:

1)Berwuduk sebelum tidur
-Sebaik-baiknya gosok gigi sebelum tidur kerana ianya adalah amalan yang dirahmati.

2)Perut tidak terlalu kenyang
-Perut yang kenyang menyebabkan mengantuk.

3)Mengingati kesilapan
-Mengingati semula kesilapan yang dilakukan dan beristighfar memohon ampun kepada Allah.

4)Membaca doa dan surah tertentu
-Rasulullah selalu membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-nas.
-Membaca doa sebelum tidur
-Hembuskan ke tapak tangan dan sapukan keseluruh badan.

5)Berazam untuk bangun awal
-Berdoa kepada Allah untuk membangunkan kita.
-Berazam untuk menunaikan solat subuh

6)Bangun pagi
-Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot – otot badan .

Allah s.w.t menjanjikan rezeki yang berkat di waktu pagi. Nabi pernah bersabda yang mengatakan tidur selepas subuh mewarisi kepapaan dan tidur selepas asar mewarisi kegilaan. Dapat dilihat orang yang bangun di waktu pagi lebih berjaya dan berkat rezekinya.

Contohnya.. Makan di waktu pagi disebut sebagai sarapan. Orang yang bangun pagi boleh bersarapan, manakala yang tidak bangun tidak dapat bersarapan. Satu contoh kehilangan rezeki yang Allah s.w.t berikan keberkatan di waktu pagi. Janganlah jadi seperti merpati yang burung2 lain keluar mencari rezeki tetapi dia masih tidur hingga ke tengah hari.

Saya menasihati diri saya sendiri juga. Sekadar berkongsi dengan anda semua. Wallahua’alam..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);