browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Besarnya Lembu Itu !!

Posted by on November 26, 2009


Di sebuah tempat bernama North Petherton, England, dilaporkan seorang petani bernama Arthur Duckett memiliki seekor lembu gergasi yang dikatakan seberat 1,587 kg dan masih belum pasti berat sebenarnya. Berikutan berita tersebut, lembu miliknya dinobatkan sebagai lembu paling besar dan terberat di dunia. Subhanallah..

Lembu itu juga dikatakan masih membesar sehingga sekarang. Jika hal ini berlarut berlarutan, maka Arthur Duckett memegang rekod dunia dengan memiliki lembu gergasi itu. Bagaimana beliau membela lembu sebesar itu ye? Wallahua’alam..

Baca seterusnya>>

BEBOLA DAGING GERGASI TERBESAR DI DUNIA


Di Concord (US) pula, seorang pemilik restoran di pantai timur Amerika Syarikat bernama Matthew Mitnitsky telah berjaya menghasilkan bebola daging terbesar di dunia. Rekod beliau telah diiktiraf oleh Guinness Book of World Records.

Para pegawai Guinness Book of World Records telah mengesahkan bebola daging yang dihasilkan oleh Matthew Mitnitsky seberat 101 kilogram dan memecahkan rekod bebola daging yang dicatat di Mexico yang hanya seberat 50 kilogram sahaja.

BOLA GETAH TERBESAR DI DUNIA


Berkat kesungguhan selama 6 tahun, seorang lelaki di Miami bernama Joel Waul berjaya memintal gelang2 getah menjadi sebiji bola gergasi sebesar sebuah kereta sekali gus diisytiharkan bola getah terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Records.

Bola getah itu seberat 4.09 tan dan telah dibawa ke Muzium Ripley di Orlando. Ciptaan lelaki itu dianggap satu karya agung oleh timbalan presiden Ripley’s Believe It or Not, Edward Meyer sehingga beliau sanggup membayar harga tinggi untuk memilikinya.

ANTARA IKAN KELI TERBESAR DI DUNIA


Kisah ini berlaku di London pula, seorang pemancing bernama Sean Kinnear berjaya mendaratkan ikan keli seberat 107.95 kilogram di Sungai Ebro. Beliau mendakwa bergelut selama 15 minit sebelum berjaya menaikkan ikan tersebut.

Ikan keli ini bukannya ikan keli terberat yang dicatatkan, tetapi cukuplah untuk diiktiraf sebagai antara ikan keli yang terbesar di dunia. Sebelum ini, ikan keli yang paling besar dan terberat dilaporkan ditangkap di Sungai Mekong, Thailand seberat 239 kg pada 2005. Mesti banyak lagikan ikan2 besar kan dunia ni? Sedap ke makan ikan besar2 macam tu?

PARI GERGASI


SEORANG ahli biologi dari Amerika Syarikat (AS), Zeb Hogan keriangan apabila pemandu arahnya yang juga seorang pemancing, Rick Humphreys berjaya menangkap seekor ikan pari air tawar gergasi yang jarang ditemui seberat 22 kilogram di Sungai Mekong di Thailand.

SIAPA LAGI BESAR?

Jika Arthur Duckett, Matthew Mitnitsky, Joel Waul, Sean Kinnear dan Zeb Hogan berbangga dengan ‘objek’ paling besarnya, apakah yang kita banggakan? Kita ada objek yang besar juga ke?

“Allahu Akbar, Allahu Akbar”

Seruan inilah yang sering kali kita dengar saban hari, 5 kali sehari semalam. Adakah kita berbangga mempunyai tuhan yang Maha Besar?

Seorang anak muda mendengar azan tatkala sedang membasuh motornya, maka motosikalnya lebih besar dari tuhannya.

Seorang ibu sedang sibuk membeli-belah sewaktu azan berkumandang, maka membeli lebih besar dari tuhannya.

Sekumpulan anak muda sanggup bangun di tengah malam untuk menonton bola sepak, maka bola lebih besar dari bangun di tengah malam bermunajat kepada tuhannya.

Di sebalik kebesaran sesuatu makhluk, ada lagi yang lebih besar darinya. Di mana datangnya lembu gergasi itu jika Si Maha Besar tidak menciptakan, di mana datangnya ikan keli gergasi itu jika Si Maha Besar tidak mahu menciptakannya. Setiap ciptaan-Nya mempunyai hikmah, hanyalah supaya manusia memikirkan kebesaran-Nya. Subhanallah..

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda (keEsaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
(Surah Al-Baqarah: 164)

Wallahua’alam… ALLAHU AKBAR!!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Besarnya Lembu Itu !!

  1. mr.pingu

    semua besar2
    mr.pingu´s last blog post ..Showmanship malam ni memang The Best!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Maha Suci Allah yang MAHA BESAR.. Allahu Akbar!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);