browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Minit Ke-17

Posted by on November 9, 2009
“Majulah Sukan Untuk Negara”
Sumber – Kosmo

GOLLLLLLLL!!

Masing2 bersorak gembira. Terutamanya bagi penyokong2 pasukan Negeri Sembilan. Jaringan pertama pada minit ke 17 memecah suasana stadium yang gamat dengan kebanjiran penyokong2 kedua-dua pasukan.

Penyokong pasukan Kelantan mula resah. Apa tidaknya, Si Kijang Emas ketinggalan 1 mata di belakang pasukan Jang Oh Jang. Pertarungan pada malam ini sungguh menarik sekali. Pertembungan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan menjadi satu sejarah kerana kedua-dua pasukan amat jarang sekali dapat melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Malaysia.

Baca seterusnya>>

Pasukan Negeri Sembilan telah menunggu selama 61 tahun untuk menjuarai semula Piala Malaysia. Pasukan Kelantan pula sudah 3 kali melayakkan diri ke pusingan akhir, tapi semuanya hancur berkecai.

Final Piala Malaysia edisi ke-83 ini dilangsungkan di Stadium Nasional. Disaksikan oleh 85000 penonton dan 70% daripada jumlah penonton adalah penyokong dari pasukan Kelantan. Apa yang menariknya, kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan cuti khas bagi seluruh negeri kerana meraikan Kelantan layak ke final.

Keputusan perlawanan… Negeri Sembilan 3, Kelantan 1.

SAYA DI WAKTU ITU

Di waktu perlawanan ini berlangsung, saya berada dalam bilik sahaja. Esoknya ada exam, jadi tak payah la buat2 sibuk nak tengok bola. Hehe.. Lagipun bukan pasukan negeri saya yang berentap, tak ada feel nak tengok. Kalau saya sokong pun, saya akan sokong N9 sebab sama2 team pantai barat.

BOLA SEPAK DI MALAYSIA

Bagi saya, bola sepak di Malaysia ni masih kurang berkualiti. Kita hanya akan dapat melihat ianya ber’kualiti’ sewaktu berlangsungnya perlawanan akhir terutamanya Piala Malaysia. Saya pasti ramai peminat bola sepak Malaysia yang bersetuju dengan saya. Saya bukanlah berkata ini seperti saya lebih hebat bermain daripada pemain kita (saya bukannya star pun), tetapi atas sifat sebagai peminat sahaja.

Hari ini menang, esok kalah balik. Reputasi yang tidak konsisten ditunjukkan. Alasannya bukan nasib kita la, pemain tak dapat gaji yang banyak la, stamina kurang dan macam2 lagi. Kadang2 lebih banyak alasan daripada memberi idea untuk tingkatkan kualiti. Kenapa boleh jadi macam ini ye? Tak tahu la..

BERHEMAH KETIKA MENYOKONG

Dalam sibuk2 lepak dekat bilik, sebenarnya saya mengambil tahu secara terus tentang perkembangan perlawanan. Tetapi dalam berita2 yang disampaikan oleh kawan saya, ada berita yang agak menyedihkan. Tentang sikap 3rd mentaliti penyokong2nya. Saya difahamkan penyokong2 pasukan Kelantan bersikap liar dengan membaling botol dan membakar mercun. Tahulah jarang masuk perlawanan akhir, tapi janganlah tunjukkan seperti anda tidak bertamadun dan bolehlah dikategorikan sebagai kera2 di hutan. Hal ini bukannya untuk penyokong Kelantan sahaja tetapi untuk semua. Sorak biasa2 kan boleh..

Di kampus saya apa kurangnya, difahamkan budak2 penyokong Kelantan bertindak liar apabila kalah. Tak tahulah, beginikah sikap orang2 Kelantan? (untuk segelintir sahaja, jangan marah). Tidak perlu bersifat keNegerian yang melampau di kampus khususnya dan negara amnya. Kalah menang adat permainan, gentlemen la sikit.

Saya sempat merakam ‘hasil peninggalan’ penyokong bola di bilik TV kolej. Ini dia..


Sama2lah kita mengubah diri ye. Saya juga memberi nasihat kepada diri saya sendiri untuk menjadi seorang penyokong bola sepak yang baik. Saya juga ingin menegaskan yang saya bukan mahu mewujudkan perasaan kekitaan di post ini, hanya sekadar pendapat dan pandangan sahaja ye. Mari majukan sukan untuk negara kita yang tercinta ini. Majukan sukan untuk negara dan Assalamualaikum..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Minit Ke-17

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);