browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Misteri 3 Pagi

Posted by on November 12, 2009
“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itulah selemah-lemah iman”
(Riwayat Tirmizi,Nasai & Ibnu Majah)

“Siapa pulak yang berjalan pagi-pagi buta ni? Dari foodcourt pulak tu”, saya bertanya kepada sahabat saya.

“Entah la.. Ambe pun tak tahu”, jawab sahabat saya ringkas. Kebetulan pada malam itu saya dan sahabat saya bercadang untuk beriktikaf di Pusat Islam. Dalam lingkungan pukul 3 pagi ketika itu kami berdua berjalan ke Pusat Islam, ketika itu juga kami ternampak kelibat manusia yang datangnya dari arah foodcourt. Berdebar jugaklah masa tu, takut2 bukan manusia yang kami nampak. Hehe.. Penakut betul..

Baca seterusnya>>

Keesokan harinya, saya mula merisik tentang peristiwa malam itu. Rupa-rupanya ada student yang study kat foodcourt tu sampai ke subuh. Dengar cerita juga ada pekeliling yang membenarkan para pelajar berlegar-legar 24 jam di mana-mana sahaja untuk study. Wallahu’alam.. Tak nampak pulak pekeliling tu kat mana2 dan dikhabarkan sekarang memang tak ada pun. Diberitakan juga kebenaran ini hanya dikeluarkan secara lisan sahaja kepada para pak guard. Tak tahu la siapa yang keluarkan. Wallahu’alam..

Mengikut kata sumber2 yang boleh dipercayai, banyak perkara ‘pelik’ yang terjadi dekat foodcourt tu iaitu study berduet. Perkara ‘pelik’ itu berlaku sehinggalah waktu subuh menjelma. Dipendekkan cerita, Rakan Pusat Islam UiTM Pulau Pinang pun menubuhkan satu skuad khas untuk membendung masalah ini. Saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi ini tetapi cukuplah kamera saya yang menemankan mereka. (gambar2 ni semua dari kamera saya la,:p)

Pendekatan berani skuad ini amat saya puji. Bukan senang nak mencegah perkara mungkar sekarang ni. Tujuan mereka bukannya untuk memalukan tetapi hanyalah untuk memberi nasihat sesama muslim. Ikutilah perjalanan mereka..

Mendengar sedikit taklimat dan tazkirah oleh ketua skuad

Bersama-sama menuju ke jalan yang satu

Skuad terserempak dengan En. Ramlan (PPP), beliau pun terlibat sama dalam operasi ini secara tak langsung, kebetulan beliau bertugas malam itu.

Seorang ahli skuad sedang bertemu dengan seorang pelajar*

Semasa mereka sampai, keadaan sudah pun terkawal selepas kehadiran En. Ramlan tadi. Student yang tidak melakukan perkara ‘pelik’ belajar seperti biasa. Sebelum bersurai, ketua skuad menasihatkan kepada semua agar mengambil iktibar tentang perkara ‘pelik’ itu tadi dan menerangkan kepentingan dakwah amal makruf nahi mungkar. Pastu… Balik la apa lagi.. Hehe..

Usaha dakwah sudah banyak dilupakan sekarang. Tambahan pula iman kita turun dan naik setiap hari dan diibaratkan pula seperti senipis kulit bawang. Betul tu.. Jadi.. Usaha seperti ini perlulah disokong perlaksanaannya dan kita sama2 usaha untuk berdakwah. Baligh A’nni Walau Ayyah.. Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat (sabda nabi). Tidak sukar sebenarnya untuk berdakwah, tetapi ianya menguji iman dan mendapat banyak ujian ketika melakukannya. Kepada skuad, jangan putus asa, ujian dan kritikan adalah lumrah dalam berjuang. Yang paling penting ialah ikhlas kerana Allah dan ikut sunnah Nabi s.a.w. Wallahu’alam..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);