browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Semudah Itu Soalannya?

Posted by on November 3, 2009
“Allah tidak membebani seseorang itu, melainkan sesuai dengan kesanggupanya..”
(Surah Al-Baqarah:286)

“Adoi.. Susah giler soalan tadi, nangis aku jawab”, kata seorang pelajar..

“Abis la aku.. Apa la nasib aku nanti..”, pelajar yang lain pulak yang berkata.

Tamat sahaja paper Fluid Power Technology, semua student2 mechy tersenyum sahaja termasuklah saya. Sukar untuk melihat student yang yakin menjawab soalan tadi. Belum pun buku jawapan habis dikutip oleh pengawas exam, masing2 sudah resah. Suasana riuh rendah dibuatnya. Ramai menggelengkan kepala..

Baca seterusnya>>

Soalan yang agak berlainan dari soalan sem-sem lepas memeningkan kepala terutamanya bagi ‘pencinta’ soalan2 lepas. Soalannya juga banyak berkisar tentang topik yang agak sukar dalam subjek ini. Apa boleh buat, hal yang sudah lepas tak boleh diulang kembali. Pasrah, tawakal dan doa sajalah agar dipermudahkan pada masa akan datang.


Sebagai seorang muslim, kita perlu banyak berdoa. Nabi Muhammad s.a.w mengajar kita agar bertawakal selepas melakukan sesuatu. Tetapi semuanya perlu berusaha dahulu, jangan hanya tunggu dan lihat kejayaan itu datang dengan sendirinya. Jadi.. Usaha sudah, jawab pun sudah.. Tawakal ilallah..

SENANGNYA SOALAN DIA

Pada sebelah malamnya, saya keluar makan malam bersama kawan2 JPK di sebuah gerai. Masing2 bercerita tentang exam pagi tadi.

“Aku punya soalan susah giler”, saya mula memprovok mereka.

“Ambe pun berat nanang jawab tadi boh!”. Ery pulak yang bercerita dengan pekat terengganunye. Hehe.. “Nyesal ambe tak bukak buku boh!”, menyesal si Ery.

“Aku terkejut giler soalan bab circuit hydraulic yang banyak kuar, penin-penin”, saya tambah lagi..

“Nape korang sume soklan susah2 ek? Aku punya soalan senang giler. Dia tanya apakah kesan pengabaian alam sekitar la, apa tujuan pelancongan la.. Senang jer.. Boleh fikir sendiri, tak payah baca buku pun boleh jawab la..”, kata-kata Syazwan memecah suasana dan perasaan.

Hakikatnya, kita tidak boleh menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Mana boleh samakan subjek mechanical dengan subjek pelancongan. Bagai langit dengan bumi jaraknya. Apa pun, semua itu adalah ujian dari Allah s.w.t. Allah tak akan meletakkan saya sebagai pelajar mechanical jika saya tidak mampu melakukannya. Begitu juga dengan anda. JADI.. La Tahzan.. Innallaha ma’ana.. Jangan sedih kalau tak boleh jawab ye.. Semuanya atas kelemahan diri kita sebenarnya.*adoi.. nape la aku tak study awal2.. menyesal kemudian tiada gunanya.. Ingat tu JAMAL!!

Selamat Berjuang Kawan-Kawan!! Chaiyok2.. Wasalam..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);