Allah Berdialog Dengan Roh


Pada awal penciptaan manusia dahulu. Allah s.w.t telah berdialog dengan 1000 roh sebelum dihantar menjadi khalifah di bumi. Allah s.w.t menerangkan kepada roh-roh itu tentang tujuan, cabaran dan keseronokan hidup di dunia. Allah s.w.t juga menerangkan kepada roh tentang kehidupan di dunia hanyalah sementara dan akan dibangkitkan di akhirat nanti.

Dialog seterusnya>>

Antara dialog dan pertanyaan Allah s.w.t kepada roh ialah:

1) Kamu akan dihantar ke dunia. Di dunia itu mempunyai keseronokan, kemewahan, dan keindahan yang mempersonakan. Siapakah di antara kamu yang mahu mendapatkannya?

Seramai 900 daripada 1000 roh tertarik dengan tawaran itu.

2) Di dunia nanti, ada di antara kamu yang mengerjakan dosa dan kemusnahan. Dan akhirnya kamu akan dimasukkan ke dalam neraka Sa’ir.

Seramai 90 daripada 100 roh yang tinggal termasuk dalam golongan ini.

3) Di dunia nanti, ada di antara kamu yang akan mengerjakan amal ibadat dan menyembah-Ku, mereka berdoa setiap hari meminta syurga daripada-Ku, dan akhirnya aku masukkan mereka ke dalam syurga.

Sebanyak 9 daripada 10 roh yang tergolong dari golongan ahli syurga.

Seramai 1000 roh telah ditanya oleh Allah s.w.t. 900 daripadanya memilih untuk keseronokan dunia, 90 roh ke neraka dan 9 ke syurga. Sekarang hanya tinggal 1 roh sahaja lagi yang masih belum tergolong daripada mana-mana golongan tadi.

Lalu Allah s.w.t bertanya kepada roh yang 1 ini..

Mengapa kau tidak memilih mana-mana golongan yang Aku katakan tadi?

Aku adalah hamba-Mu.. Sesungguhnya solatku, amalku, hidupku, matiku, hanyalah untuk-Mu Ya Allah..

Golongan ini adalah golongan para nabi dan rasul..

GOLONGAN YANG SEDIKIT

Ternyatalah, manusia yang termasuk dalam golongan yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t adalah amat sedikit. Dinisbahkan daripada 1000 manusia, hanya 10 sahaja yang mendapat redha Allah s.w.t.


Diceritakan pada saat Islam sudah menjadi agama majoriti di tanah Arab, seorang pemuda berdoa dengan penuh khusyuk kepada Allah s.w.t .Kebetulan ketika itu sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar r.a mendengar doa pemuda tersebut yang berbunyi “Ya Allah, Jadikanlah aku termasuk golongan orang yang sedikit”

Umar terkejut dengan bunyi doa tersebut dan bertanya “Kenapa kau berdoa untuk dimasukkan ke dalam golongan yang sedikit ? Bukankah golongan yang majoriti atau banyak itu biasanya mempunyai kedudukan yang lebih tinggi ?”
Pemuda tersebut lalu menjawab dengan potongan ayat Surat Saba ayat 13 :

“…Wa qaliilum min ‘ibaadiyasy syakuur”
(…Dan sedikit di antara hamba-hambaKu yang bersyukur)

PESONA DUNIA

Semua roh telah berjanji dengan Allah s.w.t di dalam rahim ibu dengan mengakui Allah s.w.t adalah tuhan yang satu dan akan menyembah-Nya apabila dilahirkan ke dunia. Tetapi akibat pesona dunia kita semua terlupa dengan janji kita dahulu.

Manusia tidak akan puas.

Mencari dan terus mencari kemewahan dunia yang akhirnya akan ditinggalkan begitu sahaja.


BERDOA DITEMPATKAN DI GOLONGAN SEDIKIT

Manusia perlu berdoa lagi dan lagi kepada Allah s.w.t agar ditempatkan di kalangan orang2 yang mendapat petunjuk dari Allah s.w.t. Sekurang-kurangnya kita telah bermohon kepada Allah s.w.t agar diberi petunjuk sebanyak 17 kali sehari semalam secara tidak kita sedari.

“Tunjukkan Daku Jalan Yang Lurus”
“Jalan Orang-Orang Yang Kau Beri Nikmat”

InsyaAllah kita semua tergolong dari kalangan orang2 yang mendapat petunjuk dan redha-Nya.. AMEEN..


P/S : Cerita tentang dialog ini saya dengar dari khutbah jumaat di masjid. Jika ada salah dan silap boleh memberi teguran ye.. Saya hanya ingin berkongsi dan sampaikan kepada orang lain. Wallahu’alam..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge