browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kembara Amal UNIC Ke Utara

Posted by on December 28, 2009

Assalamualaikum.. Pada 24-26 Disember 2009 yang lalu, saya dan Kamarol (Far-E-ZeeN) bersama-sama rombongan Sahabat UNIC ke Alor Setar bagi menjayakan Kembara Amal Bersama UNIC Ke Utara. Perjalanan yang dapat diringkaskan sebagai pengembaraan yang sangat bermakna itu bertolak pada pukul 11.30 malam di Stesen LRT Bukit Jalil.

Kembara Seterusnya>>

Sepanjang perjalanan, kami dihiburkan dengan celoteh2 abg2 UNIC dan abg Isma (PR) sampailah mereka pun rasa mengantuk dan tidur. He2.. Untuk pengetahuan semua, ahli UNIC yang terlibat dalam kembara ini ialah Bazli, Fazli dan Fakhrul. Tetapi Bazli dan Fazli sahaja yang ada sepanjang perjalanan dan Fakhrul hanya akan menyertai kami apabila tiba di Alor Setar nanti. Penyanyi baru Farah Leia Az-Zahrah pun turut serta.

KEMANAKAH PERGINYA FITRI DAN ALAN?

Satu persoalan timbul kepada kami di dalam kembara ini, kemanakah perginya Fitri dan Alan? Untuk pengetahuan semua, Fitri dan Alan telah pun mengundurkan diri daripada UNIC atas sebab2 peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Telah diduga oleh Bazli dan Fazli, berita ini akan memberi kejutan kepada peminat terutamanya pengunduran Fitri daripada UNIC kerana beliau dikira sebagai ikon dalam UNIC itu sendiri. Berita ini sangat mengejutkan sehingga ada peserta yang mahu pulang kerana Fitri tak ada. Haha.. Walau bagaimanapun, saudara Fitri akan kembali menyertai UNIC apabila masalah peribadinya selesai. InsyaAllah..

ICE BREAKING

Kami tiba di Hotel Rayyan Alor Setar pada pukul 7.00 pagi dan selepas itu ice breaking pun bermula. Program taaruf buat kat tepi Sungai Kedah jer.. (depan hotel).

Sekilas Ice Breaking

Kenalkan diri cikit

Bazli sorang je tampal kat pipi

Ramai-ramai dengar celoteh abg Isma

Tak kenal maka tak cinta. Maka kami pun ber’cinta’lah sewaktu program taa’ruf itu. Sedikit sebanyak tidaklah terlalu segan apabila bersama-sama dalam program seterusnya. Mudahkan kalau saling mengenali antara satu sama lain..

KONSERT AMAL UNIC DI SHOUQ AL-BUKHARY

Selepas waktu solat Jumaat, kami beramai-ramai ke Shouq Al-Bukhary (shopping kompleks). Aiseyh.. Saya kena jadi emcee la pulak, nasib baik Akmal temankan. Jadi.. Terimalah Konsert Amal UNIC di Shouq Al-Bukhary..

Makan dulu apa-apa pun

Gandingan Jamal Dan Akmal menjadi emcee

UNIC bersama peminat di atas pentas

Bergambar kenangan bersama peserta Kembara Amal UNIC

“Bagus betul orang yang belanja urut kaki ni kan”, abg Isma.

Dalam konsert ini, Liea Az-Zahrah turut mengadakan persembahan. Konsert Amal ini dimulakan pada pukul 3.30 petang dan rehat pada pukul 4.15 p.m (asar), kemudian disambung semula pada pukul 5 p.m. Inilah pengalaman pertama saya menjadi emcee di konsert umum. Akan ku ingat selamanya.. InsyaAllah.

BBQ DI PUTERI AYU RESORT, YAN KEDAH

Selepas berkonsert, pada malam itu kami ke Puteri Ayu Resort yang terletak di Yan, Kedah. Perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai di resort itu.. Sampai di sana ada sedikit taklimat dan….. MAKAN..

Borak-borak dengan sahabat-sahabat yang lain

Bazli & Fakhrul menyanyikan lagu Lafaz Yang Tersimpan

Selain daripada makan BBQ, ramai di antara kami yang mandi sungai kat tepi resort tu. Contohnya mamat dua orang kat atas ni, lepas mandi kolam sungai terus nyanyi. Haha.. Kami turut membincangkan hala tuju sahabat UNIC, dan InsyaAllah.. Kembara UNIC akan ke selatan pula selepas ni ye.. Tunggu..

RIADAH DI TASIK DARULAMAN JITRA, KEDAH

Pada keesokan paginya, kami ramai2 ke Tasik DarulAman Jitra, Kedah. Tujuannya adalah untuk beriadah kat tepi tasik tu. Riadah bersukaneka. Sukaneka ini dikelola oleh Kak Mas & The Gang (AJK Kembara).

Bazli, Jamal, Fakhrul, Kamarol, dan Fazli

Warming Up dulu.. Abg Bai geli ke?

Kumpulan 4, abg Fazli siap posing lagi

Kama!! Simbah je diorang dengan air tu

Tu dia.. Aksi2 mendebarkan

Dapat hadiah la.. Terima kasih semua

UNIC memang sporting habis. Tak de pun diorang nak segan2. Kumpulan saya dapat tempat pertama. Alhamdulillah.. Semua peserta enjoy dengan aktiviti sukaneka ni. Selepas tu, kami pulang ke Hotel Rayyan untuk bersihkan diri dan check out.

MAKAN TENGAH HARI DI MENARA ALOR SETAR

Inilah slot terakhir kami, sedih rasanya dah nak habis program. Seterusnya, kami makan tengah hari di Restoran Menara Alor Setar. Makan nasi ayam sambil menikmati permandangan bandaraya Alor Setar di atas menara.

Tiba di Menara Alor Setar

Tunggu apa tu Aiman, makan la..

Peserta Muslimah sempat bergambar dengan UNIC

Habis makan kat atas Menara Alor Setar, sempat jugalah kami membeli-belah di Pekan Rabu. Seperti yang dipesan oleh bapak, saya ke kedai songkok “stlye TUN” untuk membeli songkok.

Bergambar di hadapan kedai ‘”stlye TUN”

Tidak semua orang dapat merasai pengalaman bersama kumpulan UNIC ini. Bukannya melihat mereka di atas pentas sahaja, kami dapat merasai sendiri karenah UNIC secara live. Banyak ‘rahsia’ dan perkembangan terbaru yang dikongsi kepada kami oleh UNIC yang sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu lagi. Program ini juga memberi makna kepada kami terutamanya apabila mendapat ramai kenalan baru yang sama2 meminati seni hiburan Islam ini..

Terima kasih kepada semua terutamanya abg. Isma, Fazli, Bazli, Fakhrul, Ajak, Kak Mas kerana mengorbankan masa dan keringat untuk menjayakan program kembara ini. Dan tak lupa juga kepada semua sahabat2 UNIC.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Gadis Desa iaitu Saudari Siti Noor Syazwana di atas sumbangan gambar2 di atas. Jazakallah Khairal Kathira. Wallaua’alam..

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to Kembara Amal UNIC Ke Utara

  1. Nur Qusnina Hanis Bt Mohd Noor

    Assalammualaikum..
    kenapa Fitri keluar dr UNIC?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Beliau nak bergerak secara solo..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);