browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Mengubah Sempadan Iman

Posted by on January 19, 2010

“Kenapa beli buku ni? Dah nak pergi haji ke?’, soal Mama kepada saya.

“Hehe.. Kalau ada rezeki pergi haji mesti la nak, buku ni cerita pasal pengalaman seorang Prof. semasa mengerjakan haji di Baitullah”, jawab saya.

“Ooo.. Mama baca dulu boleh?”, Mama bertanya kepada saya.

“Ok.. Bacalah. Kalau tak de masa, satu hari satu bab pun cukup”, cadang saya pula.

Baca seterusnya>>

Alhamdulillah.. Selesai juga menghabiskan buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman (THMSI). Buku ini saya tinggalkan di rumah buat menemani Mama di rumah. Di kampus (UiTM Penang), kebetulan seorang sahabat mempunyai buku ini juga, lalu saya meminjam untuk membacanya.

BICARA TENTANG PENULIS

Prof. Muhd Kamil Ibrahim adalah seorang Profesor Perakaunan UiTM dan sekarang bertugas sebagai Pengarah Kampus UiTM Johor. Beliau menjadi Profesor semasa berumur 38 tahun. Beliau juga menulis buku Ibrahim Shah : Menyingkap Pengurusan Universiti. Di dalam catatan beliau ini, beliau banyak menceritakan kelemahan dirinya seperti tidak tahu membaca Al-Quran.

Pernah suatu hari, beliau berkata kepada guru Al-Qurannya yang bernama Hafizi :

“Hafizi, di dunia ini, Allah memberi kemuliaan secukupnya kepada saya. Saya jadi Profesor ketika berumur 38 tahun. Saya ada PhD. Walau bagaimanapun, di akhirat esok, saya mungkin orang yang hina di sisi-Nya. Saya tidak pandai baca Al-Quran. Ajarlah saya. Apabila Hafizi berjaya ajar saya sehingga pandai, banyak pahala. Tahun hadapan saya hendak ke Mekah. Saya hendak pergi dalam keadaan saya pandai membaca Al-Quran”
(THMSI, Muka Surat 156)

Beliau juga menceritakan bahawa sepanjang berkahwin dengan isterinya, bapa mertuanya tidak mengetahui bahawa beliau tidak tahu membaca Al-Quran. Sehinggalah pada suatu hari bapa mertuanya datang ke rumahnya dan kebetulan Prof. Muhd Kamil sedang belajar Al-Quran. Mujurlah bapa mertuanya memberi galakan kepada beliau untuk terus membaiki diri.

PENGEMBARAAN KE TANAH SUCI

Prof. Kamil ditemani isterinya Roza, kakaknya Kak Mie dan adik perempuannya Azlina. Begitu banyak pengalaman yang diceritakan di dalam THMSI ini, antaranya istiqamah solat di saf pertama, dipermudahkan mencium Hajarul Aswad, kemudahan melontar, khatam Quran di hadapan Kaabah, dan lain-lain lagi.


Cerita mengenai bagaimana beliau terpilih menjadi tetamu Allah juga menarik. Dengan menggunakan kuota menteri yang pertama kali mencubanya, beliau terus mendapat tawaran mengerjakan Haji dengan berkat solat tahajud sepanjang tahun.

Pengalaman beliau apabila dibaca, memberi kesan kepada si pembaca itu sendiri. Saya sendiri terasa seperti berada di Mekah apabila membacanya. Tidak dinafikan, buku ini adalah antara buku pengalaman ke Tanah Suci yang terbaik yang pernah ditulis.

ULASAN PERIBADI

Saya dapat menyimpulkan buku ini perlu dibaca dan dihayati oleh setiap muslim. Buku ini juga menceritakan tentang bagaimana seorang yang jahil dalam urusan agama dapat merasai kemanisan iman dan mengubah sempadan iman seseorang.

Yang penting adalah usaha, semangat belajar dan istiqamah.

Prof. Kamil juga menyenaraikan empat amalan utama yang dapat memantapkan iman mengikut perspektif beliau:

1) Solat berjemaah
2) Puasa Sunat
3) Qiamulail
4) Membaca Al-Quran

Buku terbitan PTS PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD ini dijual dengan harga RM 26.00 sahaja. Tidak salah jika kita melabur dengan membeli buku-buku yang berfaedah dan memupuk iman. Jadi.. Dapatkan segera kepada sesiapa yang belum memilikinya.

Ya Allah.. Semoga aku pula dipilih untuk menjadi tetamu-Mu Ya Allah.. Ameen..

Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);