browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Rindu Bau Pohon Tin

Posted by on January 23, 2010


“Aik? Dah sampai UiTM Shah Alam?”, kata saya di dalam hati.

Perjalanan dari UiTM Pulau Pinang ke UiTM Shah Alam tidak terasa lama kerana ditemani buku Rindu Bau Pohon Tin karangan Ust Hasrizal Abdul Jamil. Alhamdulillah.. Berjaya juga saya menghabiskan keseluruhan buku ini sepanjang perjalanan. Tidak disangka, masa berada dalam bas terisi dengan bacaan yang berfaedah dan masa terasa sangat singkat. Tidak hanya tidur sahaja.

BACA SETERUSNYA>>

Bagaikan berada di dalam bas yang dinaiki Ust Hasrizal untuk ke Universiti Mu’tah (Jordan), saya diulit bayang seperti bersama beliau ketika perjalanan ke Tanah Hitam Mu’tah seperti yang diceritakan di dalam buku ini.

BICARA TENTANG PENULIS

Ust HASRIZAL ABDUL JAMIL. Lebih dikenali dengan gelaran Abu Saif. Dilahirkan di Ipoh pada 14 April 1975. Anak didik Sekolah Izzuddin Shah ini, menyambung pelajaran di Universiti Mu’tah, Jordan di bidang Syariah dan pengajian Islam. Tidak puas dengan segulung ijazah, beliau meneruskan diarinya dengan berhijrah ke United Kingdom, lalu berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre, Ireland Utara, di bawah pembiayaan al-Maktoom Foundation, UAE.

Kini beliau menerajui syarikat perundingannya sendiri iaitu Saifulislam Training and Consultancy. Blog saifulislam.com diasaskan oleh Abu Saif pada 1998, menjadi medan utama beliau berinteraksi dengan masyarakat dengan motonya “ERTI HIDUP PADA MEMBERI”.

MU’TAH, JORDAN

Tempat ini mempunyai sejarahnya sendiri. Peristiwa yang bersejarah terjadi apabila peperangan Mu’tah berlaku di sebuah lembah yang berhampiran dengan Kota Karak, Jordan. Ianya berlaku pada 8 Hijrah disebabkan oleh pembunuhan Harith Bin Umair Al-Azdi yang merupakan utusan yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra.

Dipendekkan cerita, tentera Islam yang dipimpin oleh Zaid Bin Harithah seramai 3 ribu orang menentang tentera musuh yang diketuai oleh Harcules seramai 100 ribu orang. Nisbah yang tidak seimbang bagi pejuang Islam tetapi hebat semangatnya.

Sebelum berangkat ke medan peperangan, Rasulullah s.a.w telah mengarahkan kepada para pejuang Islam tentang giliran kepimpinan dalam kumpulan pejuang Islam itu.

Giliran Pemimpin Sewaktu Perang Mu’tah:

1) Zaid Bin Harithah
2) Ja’afar Bin Abi Talib
3) Abdullah Bin Rawahah

Selepas ketiga-tiga pemimpin ini gugur, para tentera dibenarkan untuk memilih pemimpin di antara mereka. Seorang demi seorang gugur di medan peperangan, dan akhirnya Khalid Bin Al-Walid dilantik menjadi pemimpin mereka.

“Susunan itu memberi petanda bahawa mereka semua bakal syahid!” hati Ust Hasrizal bermonolog.

MENARIK PERHATIAN SAYA

Dalam mengupas buku tulisan Abu Saif ini, ingin saya kongsikan serba sedikit tentang cerita yang terdapat dalam buku ini.

1) TABIAT MANDI TIGA EMPAT HARI SEKALI

“Berjimatlah menggunakan air, kita di Jordan kekurangan air. Belajar-belajarlah mandi ala kadar sahaja, tiga empat hari sekali”, kata AJK yang menyambut mereka (Abu Saif) ketika memberi taklimat ‘selamat datang’.

Sukarnya mengubah tabiat mandi tiga empat kali sehari kepada tiga empat hari sekali.

Kalau boleh mandi yang wajib-wajib sahaja.

Jordan negara yang kering kontang tetapi beriklim 4 musim. Bekalan air akan disalurkan hanya 1 hari dalam seminggu. Selalunya pada hari Jumaat air akan disalurkan. Tidak hairanlah bila tiba hari Jumaat, rumah Abu Saif dan rakan-rakan seakan-akan berhari raya.

Mandi, memasak, membasuh pakaian. Semuanya bagaikan dibuat sehari-harian kerana susahnya mendapatkan air di sana. Bagaimanakah kita di Malaysia? Air ada setiap hari, pastinya banyak pembaziran.

2) SISTEM PEMBELAJARAN DI JORDAN

Sistem pembelajaran di Jordan mewajibkan para pelajar menghadiri kuliah dan kelas. Para pelajar hanya dibenarkan tidak menghadiri kelas sebanyak 6 kali sahaja. Jika tidak, pelajar akan di’bar’ daripada menduduki peperiksaan akhir semester. Ianya sama seperti sistem universiti sekarang.


Berlainan dengan Universiti Al-Azhar Mesir, sistem di universiti itu tidak mewajibkan para pelajarnya ke kuliah.

Sistem ‘wajib’ ke kuliah banyak mendisiplinkan pelajar. Sekurang-kurangnya mereka akan mendengar ‘celoteh’ para pensyarah dan mendapat rahmat dari Allah kerana menghadiri majlis ilmu. Di samping itu, banyak perbincangan di dalam kelas tidak terdapat di dalam kitab, maka hadir ke kuliah adalah bonus yang wajib dikejar.

3) GUGURNYA PEJUANG DI MEDAN PERJUANGAN

Tidak semua yang diimpikan berakhir dengan kegembiraan. Tarikh 9 Jun 1995, 5 sahabat Ust Hasrizal telah terkorban dalam nahas jalan raya. Lebih memilukan, kesemua yang terkorban sedang dalam perjalanan ke rumah Ust Hasrizal. Jiwa mana yang tidak sedih atas kehilangan orang yang tersayang?

Siaran secara langsung di TV3 ketika itu mengiringi penerbangan membawa pulang 5 pejuang muda yang terkorban itu.

4) MATI ATAU KAWIN?

Di Jordan, ibu bapa meletakkan mahar yang terlalu tinggi kepada si lelaki yang mahu menyunting anak perempuannya. Sehinggakan ada yang sanggup meminta mahar sebanyak 2 Kg emas yang menjadi bebanan yang perit untuk ditanggung oleh si lelaki itu menyediakannya.


Bagi yang tidak mampu, mereka lebih rela menjadi askar kerajaan untuk dihantar berkhidmat. Apabila habis tempoh berkhidmat, mereka akan diberi pampasan dan ianya membolehkan mereka berkahwin. Itupun kalau sempat, mana tau masa bertugas telah gugur.

Mati atau kawin! Dilema yang sangat berat.

Tidak hairanlah di Jordan, suami akan memukul si isteri selepas berkahwin. Agaknya untuk menggertak isteri supaya tidak main-main kerana suami mengumpul duit setengah mati semata-mata untuk mengahwininya. Hai.. Macam-macam..

5) ULAMA DAN PERJANJIAN DAMAI JORDAN-ISRAEL 1994

Ulama yang membantah kerajaan Jordan akan dipenjarakan. Itulah yang berlaku apabila perjanjian damai Jordan-Israel di menterai. Soalnya satu, apabila ada perjanjian, Jordan secara tidak langsung akan terikat dengan Yahudi dan perlu mengikut semua telunjuk Yahudi.

Hal inilah yang menjadi perjuangan para ulama di Jordan yang mendesak supaya kerajaan tidak tunduk kepada Israel.

Selepas itu, tiada lagi khutbah bersemangat dan membangun jiwa apabila semua ulama dilarang memberi khutbah. Akhirnya, khutbah menjadi nyanyian tidur para jemaah kerana dikawal oleh kerajaan Jordan.

KESIMPULAN

“Saya rindukan bau pohon tin”

Itulah kata-kata Ust Hasrizal yang membuatkan beliau menulis buku ini untuk mengubat rindu di hati. Apabila membaca buku ini, ianya membuatkan saya bersemangat untuk menyambung pelajaran di luar negara. CABAR DIRI DAN CARI PENGALAMAN.

Menggunakan ayat yang santai, Ust Hasrizal berjaya membawa pengalaman beliau ke dalam fantasi para pembaca. Dengan harga RM18.00, ianya sangat bermakna kerana dapat membeli seribu pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup yang singkat ini.

Selepas ini, InsyaAllah, saya akan membaca buku ‘Aku Terima Nikahnya’ pula. Semoga usaha yang sedikit ini dapat merapatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);