browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Aku Terima Nikahnya

Posted by on February 6, 2010


Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia Cloud Nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka“, tulis Ust Hasrizal di dalam buku ini di bab ‘Dalam Derita Ada Bahagia’.

Walaupun ayat ini terletak di akhir bab di dalam buku ini, bagi saya ayat inilah yang menjadi tema keseluruhan mesej yang hendak disampaikan oleh Ust Hasrizal dalam penyampaiannya.

BACA SETERUSNYA>>

Buku ini membincangkan tentang bagaimana perkahwinan itu dapat dijadikan sebagai tempat memberi kasih sayang, dan bukannya sekadar meminta tetapi lebih kepada memberi.

“Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan”

Setiap insan akan diuji sesuai dengan keadaan semasa insan itu sendiri. Orang yang belum berkahwin akan diuji dengan cara orang belum berkahwin. Begitu juga pada yang baru berkahwin, lama berkahwin dan sudah beranak cucu.

Pastinya ujian itu akan datang. Tetapi dengan cara yang berbeza.

PRA-PERKAHWINAN

cinta Vs CINTA

cinta. Cinta ini terbit daripada naluri hati yang mendambakan perhatian. Iaitu cinta yang kosong dari matlamat, impian dan masa depan. Hanya sekadar memberi perhatian kepada emosi yang sunyi.

Mungkin kepada cinta monyet barangkali, mencari pasangan hanya sekadar suka-suka ataupun ‘orang lain ada awek, aku pun kena ada la’.


CINTA. Cinta ini pula terbit dari emosi dan fitrah naluri semulajadi manusia. Ia juga lahir dari rasional yang tersemat rasa tanggungjawab yang akan mengiringi cinta itu. Pendek kata, cinta yang memikirkan untuk hidup bersama, susah dan senang, tanggungjawab yang akan dipikul dan bukannya hanya untuk suka-suka. Bercinta sampai ke syurga.

Prinsip cinta ini telah diterangkan oleh Ust Hasrizal dengan panjang lebar. Persoalan memahami cinta menjadi satu kewajiban tatkala masyarakat semakin lupa dengan nilai tanggungjawab dan nilai sebuah perkahwinan. Fikirkan sampai ke lampin, jangan hanya sampai ke pelamin. Insya-Allah.

ERA PERKAHWINAN

Di manakah janji kita?

Ust Hasrizal melontarkan isu ini. Ianya berkenaan tentang cabaran kehidupan selepas berkahwin. Selalunya, soal tanggungjawab dan masa kerja yang padat adalah satu cabaran kepada pasangan yang baru berkahwin.

Cadangan yang Ust cadangkan ialah banyakkan masa untuk berbicang.

ERA BERKELUARGA

“Ahh, penatnya, kan Ummi?” saya menoleh kepada isteri. Dia hanya tersenyum.

“Kenapa?” saya bertanya.

“Salah ke senyum?” tanya isteri saya.

“Bukannya salah. Tetapi lain macam pula senyumnya!” saya ketawa.

“Dulu abang.. dulu Yang. Sekarang tinggal Abi dengan Umi,” kata isteri saya.

“Okey la tu. Atau nak tukar kepada Maknya dan Paknya?” saya berseloroh.

*Saya di atas ialah Ust Hasrizal

Kebiasaannya, apabila perkahwinan itu sudah sampai ke tahap ‘Maknya dan Paknya’, suasana romantik seperti permulaan perkahwinan dahulu sudah pun pudar. Lama kelamaan kasih sayang akan bertukar menjadi jemu dan tanggungjawab semata-mata.


Ust mencadangkan agar pasangan suami dan isteri mencari masa yang sesuai, tinggalkan anak-anak di rumah dan pergi honeymoon bersama. Bukan apa, untuk mengembalikan zaman romantik agar rumah tangga diberi nafas baru dalam perhubungan.

Jadi.. Tidak ada ayat “sudahlah, Zaman kita bercinta dah habis dah”. Bercintalah berkali-kali ye.

BICARA TENTANG BUKU AKU TERIMA NIKAHNYA

Selepas membaca buku “Rindu Bau Pohon Tin’, saya beralih pula kepada buku ini. Buku karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ini adalah buku pertama yang dihasilkan oleh beliau. Buku ini berharga RM 20.90 sahaja dan saya berpendapat harga ini adalah berbaloi dengan input dan kisah-kisah yang ditulis oleh Ust Hasrizal(Abu Saif).

Agak sukar untuk saya mengulas tentang buku ini kerana terlalu banyak input-input dan semuanya adalah menarik. Satu kesimpulan yang boleh saya simpulkan di sini ialah :

“Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, diri kita perlulah disediakan secukupnya dengan ilmu syariat dan ilmu berkasih sayang. Semasa bujang ini, carilah pengalaman seluas-luasnya, mencabar diri mengembara dan belajar memahami insan yang berlainan jenis dengan kita.

Buku ‘Men Are From Mars, Women Are From Venus’ karangan John Gray menjadi satu perkongsian bagi sesiapa sahaja yang mahu mengenali insan yang menjadi pelengkap kita. Membaca adalah suatu proses yang mudah, tetapi untuk memahami dan mempraktikan apa yang kita faham tentang pasangan kita sangat sukar dan subjektif.

Wanita dijadikan dengan 9 emosi dan 1 rasional. Manakala lelaki pula dijadikan dengan 9 rasional dan 1 emosi. Sangat berlainan, tetapi apabila ianya saling melengkapi antara satu sama lain, pasti akan terjadinya ‘insan yang lengkap’. Kelemahan lelaki dapat ditampung oleh wanita dan begitulah sebaliknya.

Seperti Adam yang sunyi di syurga tanpa Hawa, begitu juga kita insan yang biasa ini. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat menguruskan perjalanan untuk mendapatkan pasangan yang akan menemani kita sepanjang hidup ini? Insya-Allah buku ini ada jawapannya.

JANGAN TERGESA-GESA DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH. Bagi yang sedang mencari dan mungkin sedang dalam proses ke arah perkahwinan, jangan tergopoh-gapah semata-mata mahu mendapatkan sjil halal, dan jangan bertangguh apabila sudah bersedia.

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadinya fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas” (Riwayat Tirmizi)

Kisah berkenaan bagaimana mencari pasangan hidup, mendapat restu keluarga, soal adat istiadat, menjaga anak, bagaimana mahu berbicang, semuanya diceritakan secara santai di dalam buku ini.”

Akhir kata.. Tidak rugi kita melabur untuk mendapat manfaat. Jangan melabur untuk hancur. Nauzubillah.. Dapatkan buku ‘AKU TERIMA NIKAHNYA’ bagi yang belum membacanya! Insya-Allah.. Saya akan menyambung bacaan dengan sambungan buku ini iaitu ‘BERCINTA SAMPAI KE SYURGA’.

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Aku Terima Nikahnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);