browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sunnah Nabi Sepanjang Hari

Posted by on February 27, 2010


“Sollallahu a’la Muhammad.. Sollallahu a’laihi wasalam..”

Bergema di seluruh pelusuk dunia dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Hari ini 12 RabiulAwal, bertepatan dengan hari lahirnya baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bukan majlis sambutan yang kita inginkan, tetapi semangat perjuangan Nabi SAW yang perlu diambil. Sambutlah ‘maulidur rasul’ setiap hari! Moga hidup diberkati.

Bagaimanakah cara untuk mengingati junjungan besar kita ini? Adalah setahun sekali berarak di tepi jalan sambil berselawat sahaja? Atau pun apabila ada pihak menghina Nabi? Senang sahaja, setiap hari kita mampu lakukannya. Saya ingin berkongsi dengan anda..

BACA SETERUSNYA>>

SUNNAH DI KALA SUBUH

Di sepertiga malam, seorang insan bangun mengambil wuduk dan terus mengangkat takbir membesarkan Allah SWT. Dimulakan dengan solat sunat taubat, solat hajat, solat tasbih, solat tahajud dan solat witir.

Nabi Muhammad SAW sangat memberatkan solat di sepertiga malam kerana ianya mempunyai terlampau banyak kelebihan dari solat di waktu lain. Pernah diriwayatkan bahawa kaki dan lutut Nabi SAW membengkak kerana terlalu lama bersolat malam. Di waktu inilah Allah SWT mencari hamba-hamba-Nya yang meminta keampunan dan hajat daripada-Nya.

Inilah sunnah Nabi yang agak sukar untuk diamalkan kerana lemahnya iman. Bayangkan ramai manusia ketika itu senang lena dibuai mimpi, pasti ianya adalah waktu line tidak sibuk dengan Allah (bukan waktu kemuncak). Ibarat service telefon di tengah malam : murah, tidak sesak dan message cepat sampai.

“Allahu Akbar.. Allahu Akbar”.. berkumandanglah azan subuh yang memanggil dan mengejutkan manusia menyembah Allah.. Sunnah di kala subuh pula..

Di antara sunnah yang dapat diamalkan ketika ini ialah bersolat jemaah di masjid. Sebelum itu, amalkan solat sunat sebelum Subuh kerana pernah Nabi bersabda bahawa solat 2 rakaat sebelum Subuh adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.

Selepas solat Subuh, jika berkelapangan, bolehlah duduk sahaja di masjid berzikir sampailah ke waktu syuruk, seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Muaz Bin Anas Al-Juhaini yang berbunyi :

“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa selesai solat Subuh kemudian duduk di tempat duduknya, tidak bercakap-cakap kecuali kebaikan kemudian bersembahyang sunat Isyrak 2 rakaat, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya walaupun lebih banyak daripada buih-buih di lautan”

Waktu subuh adalah permulaan bagi kehidupan sepanjang hari. Jika baik subuhnya, maka baiklah keseluruhan harinya, Insya-Allah.. Sesuatu yang mudah tapi sukar untuk dilakukan. Moga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita disamping kita berusaha ke arah itu.

SUNNAH DI WAKTU PAGI

Seperti burung-burung mencari rezeki di awal pagi, begitu juga kita manusia yang berlumba-lumba mencari rezeki Allah di muka bumi-Nya. Nabi SAW mengajar kita untuk mendapatkan keberkatan dalam proses mencari rezeki.

Tidak susah, hanya melapangkan masa selama 10 minit sahaja untuk menunaikan SOLAT SUNAT DHUHA. Solat ini selalu ditamsilkan sebagai medium menarik rezeki. Selalunya, bagi mereka yang bersolat dhuha ini memperoleh rezeki yang berkat dan mudah, (berkat bukan bererti banyak sahaja), tetapi rezeki itu memberi kebahagiaan dan manfaat kepada penerimanya.


Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurang 2 rakaat dan boleh juga dilakukan mengikut kemampuan diri, hendak buat banyak-banyak pun tak apa. Mudah sahaja sebenarnya, tapi kita yang buat susah dan berat, Nauzubillah. Ada satu lagi sunnah Nabi SAW berkenaan pagi ini, iaitu jangan tidur selepas subuh kerana dapat menyekat rezeki. Lihat sahaja jika tidur selepas Subuh, sarapan pagi pasti terlepas atau bersarapan di waktu tengah hari.

SUNNAH DI TENGAH HARI

Sunnah di tengah hari ini pasti ramai yang menyukainya dan kadang-kadang kita tidak sedar bahawa ianya adalah satu sunnah. Iaitu tidur, tetapi bukan tidur nyenyak sampai terlajak waktu zuhurnya.


Tidur lebih kurang 15-20 minit sudah memadai untuk memberikan kecerdasan kepada badan. Kajian di beberapa buah negara mendapati tabiat tidur di tengah hari meningkat prestasi negara. Tetapi diingatkan sekali lagi, tidur seketika bukan tidur sampai ke petang. Tidur sekejap ini bertujuan untuk memudahkan kita untuk bangun bertahajud pada keesokkan harinya.

SUNNAH KETIKA MAKAN

Allah SWT Maha Pemurah. Di waktu kita makan pun Allah memberi ganjaran pahala dan Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita sunnahnya. Secara umumnya, sunnah Nabi SAW ialah “makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang”.


Sebelum dan selepas makan disunatkan kita membaca doa. Senang sahaja, kanak-kanak tadika boleh baca takkan kita tidak boleh kan? Selain itu juga, Nabi mengajar kita supaya mengamalkan makan berjemaah ataupun dikenali sebagai makan talam. Makan cara ini agak sukar dipraktikkan sekarang kerana kita terbiasa makan dengan pinggan sendiri tetapi apabila ada peluang makan dalam talam, JANGAN LEPASKAN PELUANG!!

SUNNAH KETIKA TIDUR

Hidup kita seharian terbahagi kepada 3 bahagian. Iaitu beribadat, bekerja dan TIDUR. Allah SWT Maha Pemurah kerana memberi pahala juga kepada hamba-Nya yang tidur. Tetapi ada syaratnya.


Antara sunnah Nabi Muhammad SAW yang dapat kita amalkan ialah :

1) Berwuduk sebelum tidur.
2) Perut tidak terlalu kenyang (untuk mudah bangun subuh)
3) Muhasabah diri
4) Membaca 3 kul
5) Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
6) Membaca doa tidur
7) Tidur dengan cara Nabi – mengiring ke kanan.

SUNNAH NABI SEPANJANG HARI

Mengingati Nabi junjungan kita bukan hanya apabila Maulidur Rasul bertandang tiba. Sebenarnya cara hidup Nabi sedang berlegar di sekeliling kita tanpa kita sedari. Sunnah Nabi ini banyak kelebihan dari segi pahala dan saintifik sendiri. Jadikanlah ‘Maulidur Rasul’ setiap hari dalam kehidupan kita!


Kami ummatmu tidak pernah melihat wajahmu. Ya Allah.. Jadikan kami ummatnya yang mengikut sunnah baginda agar mendapat syafaat di akhirat sana dan menzahirkan kecintaan kami kepada Nabi junjungan.

Happy Birthday Ya Rasulullah SAW..

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to Sunnah Nabi Sepanjang Hari

  1. BaiTiL_aTiQa

    tiada kejayaan selain dalam sunnah Rasulullah…
    BaiTiL_aTiQa´s last blog post ..– 10 Perangkap Syaitan –

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Menghidupkan satu sunnah di akhir zaman dapat pahala mati syahid.. Sebab terlalu mencabar untuk amalkan agama dalam kehidupan di akhir zaman.. ^_^

    Terima kasih di atas kunjungan di blog saya yang biasa ini..

    [Reply]

  2. MyCherita

    1st time sampai sini..salam ukhwah,salam perkenalan..
    MyCherita´s last blog post ..Sunnah Hari Jumaat

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);