browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Aku Terkena CTD?

Posted by on March 1, 2010


“Adoi!! Apasal sakit pulak tangan aku ni”, saya mengeluh.

“Banyak menaip la ni. Kena CTD kot”, saya membuat andaian.

Terasa sakit di pergelangan tangan membuatkan saya teringat dengan subjek Design For Manufacture (MEM 363). Mengapa saya teringat subjek itu ye? Kerana minggu lepas saya belajar satu subtopik yang berkisar tentang Cumulative Trauma Disorder (CTD), yang membincangkan tentang kesan-kesan yang akan dirasai apabila tangan kita selalu digunakan dalam kerja-kerja kita.

BACA SETERUSNYA>>

CUMULATIVE TRAUMA DISORDER (CTD)

Saya selalu menggunakan tangan kanan saya untuk melakukan sesuatu kerja. Minggu lepas terlalu banyak saya melakukan kerja-kerja menaip blog, memegang mic (persembahan nasyid), dan menulis. Mungkin kerana sudah masuk musim test, maka secara tidak langsung tangan kita akan banyak digunakan untuk menulis dan membuat latihan (macam rajin je).

Alang-alang dah sampai ke topik ni, rugi rasanya kalau tak berkongsi serba sedikit macam mana gangguan ini boleh berlaku. Saya bukan seorang pelajar kedoktoran, tetapi ianya penting untuk mengambil kira ciri-ciri yang diperlukan untuk seorang engineer mereka sesuatu produk yang baru.

Antara sebab-sebab CTD ialah :

1) Lack Of Rest (Menggunakan komputer terlalu lama tanpa rehat walaupun sedikit)

– kepada sesiapa yang terlalu kusyuk menghadap komputer macam saya, saya menasihati diri saya dan orang lain agar merehat sebentar untuk mengelakkan lenguh-lenguh badan ni. Cukup la sekadar pergi ke dapur dan meminum sedikit air untuk merehatkan badan yang lenguh tu.

2) Repetitive Motion (Menaip dan menggunakan mouse terlalu lama dan berulang kali)

– sebab berulang kali menggunakan mouse adalah yang sebab yang kedua terbesar bagi saya. Penggunaan berulang-ulang kali pastinya mempunyai kesan kan? Seperti enjin la, kalau terlalu lama digunakan, pastinya perlukan rehat. Enjin pun perlu rehat, apatah lagi tangan kita.

3) Poor Posture (Kedudukan badan yang tidak betul)

– inilah sebab utama mengapa CTD boleh berlaku pada saya. Kedudukan badan yang tidak betul dapat menyebabkan angle tangan dan badan kita berada dalam keadaan tidak selesa. Apabila badan tidak betul, secara tidak langsung tangan kita pun akan membengkok dan akan memberi force yang lebih kepada tangan kita. Maka akan terjadilah CTD.

BAGAIMANA MENGHALANG CTD?

Selalunya para pelajar kejuruteraan akan mengambil subjek ini terutamanya kepada pelajar-pelajar dalam bidang pembuatan dan pereka produk. Para jurutera akan cuba mencipta produk yang dapat mengurangkan risiko CTD ini, tetapi peranan utama untuk mencegahnya terletak pada pengguna itu sendiri disamping dibantu oleh alat-alat ciptaan jurutera tadi.

Antara yang boleh dipraktikkan :

1) Berehat Sebentar

– berehatlah sebentar sekurang-kurangnya satu jam sekali bagi memberi kerehatan kepada tubuh badan kita. Selain itu, dehydration (sejatan air dari badan) juga mampu berlaku kerana kita terdedah kepada air-cond (jika ada). Meminum air dapat mengelakkan berlakunya dehydration.

2) Kedudukan Tangan Yang Betul

– pastikan keadaan tangan anda betul ketika menaip. Hal ini kerana keadaan pergelangan tangan yang tidak betul dapat memberi tekanan kepada tangan kita dan kemungkinan besar akan menyebabkan CTD.


– gambar di atas mungkin dapat membantu anda untuk memahami kedudukan tangan yang betul ketika menaip.

3) Membetulkan Posture Badan

– apabila posture badan tidak betul, secara tidak langsung kedudukan tangan juga akan tidak betul. Jadi, betulkan kedudukan badan anda. Mungkin gambar di bawah dapat menolong anda memahami kedudukan badan yang betul ketika menggunakan komputer.


– Aduh!! Saya tidak mempunyai meja di dalam bilik. Maka ianya memberi sedikit kesukaran kepada saya untuk membetukkan posture badan saya. Mungkin saya boleh mengamalkan rehat yang agak kerap untuk mengurangkan risiko CTD ini. Bagi anda yang mempunyai kemudahan seperti meja study, janganlah mem’bazir’kannya dengan tidak duduk dengan betul.

AKU TERKENA CTD?

Mungkinkah saya terkena CTD? Emm.. Mungkin juga sebab saya terasa kesan-kesannya, tapi mungkin diperingkat awal dan tidak perlu menerima rawatan yang selanjutnya dari doktor. Dengan keadaan tangan yang masih sakit ini saya gagahkan juga untuk menulis untuk anda bagi memberi perkongsian tentang gangguan tangan ini. Jangan jadi seperti di bawah ye..


Masya-Allah.. Apabila kita terasa sakit barulah kita ingat betapa bernilai nikmat tangan yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Ya Allah!! Kami selalu lupa kepada-Mu. Ampunkanlah kami Ya-Allah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Insya-Allah..

Kredit untuk nota-nota pensyarah saya. Kerana gambar-gambar dalam entri ini diambil dari notanya sebagai perkongsian untuk kita semua. TQ..

Sayangilah Tangan Kita!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);