browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Aku Terlupa Lagi

Posted by on March 10, 2010

“Ya Allah!! Mana pulak ni?” saya menyeluk poket. Kunci motor tiada.

Kelas sudah hampir sejam berlalu baru saya sedar kunci tertinggal di motor. Tergantung begitu sahaja. Tanpa berfikir banyak kali, ku gagahkan kaki ini bergegas ke parking motor.


Alhamdulillah.. Kunci ada di situ. Tetapi telah dialihkan ke dalam helmet oleh seorang insan yang berhati mulia. Moga Allah merahmati insan ini. Masya-Allah.. Kalau ada apa-apa terjadi dengan motor ni, habislah kena bebel nanti. Syukur Allah selamatkan. Hai.. Dah dua kali dah jadi macam ni.

Kunci diletakkan di bawah helmet
Bukan kunci motor sahaja, buku, diari, beg, hampir semuanya pernah tertinggal di suatu tempat sebab terlupa. Jangan tertinggal bini dekat shopping complex satu hari nanti sudah.. Hehe.. Saya sempat mencari maklumat tentang penyakit ini, apa yang saya saya jumpa ialah tentang penyakit Alzheimer iaitu penyakit pelupa. Tapi penyakit ini lebih kepada nyanyuk dan hilang ingatan, saya taklah sampai macam tu sekali, cuma terlupa dengan barang-barang yang saya bawa sahaja, hal-hal lain tak terlupa pulak.

Punca-puncanya yang lain ialah soal pemakanan. Emm.. Ntah la, saya makan apa yang kawan-kawan lain makan. Mungkin bukan itu sebabnya kot.

Kepada yang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku kepada insan-insan tertinggal barang akibat terlupa seperti saya, boleh bagi tau ye. Saya memerlukan bantuan anda tentang fenomena lupa tertinggal barang ini. Sekadar untuk berkongsi ilmu dan cara mengatasinya. Mungkin anda lebih arif dari saya tentang hal ini.

Astaghfirullah.. Ya Allah.. Ampunkanlah hamba-Mu yang sering kali lupa ini Ya Allah.

Oleh itu, saya perlu membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Mungkin saya perlu membuat catatan peringatan untuk mengingatkan saya tentang barang-barang yang dibawa. Minta juga bantuan rakan-rakan untuk mengingatkan saya.. Terima kasih..


MANUSIA BERMAKSUD PELUPA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Aku Terlupa Lagi

  1. Hidayah

    mata banyak sangat pandang sana sini. cuba fokus pada diri sendiri je, x yah sibuk orang pandang kita atau apa-apa je la. apa yang dilihat mata turun ke hati then bawa ke otak, fikir lain then lupa la.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);