browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Dajjal : Sebuah Negeri Bernama Samirah

Posted by on March 3, 2010


Pasti ramai yang tidak mengetahui dari manakah asal-usul Al-Masih Dajjal ini. Dalam buku “Membongkar Misteri Dajjal” karangan Muhammad Nurani Maarif, beliau ada mengisahkan tentang asal kelahiran Dajjal secara terperinci.

Sebelum ini, saya telah menulis tentang hadith Nabi SAW yang berkisar tentang berita yang disampaikan oleh Tamim ad-Dari. Berkenaan pengembaraan beliau berjumpa dengan Dajjal secara tidak sengaja.

Bagi menambah maklumat tentang manusia paling merbahaya di dunia ini, saya akan berkongsi tentang sebuah kisah sebuah negeri yang diberi nama SAMIRAH..

BACA SETERUSNYA>>

ASAL USUL NEGERI SAMIRAH

SAMIRAH ialah sebuah negeri yang terletak di kawasan laut Mediteranean. Nama negeri ini berasal daripada nama anak Nabi Nuh a.s yang bernama Sam bin Nuh. Penduduk di negeri ini adalah keturunan daripada susur galur Sam bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh A’laihi Wasalam..


Penduduk negeri ini mengamalkan kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan sapi betina sebagai dewa dan tuhan. Dari sejarah negeri ini, ulama berpendapat Dajjal dilahirkan selepas peristiwa banjir besar seluruh dunia, dan ada yang mengatakan Dajjal dilahirkan pada zaman Nabi Sulaiman A’laihi Wasalam.

Wallahua’alam.

IBU BAPA DAJJAL AL-MASIH

Pendapat ulama mengatakan Dajjal adalah hasil hubungan haram antara jin dan manusia. Kerana itulah Dajjal mampu berada di kedua-dua alam iaitu alam manusia dan alam jin. Terdapat sebuah hadis yang menerangkan tentang perihal ibu bapa Dajjal ini yang disampaikan oleh Saidina Abu Bakar Radiallahu A’nhu..

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapat anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari kedua pasangan itu seorang lelaki yang bermata satu, berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya. Ketika matanya tertidur, hatinya terjaga.”

Kemudian Nabi menerangkan tentang kedua orang tuanya (Dajjal) :

“Ayahnya seorang lelaki yang bertubuh tinggi, berdaging (gempal), hidung yang panjang, seakan-akan paruh burung. Ibunya seorang yang bertubuh besar, tangan yang panjang dan mempunyai payudara yang besar”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Menurut hadis di atas menunjukkan ibu bapa Dajjal adalah manusia yang luar biasa dan ayahnya daripada jin (mengikut pendapat ulama).

* Petikan hadis dari buku “Membongkar Misteri Dajjal”, muka surat 26 dan 27.

DAJJAL DI SAMIRAH

Pada malam kelahiran Dajjal, bapa Dajjal telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor sapi betina untuk mendapatkan restu dewa-syaitan.

Apabila mereka menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan, maka kelahiran anak mereka banyak dipengaruhi oleh sihir-sihir syaitan. Hal ini disebabkan juga dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor iaitu melakukan hubungan ketika haid. Kelahiran Dajjal tidak sempurna dan hanya tidur sepanjang hari.


Syaitan menggunakan sihirnya untuk menculik Dajjal dan meletakkannya di bawah patung sapi betina. Ia adalah propaganda syaitan untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Dajjal apabila melihat Dajjal berada di bawah patung sapi betina itu. Sehinggakan mereka mencatatkan kata-kata di dalam sebuah manuskrip lama :

“Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Sam bin Nuh a.s adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. ketika Sam masih kecil, ia tidak banyak bergerak sehingga didatangi seorang malaikat yang mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam”

Sungguh licik gerakan syaitan untuk menghasut manusia. Emm.. Nauzubillah..

SAMIRAH DIBENAM KE BUMI

Seperti negari-negeri lain yang ditimpa azab oleh Allah Subhanahu Wa Taala akibat dosa-dosa penduduknya, negeri Samirah juga menerima nasib yang sama kerana perbuatan mereka (melakukan maksiat dan liwat yang berleluasa). Kota Samirah dibenamkan ke bumi oleh Allah SWT ketika penduduknya sedang nyenyak tidur.

Dengan perancangan dan perintah Allah SWT, Malaikat Jibril a.s diperintahkan untuk menyelamatkan seorang budak kecil di dalam biara (Dajjal) dan dibawa ke sebuah pulau di Laut Yaman.


Pulau yang dimaksudkan itu ialah pulau yang disinggahi secara tidak sengaja oleh Tamim ad-Dari (klik sini). Pulau ini juga dinamakan ‘Pulau ular yang mengerikan dan Haiwan berbulu tebal’. Terdapat seekor ular yang panjang, berbisa dan besar (kemungkinan ular itu adalah naga di dalam mitos agung cina) yang akan menyengat sesiapa sahaja yang datang ke pulau itu.


Pulau itu sebenarnya kecil dan berkemungkinan mirip pulau di dalam filem King-Kong. Di pulau inilah Dajjal dijaga oleh Jassasah (big foot) mengenal Allah SWT (akhirnya Dajjal ingkar dengan Allah). Sewaktu kelahiran Nabi Muhammad SAW, Dajjal diikat oleh Jassasah dan kesinambungan kisah seterusnya telah diceritakan dalam Hadith Tamim ad-Dari yang lalu.

Apa ada dengan nama Samirah itu sehingga kini? Tahukah anda, nama Samirah itu telah digunakan berulang kali pada zaman ini, cuma kita sahaja yang tidak perasan kewujudannya. Saya akan sambung lagi kisah ‘SAMIRAH’ ini di lain waktu. Insya-Allah..

*Sumber cerita di atas dipetik dari buku “Membongkar Misteri Dajjal” terbitan HR Publishing.. Kredit untuk penulis yang menulis penulisan yang sangat bermakna.. Dapatkan buku ini dipasaran sekarang!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);