browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Datang Berharap Pulang Berjaya

Posted by on March 11, 2010

Teringat lagi, sekitar bulan Januari 2005, saya dan menghantarnya ke sebuah sekolah sains yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Sekolah itu bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang popular dipanggil SEMASHUR.

Selepas seminggu saya menghantarnya, saya pula mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang terletak jauh dari masyarakat pekan, iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Inter Saber). Tidak lama saya disana, hanya sekitar 2 tahun sahaja, tetapi dua tahun yang sangat bermakna bagi saya. Di sanalah saya belajar erti kehidupan di pertengahan umur remaja sebelum melangkah ke alam dewasa.

Bak kata orang “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan”


Tetapi bukan kisah saya yang saya ingin nukilkan di sini. Ianya berkisar tentang kisah adik saya yang 5 tahun berjuang dalam perjalanan sekolah pertengahannya. Zaman sekolah menengahnya baru sahaja disudahkan sekitar 3 bulan yang lalu. Belum pun sempat ‘panas’ berehat di rumah dek kerana kepenatan SPM, beliau telah dilamar ke PLKN Semenyih. 2 bukan setengah di sana menggalas amanah negara.


Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 diumumkan. Adik-adik di seluruh Malaysia pasti berdebar menunggu saat keputusan itu diumumkan, begitu juga dengan adik kandung saya sendiri. Tetapi saya yakin dirinya pasti tenang dengan sikapnya yang sentiasa tenang walaupun dalam gelisah, sampai mengelisahkan semua apabila memikirkan kegelisahannya. Aduh.. Hehe..

Saat itu telah berlalu, keputusan telah diumumkan. Hanya kepada Allah SWT tempat pujian dan kepada Nabi SAW tempat ikutan.. Jangan dilupa dengan rakan-rakan seperjuangan mu yang sama-sama menongkah onak dan duri perjuangan selama 5 tahun itu. Jangan dilupa juga kepada pendidikmu yang bersusah payah mengajar mu. Bapak dan Mama yang banyak berkorban dan syukur Alhamdulillah.. Hari ini Bapak dan Mama telah gembira dengan keputusanmu itu..

Tahniah adikku, Muhammad Jamal Rasyidi Bin Jakiran di atas kejayaan memperoleh 9A 1B. Alhamdulillah.. Tahniah juga kepada adik-adikku yang berada di sekolah lama (SMKA Kuala Selangor & SBPI Sabak Bernam), ini bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu permulaan kepada satu cabaran yang memerlukan pengorbanan.

Dari abangmu,

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);