browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Dedikasi Khas Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)

Posted by on March 21, 2010

Alhamdulillah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin) selamat berlangsung pada malam semalam (19 Mac 2010). Kepuasan berprogram kelihatan di wajah kepenatan para urusetia Malam Aspirasi Islam 3 ini, selepas hampir 2 minggu bertungkus-lumus menguruskan tugasan yang telah diberi. Tahniah!!

Entri ini saya tujukan khas bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat dalam pembikinan program ini. Siapakah pihak yang terlibat dalam program ini? Mereka adalah….


DEDIKASI KEPADA TUHAN SEKALIAN ALAM

Syukur pada-Mu Ya Allah kerana mengizinkan program ini berjalan lancar. Kami merancang dan Kau juga merancang, tetapi perancangan Kau melebihi segalanya dan adalah yang terbaik. Terimalah usaha kami sebagai amalan yang baik bagi kami dan jadikan usaha ini untuk membantu saudara-saudara kami yang ditindas di Palestin.

DEDIKASI UNTUK AMAN PALESTIN

Terima kasih buat Ustaz Budiyanto Bin Unggun (wakil Aman Palestin negeri Pulau Pinang), kerana sudi menerima undangan kami dalam konsert ini. Kerjasama ini adalah yang pertama antara Aman Palestin dan Persatuan Kesenian Islam.

Ustaz Budiyanto di booth Aman Palestin

Alhamdulillah.. Ramai yang memberi sumbangan pada malam itu. Aman Palestin juga mengedarkan risalah tentang Palestin yang diterbitkan khas oleh pihak Aman Palestin. Terima kasih banyak-banyak Ustaz Budi dan Aman Palestin!!

DEDIKASI UNTUK UNIQUE

Saya menerima panggilan daripada Abg Isma Saring pada pukul 2.30 pagi, yang mereka baru sahaja sampai di kampus. Saya dan Kamarol mengambil mereka di kampus dan terus hantar mereka di hotel bajet Adamson Inn. Lepas tu buat la kerja ‘gile’! Makan Char Koey Tiaw pukul 3 pagi kat warung tepi jalan. (abg Isma yang ajak yer). Itulah ‘program’ pertama saya bersama UNIQUE.. Hehe..

“Sepetang Bersama UNIQUE”.. Satu program tertutup yang khas buat ahli-ahli PKI bersama anggota kumpulan UNIQUE.. Ianya berperanan untuk memberi motivasi kepada peserta dan bolehlah juga diibaratkan macam sesi bersama peminat. Ada yang kata, “macam mimpi pulak dapat tengok UNIC (UNIQUE) dari dekat”.. Mesti terharu UNIQUE bila dengar macam tu kan?

Balqis.. Edisi Acapella

Tepat jam 9.15 malam, konsert Malam Aspirasi Islam 3 pun bermula. Agak terlewat sedikit kerana penonton masih ramai lagi yang belum hadir. Sedikit kegusaran di hati saya ketika itu kerana terjadinya masalah ini. Namun syukur kepada Allah, makin lama makin ramai dan persembahan dari abang-abang UNIQUE sangat menghiburkan.. Sangat enjoy…  Superb!!

UNIQUE sebelum persembahan bermula

Bersama penonton di atas pentas.. Pertandingan penggaya lagu paling hebat!!
Penonton Malam Aspirasi Islam 3.. My Mama & Sisters kat depan tu..
Bersama Far-E-ZeeN dan ASRAR di akhir persembahan
Penyampaian cenderahati untuk UNIQUE oleh Prof. Madya Noor & Ust Roshaimizam

UNIQUE tetap UNIC. Kali pertama mereka hadir di UiTM Pulau Pinang pada 28 Februari 2009. Kali ini kali kedua, tiada lagi Fitri dan Alan, ditambah pula dengan kehadiran Bazli, UNIQUE tetap sama, dapat memberi persembahan yang sungguh baik dan menghiburkan. Terima kasih UNIQUE..

UNIQUE : Abg Bazli, Abg Fadzli, Abg Fakhrul. Tidak dilupakan juga kepada Abg Isma Saring (pengurus UNIQUE) yang sangat komited dengan tugasnya. Bagi sesiapa yang mahu menjemput UNIQUE (UNIC) untuk membuat persembahan di tempat anda, bolehlah menghubungi Abg Isma yer..

DEDIKASI BUAT KELUARGAKU YANG KU KASIHI

Saya sungguh terharu dengan pengorbanan Bapak, Mama dan adik-adik yang sudi datang di setiap konsert yang saya uruskan. Bagi saya, merekalah tetamu yang paling istimewa yang hadir dalam konsert ini. Mereka jugalah yang memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang sehingga kini. Pembakar semangat dan jati diri!!

Kali ini sangat berlainan. Jika sebelum ini, tidak semua dari keluarga saya yang dapat hadir. Tetapi kali ini, semuanya dapat hadir, Alhamdulillah.. Syukur pada-Mu Ya Allah.. Terima kasih buat Bapak yang sanggup memandu dari rumah ke Penang. Juga kepada Mama yang melapangkan masanya untuk hadir memberi sokongan. Dan kepada adik-adikku yang ‘sporting’.. Jazakallah Khairal Kathira..

DEDIKASI BUAT RAKAN-RAKANKU

Pincanglah program ini tanpa mereka. Saya seorang memang tidak mampu untuk melakukan kesemuanya. Merekalah tulang belakang yang menjayakan program ini. Saya tidak tahu bagaimana lagi untuk mengucapkan terima kasih kerana pertolongan mereka sangatlah besar dan bermakna..

Sempat lagi bergambar dengan UNIQUE

Bermula 6 Mac 2010, perjumpaan pertama kami berkenaan program ini diadakan. Di situlah bermula tugasan untuk program ini. Banyak onak dan duri yang kami terima sepanjang melaksanakan tugasan tersebut. Banner lambat siap, hangin dengan orang yang susah sangat angkat telefon, dan lain-lain masalah lagi la. Fuhh.. Letih menaip.. Layan la gambar jap..

Master Of Ceremony yang mantop!! Abid & Fitri

Hazree, Auwis, Aiman Dan Pidin menjaga Booth UNIQUE
Wani, Dalila, Aina dan Hazree lagi..

MUSLIMIN : Terima kasih Fitri selaku timbalan pengarah program yang banyak membantu dan menjadi MC, begitu juga dengan Abid yang menjadi MC dan banyak membantu untuk deal dengan Aman Palestin. Terima kasih Kamarol yang banyak membantu tentang soal teknikal dan mengedaran flyers. Juga kepada Pidin dan Auwis yang membantu UNIQUE menjual CD mereka dan juga dalam pengedaran flyers. Tidak dilupakan juga kepada Khalil yang menyediakan slide show yang power dan memberi impak! Faizul yang membantu mengedarkan flyers di Kolej Mutiara. Hazree yang membantu di Multimedia, Aiman di booth UNIQUE. Abg Mie yang hadir memberi sokongan. Abg Is yang menyiapkan Banner dan kepada Ahmad Shah dan krew-krew Rakan Pusat Islam. Juga kepada kumpulan ASRAR yang membuat persembahan.

MUSLIMAT : Terima kasih kepada Dalila sebab uruskan soal makanan di sepanjang progam. Terima kasih kepada Aina yang menguruskan “Sepetang Bersama UNIQUE”. Along yang rajin mengambil gambar dan membantu mendapatkan beg-beg cenderahati. Terima kasih kepada Wani yang membantu mendapatkan bunga-bunga di pentas dan lain-lain tugasan. Fidah yang mengedarkan flyers di Kolej Mutiara. Juga kepada Krew Rakan Pusat Islam yang sudi membantu. Terima kasih.

Dah macam menulis penghargaan kat belakang kulit album pulak. Hehe.. Tapi hakikatnya terlalu ramai yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada inidividu yang tidak sempat saya nyatakan di sini dan mungkin terlepas pandang. Untuk membaca entri lain berkenaan program ini, bolehlah klik (di sini).

Tiada yang mampu ku lakukan melainkan ucapan hikmah yang sungguh bermakna.. JAZAKALLAH KHAIRAL KATHIRA.. Semoga Allah memberi kebaikan kepada anda semua di atas pengorbanan dan sumbangan anda.. Terima kasih daun keladi.. Ada masa kita bekerja lagi.. Insya-Allah..

MALAM ASPIRASI ISLAM 3 (UNTUKMU PALESTIN)!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);