browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Jemputan Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)

Posted by on March 14, 2010

Insya-Allah.. Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan satu program berbentuk hiburan mendidik jiwa iaitu Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin). Design banner ini baru sahaja siap dan ianya menyebabkan proses publisiti agak terganggu sedikit. Tapi tak mengapa, masih sempat lagi untuk saya promote. Butiran konsert adalah seperti berikut :

  •  TARIKH  : 19 Mac 2010 (Jumaat)
  •  MASA     : 8.30 Malam
  •  TEMPAT : Laman Perdana UiTM Pulau Pinang

Design Banner ini dibuat khas untuk dipamerkan di kampus, tetapi sebenarnya konsert ini terbuka untuk semua tak kira warga UiTM atau tidak. Oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan konsert ini, disamping itu dapatlah kita menderma untuk saudara-saudara kita yang ditindas di Palestin sana, Insya-Allah.. Saya bersama rakan-rakan yang lain akan bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.


Program ini adalah program kedua saya menjadi pengarah program. Jadi, faham-fahamlah dengan perangai saya yang akan mengejar orang yang tak buat kerja atau lambat buat kerja. Minta maaf rakan-rakanku, sekiranya daku terlalu tegas, kerana dalam bekerja perlu tegas bukan sengaja daku nak buat garang dengan korang. Siap la korang. Hehe..

 Poster dan Flyers yang akan diedarkan

Promosi ini agak lewat kerana proses menyiapkan design Banner program ini telah mengambil masa agak lama daripada yang dirancang. Tapi masih belum terlambat untuk team saya menjalankan promosi ini. Esok team Rakan Pusat Islam akan membantu untuk menampal poster di sekitar kampus dan team PKI akan mengedarkan flyers di luar kampus.Terima kasih kepada yang membantu.

“Ya Allah.. Mudahkan perjalanan program kami. Kami tiada berdaya untuk menentukan kejayaan konsert ini. Kami merancang dan Kau juga merancang, tetapi perancangan Kau adalah yang terbaik. Maka rancanglah yang terbaik untuk kami Ya Allah.. Berikan kepada urusetia kami kekuatan untuk melaksanakan tugas dengan baik dan berkesan.. Mudah-mudahan program ini mendapat rahmat-Mu dan memberi manfaat kepada kami sebagai hamba-Mu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal A’lamin”

Kepada yang berkelapangan dan berpeluang untuk menghadirkan diri ke konsert ini, kehadiran anda sangat dialu-alukan. Moga program ini berjalan dengan lancar dan mendapat manfaatnya kepada kita semuanya. Amin.. Insya-Allah..

Towards Islamic Arts Priority : Selamatkan Palestin!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);