browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kesibukan Melanda Diri

Posted by on March 17, 2010

Apabila seruan program telah menjelma, maka episod kesibukan diri pun bermula. Minggu ini minggu yang sangat sibuk bagi saya. Tapi ada masa pulak nak berblogging ni ye? Kejap je, sambil nak tidur ni boleh la meluangkan sedikit masa untuk tulis sesuatu dalam blog yang tercinta ni.

Banyak perkara yang telah diselesaikan, sekarang cuma proses promosi yang perlu dipergiatkan. Maklumlah banner lambat siap dek masalah teknikal yang sangat membingungkan.. Alhamdulillah.. Poster, Flyers dan Banner telah dipasang dan digantung tadi. Insya-Allah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 ini adalah yang terakhir bagi team saya di UiTM Pulau Pinang ni, jadi ianya satu program yang akan menjadi nostalgia bagi kami dan perlulah dibuat sehabis baik.  Ya Allah.. Mudahkan perjalanan program kami ini Ya Allah..


SETIAP HARI SANGAT BERHARGA

Design Banner dan poster yang lewat disiapkan oleh orang bertanggungjawab menyiapkannya telah menyebabkan hari-hari yang berharga berlalu begitu sahaja. 1,2,3 sampailah seminggu telah terbuang begitu sahaja untuk tujuan promosi konsert. Adoi.. Masya-Allah.. Mungkin ini ujian yang Allah SWT uji untuk saya dan rakan-rakan. Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.

Teruskan berjuang rakan-rakanku kerana perjuangan ini belum selesai. Setiap hari adalah hari yang berharga, jangan sia-siakan masa yang ada untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah diberikan. Tetapi jangan lupa pula dengan kewajipan kita yang sedia ada.

“Bekerja untuk seribu tahun lagi dan beribadatlah untuk hari mati esok hari”

Entri ini khas untuk memberi semangat kepada diri untuk bekerja di bawah tekanan buat masa sekarang ini, bagai mengambil teh pengubat letih bak kata Ustaz Hasrizal. Mohon izin untuk rehat sebentar dari mengemaskini blog ini dengan entri-entri yang baru.. Perjuangan menjayakan ‘projek besar’ masih diteruskan. Moga Allah SWT memudahkan bagi saya dan memberi kejayaan dalam konsert Malam Aspirasi Islam 3. Untuk abang-abang UNIQUE, selamat datang saya ucapkan.

MOGA ALLAH BERI KEJAYAAN.. AMIN..

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);