browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Mengapa Kau Menangis Ya Rasulullah?

Posted by on March 13, 2010

Suasana sepi menyelubungi Madinah ketika itu. Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasalam dan para sahabat dilintasi sekumpulan Yahudi yang sedang mengusung seorang mayat dari bangsa mereka. Apabila melihat mayat itu diusung, air mata Nabi SAW mengalir membasahi pipi. Para sahabat berasa hairan tatkala melihat Nabi SAW mengalirkan air mata.

Kelihatan sedih melihat mayat Yahudi itu diusung.

“Wahai Rasullullah… Bukankah mayat yang diusung itu adalah seorang Yahudi? Dia bukan seorang Muslim Ya Rasulullah.. Mengapa kau menangis?”, tanya seorang sahabat kepada baginda.


“Aku menangis kerana tidak dapat membawanya ke arah iman. Aku tidak dapat menyelamatkannya dari api neraka Allah Subhanahu Wataa’la.”, jawab Nabi SAW.

Sayu dan insaf para sahabat mendengar jawapan Nabi SAW itu. Inilah keperibadian Nabi utusan Allah, Muhammad Sollallahu A’laihi Wassalam. Tidak kira siapa orang itu, dari keturunan mana, bangsa mana, kaya atau miskin, Nabi SAW tetap mahu membawa sesiapa sahaja kepada Islam. Agama yang diredhai Allah SWT.

Sesungguhnya kejayaan manusia terletak pada agama Allah SWT. Bukannya terletak pada diploma, ijazah, master dan PHD. Kerana itulah Nabi SAW bersungguh-sungguh berdakwah kepada seluruh manusia sehingga diibaratkan jikalau tapak kaki Nabi SAW dicat merah, pastu seluruh bumi Mekah dan Madinah akan berwarna merah kerana semua tempat telah dilalui Nabi untuk berdakwah. Sungguh besar pengorbanan Nabi SAW, membawa khabaran iman yang sungguh berharga.

Kita akan dipertanggungjawabkan tentang soal dakwah kepada orang lain – Gambar Hiasan

Hari ini, ummat di akhir zaman ini semakin melupakan usaha yang dibawa oleh Nabi SAW iaitu usaha dakwah dan tabligh. Malah diperlekehkan pula usaha tersebut dengan bermacam-macam label dan cacian seperti ketinggalan zaman, miskin, dan mengabaikan dunia. Inilah cabaran para daie di akhir zaman ini, di mana ummat ketika ini dalam keadaan lemah imannya kepada Allah SWT dan Allah SWT mencampakkan perasaan cintakan dunia dan takutkan mati. Nauzubillah..

Dengan usaha dakwahlah Islam yang kita anuti ini sampai kepada kita. Cuba bayangkan jika usaha dakwah tabligh ini tidak dijalankan, adakah kita Islam ketika ini? Syukur kepada Allah SWT yang menggerakkan hati para sahabat dan para pendakwah untuk menyampaikan Islam kepada kita.

Islam tersebar ke seluruh alam kerana usaha dakwah

Air mata Nabi SAW menjadi bukti kecintaan baginda kepada ummatnya. Nabi berasa kesal kerana tidak sempat berdakwah kepada si mati, kita juga perlu rasa begitu. Cara fikir kita perlu diubah daripada “apalah yang ko nak makan kalau tak lulus periksa” kepada “macam manalah kita kat akhirat nanti kalau takde iman”. Masya-Allah.. Bukan mudah tapi tidak mustahil untuk betulkan fikir kita. Usahalah lagi dan lagi.. Insya-Allah..

Semoga kita dapat menyambung perjuangan Nabi SAW dengan membawa perkhabaran iman ke seluruh alam. Kita bukannya sempurna seperti jemaah Nabi SAW, tetapi cara dakwah Nabi SAW adalah yang terbaik untuk dipraktikkan. Berdakwah ibarat membaling bola ke dinding, bola itu akan melantun balik kepada kita, maknanya apa yang kita sampaikan kepada orang lain, dapat juga kepada kita. Sama-samalah kita fikirkan..

“Apa yang kita dengar pada hari ini, kita sampaikan kepada saudara-saudara kita yang tiada dalam majlis ini. Insya-Allah” 

SELAMAT BERAMAL!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);