browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Nasyid Dahulu Dan Sekarang

Posted by on March 21, 2010

.

Irama nasyid asalnya daripada alunan irama padang pasir di negara Arab. Selepas kedatangan Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bait-bait syair yang menceritakan tentang keindahan alam,memuji wanita, berhala dan pemimpin, telah bertukar arah kepada bait-bait syair yang memuji, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah Subhanahu Wataa’la dan Rasul-Nya.

Islam telah tersebar ke seluruh alam dengan berkat usaha para sahabat Nabi SAW. Dengan tersebarnya agama suci ini, secara tidak langsung irama padang pasir yang memuji Allah SWT, Rasulullah SAW, dan keindahan Islam turut dibawa bersama ke seluruh alam.


NASYID DI NUSANTARA

Irama nasyid di Nusantara telah lama bermula tetapi tidaklah sepopular sekarang. Kehadiran kumpulan Al-Jawaher, Al-Mizan, Orkes Sinar Murni dan El-Suraya (kebanyakannya kumpulan nasyid wanita) telah mewarnai perjalanan irama nasyid suatu ketika dahulu.

Kumpulan Nasyid dulu-dulu

.

Orkes Sinar Murni
.

Selepas itu, irama nasyid di tanah air kita ini dihiasi dengan kehadiran kumpulan nasyid ‘indie’ atau ‘underground’ seperti kumpulan nasyid jemaah Al-Arqam iaitu Nada Murni (kumpulan asal Rabbani dan Hijjaz) dan The Zikr (Raihan) dalam era 80-an.

Akhirnya, kumpulan nasyid yang bertujuan murni ini telah keluar dari kepompong ‘underground dan indie’ dan mula dikenali masyarakat dengan terbitnya album Puji-Pujian dari kumpulan RAIHAN. Penerbitan album Puji-Pujian ini telah mencatatkan rekod di Malaysian Book Of Records dengan jualan album tertinggi dalam sejarah Malaysia dengan jualan album mencecah 1,000,000 album! Masya-Allah..

RAIHAN suatu masa dahulu dikenali dengan nama THE ZIKR
.
Siapa yang tidak kenal dengan RAIHAN kan?
.

Selepas pengharaman jemaah Al-Arqam, kumpulan Nada Murni telah pun dibubarkan dan mereka berpecah kepada dua kumpulan yang dikenali pada hari ini sebagai kumpulan HIJJAZ dan RABBANI. Raihan, Hijjaz dan Rabbani boleh dikatakan sebagai kumpulan paling berpengaruh ketika itu dan sekarang. Lihat sahaja faktor-X mereka yang dapat menembusi hati nurani masyarakat. Cuba minta rakan-rakan anda menyanyikan lagu Puji-Pujian, pasti mereka tahu walaupun mereka itu Mat Rock sekali pun. Try la.. Insya-Allah diorang tahu..

RABBANI

.

HIJJAZ
.
Itulah permulaan bagi industri nasyid di Tanah Air kita ini. Kumpulan ini masih tetap subur sehingga sekarang dengan lagu-lagu mereka yang menusuk qalbu. Perubahan tetap berlaku bagi setiap manusia, Nazrey Johani telah menarik diri dari Raihan, Allahyarham Ust Asri Ibrahim telah meninggalkan kita dan Rabbani pada tahun lepas.
Hijjaz pula telah kehilangan rakannya,Soleh, yang kembali kerahmatullah. Namun mereka tetap berjaya sehingga menjadi syarikat yang disegani sekarang seperti Hijjaz Records Sdn Bhd.
.
GENERASI PENYAMBUNG KESINAMBUNGAN DAKWAH

Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. banyak memberi sumbangan kepada industri nasyid ini dengan menaungi dan menerbitkan album seperti kumpulan Hijjaz dan Rabbani. Selepas Hijjaz menubuhkan syarikat sendiri, mereka pula meneruskan perjuangan dengan melahirkan kumpulan Inteam yang telah mengubah iklim nasyid Malaysia dengan lagunya yang hits, Kasih Kekasih.

.

INTEAM
.

Kumpulan Inteam bagi saya adalah pelopor irama nasyid kontemporari. Buat kali pertamanya lagu nasyid (Kasih Kekasih) menjadi juara carta ERA suatu ketika dahulu. Lagu ini memberi tamparan impak yang maksima kepada industri hiburan Tanah Air dan membuka lembaran baru irama nasyid kontemporari.

Selepas itu, artis nasyid hadir seperti tumbuh bagaikan cendawan. Selepas Inteam, UNIC (kini UNIQUE) dan Mestica pula hadir (artis Hijjaz Records). Artis-artis nasyid lain pula seperti Now See Heart, Brothers, Devotees, Mirwana, dan lain-lain lagi yang terlalu banyak untuk ditulis.
.
UNIC
.
MESTICA
.
NOW SEE HEART
.
MIRWANA
.
Kini, irama nasyid sudah berubah sedikit demi sedikit. Berubah untuk membiasakan iramanya dengan keadaan semasa. Irama padang pasir kepada irama rap, rock, R&B, dan penggunaan alatan muzik canggih telah merubah landskap irama nasyid ini. Namun begitu, usaha dakwah yang tersirat di dalam setiap bait-bait lagunya masih mampu diterima sebagai hiburan yang mendidik jiwa.
“Sokonglah kami selagi kami dilandasan yang benar”. Kata-kata Bazli UNIC ketika mengadakan persembahan tempoh hari.
Sokonglah industri nasyid ini, kerana inilah wadah dakwah melalui hiburan dan jihad kita untuk agama. Irama nasyid memerlukan generasi yang mewarisi perjuangan ini, jangan terjadi seperti irama Dangdut yang suatu ketika dahulu sangat popular dan akhirnya terkubur begitu sahaja kerana tiada pewarisnya.
Nasyid dahulu dan sekarang. Sama tapi tidak serupa, irama yang berubah tetapi dakwah yang sama yang memerlukan kesabaran dan pengorbanan untuk mengemudinya.

HIBURAN WADAH DAKWAH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);