• Aktiviti

    Dedikasi Khas Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)

    Alhamdulillah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin) selamat berlangsung pada malam semalam (19 Mac 2010). Kepuasan berprogram kelihatan di wajah kepenatan para urusetia Malam Aspirasi Islam 3 ini, selepas hampir 2 minggu bertungkus-lumus menguruskan tugasan yang telah diberi. Tahniah!! Entri ini saya tujukan khas bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan pihak yang terlibat dalam pembikinan program ini. Siapakah pihak yang terlibat dalam program ini? Mereka adalah….DEDIKASI KEPADA TUHAN SEKALIAN ALAM Syukur pada-Mu Ya Allah kerana mengizinkan program ini berjalan lancar. Kami merancang dan Kau juga merancang, tetapi perancangan Kau melebihi segalanya dan adalah yang terbaik. Terimalah usaha kami sebagai amalan yang baik bagi kami dan jadikan usaha…

  • Aktiviti

    Kesibukan Melanda Diri

    Apabila seruan program telah menjelma, maka episod kesibukan diri pun bermula. Minggu ini minggu yang sangat sibuk bagi saya. Tapi ada masa pulak nak berblogging ni ye? Kejap je, sambil nak tidur ni boleh la meluangkan sedikit masa untuk tulis sesuatu dalam blog yang tercinta ni. Banyak perkara yang telah diselesaikan, sekarang cuma proses promosi yang perlu dipergiatkan. Maklumlah banner lambat siap dek masalah teknikal yang sangat membingungkan.. Alhamdulillah.. Poster, Flyers dan Banner telah dipasang dan digantung tadi. Insya-Allah.. Konsert Malam Aspirasi Islam 3 ini adalah yang terakhir bagi team saya di UiTM Pulau Pinang ni, jadi ianya satu program yang akan menjadi nostalgia bagi kami dan perlulah dibuat sehabis…

  • Aktiviti,  Nasyid

    Jemputan Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin)

    Insya-Allah.. Persatuan Kesenian Islam UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan satu program berbentuk hiburan mendidik jiwa iaitu Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (Untukmu Palestin). Design banner ini baru sahaja siap dan ianya menyebabkan proses publisiti agak terganggu sedikit. Tapi tak mengapa, masih sempat lagi untuk saya promote. Butiran konsert adalah seperti berikut :  TARIKH  : 19 Mac 2010 (Jumaat)  MASA     : 8.30 Malam  TEMPAT : Laman Perdana UiTM Pulau Pinang Design Banner ini dibuat khas untuk dipamerkan di kampus, tetapi sebenarnya konsert ini terbuka untuk semua tak kira warga UiTM atau tidak. Oleh itu semua dijemput hadir untuk memeriahkan konsert ini, disamping itu dapatlah kita menderma untuk saudara-saudara kita yang ditindas…

  • Info,  Nasyid

    UNIC Kini UNIQUE

    “UNIQUE tu sape ye? Tak pernah dengar pun”, tanya seorang rakan. “Haha.. Kumpulan baru tapi lama.”, saya menjawab ringkas. “Ha? Baru tapi lama? Adoi.. Tak faham la”, beliau pening memikirkannya. “UNIC la.. Dah tukar nama jadi UNIQUE”, saya menjawab dan memberi kesimpulan ke atas persoalan yang melanda dirinya. Beliau terus bertanya lagi “Kenapa tukar nama?”.. Saya mengetahui pertukaran nama ini melalui facebook manager UNIQUE (UNIC). Mungkin saya terlambat mengetahuinya (berbanding sahabat UNIC yang lain), tapi tidak la terlalu lewat rasanya. Ramai lagi yang belum tahu tentang hal ini dan pernah saya terbaca komen di facebook, “UNIQUE tu siapa? Tu bukan Bazli UNIC ke? (dalam kulit album di atas), mana UNIC?”..…

  • Bayan,  Kisah Para Nabi

    Mengapa Kau Menangis Ya Rasulullah?

    Suasana sepi menyelubungi Madinah ketika itu. Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasalam dan para sahabat dilintasi sekumpulan Yahudi yang sedang mengusung seorang mayat dari bangsa mereka. Apabila melihat mayat itu diusung, air mata Nabi SAW mengalir membasahi pipi. Para sahabat berasa hairan tatkala melihat Nabi SAW mengalirkan air mata. Kelihatan sedih melihat mayat Yahudi itu diusung. “Wahai Rasullullah… Bukankah mayat yang diusung itu adalah seorang Yahudi? Dia bukan seorang Muslim Ya Rasulullah.. Mengapa kau menangis?”, tanya seorang sahabat kepada baginda. “Aku menangis kerana tidak dapat membawanya ke arah iman. Aku tidak dapat menyelamatkannya dari api neraka Allah Subhanahu Wataa’la.”, jawab Nabi SAW. Sayu dan insaf para sahabat mendengar jawapan Nabi SAW…

  • Family

    Datang Berharap Pulang Berjaya

    Teringat lagi, sekitar bulan Januari 2005, saya dan menghantarnya ke sebuah sekolah sains yang terletak di Ulu Yam, Selangor. Sekolah itu bernama Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang popular dipanggil SEMASHUR. Selepas seminggu saya menghantarnya, saya pula mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang terletak jauh dari masyarakat pekan, iaitu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (Inter Saber). Tidak lama saya disana, hanya sekitar 2 tahun sahaja, tetapi dua tahun yang sangat bermakna bagi saya. Di sanalah saya belajar erti kehidupan di pertengahan umur remaja sebelum melangkah ke alam dewasa. Bak kata orang “Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan” Tetapi bukan kisah saya yang saya ingin nukilkan di sini. Ianya…

  • Kisah Teladan,  Rencah

    Aku Terlupa Lagi

    “Ya Allah!! Mana pulak ni?” saya menyeluk poket. Kunci motor tiada. Kelas sudah hampir sejam berlalu baru saya sedar kunci tertinggal di motor. Tergantung begitu sahaja. Tanpa berfikir banyak kali, ku gagahkan kaki ini bergegas ke parking motor. Alhamdulillah.. Kunci ada di situ. Tetapi telah dialihkan ke dalam helmet oleh seorang insan yang berhati mulia. Moga Allah merahmati insan ini. Masya-Allah.. Kalau ada apa-apa terjadi dengan motor ni, habislah kena bebel nanti. Syukur Allah selamatkan. Hai.. Dah dua kali dah jadi macam ni. Kunci diletakkan di bawah helmet Bukan kunci motor sahaja, buku, diari, beg, hampir semuanya pernah tertinggal di suatu tempat sebab terlupa. Jangan tertinggal bini dekat shopping complex…

  • Family,  Perspektif,  Rencah

    Tiada Lagi Kasihnya

      Lihatlah gambar bayi di atas. Comel tak? Apa yang ada di sebalik senyuman mereka itu? Kasih sayang, belaian dari seorang ibu dan bapa, itulah di sebalik senyuman itu. Siapalah mereka tanpa ibu dan bapa. Jika tiada kasih dan sayang, pastinya mereka tidak dapat senyum seperti ini. Allah memberi satu nikmat yang istimewa bagi manusia iaitu akal. Apa yang pernah saya dengar daripada ustazah saya, katanya darjat manusia terletak di tengah-tengah antara malaikat dan haiwan. Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya ke arah yang betul, darjatnya akan lebih tinggi dari malaikat. Tetapi, jika manusia menggunakan akalnya ke arah yang tak sepatutnya, mereka ini lebih teruk daripada BINATANG!! Kucing.. Disepak diterajang…