browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Tiada Lagi Kasihnya

Posted by on March 10, 2010

 
Lihatlah gambar bayi di atas. Comel tak? Apa yang ada di sebalik senyuman mereka itu? Kasih sayang, belaian dari seorang ibu dan bapa, itulah di sebalik senyuman itu. Siapalah mereka tanpa ibu dan bapa. Jika tiada kasih dan sayang, pastinya mereka tidak dapat senyum seperti ini.

Allah memberi satu nikmat yang istimewa bagi manusia iaitu akal. Apa yang pernah saya dengar daripada ustazah saya, katanya darjat manusia terletak di tengah-tengah antara malaikat dan haiwan. Jika manusia dapat menggunakan akal fikirannya ke arah yang betul, darjatnya akan lebih tinggi dari malaikat. Tetapi, jika manusia menggunakan akalnya ke arah yang tak sepatutnya, mereka ini lebih teruk daripada BINATANG!!

Kucing..

Disepak diterajang oleh manusia durjana, tidak pernah membuang anaknya. Ibu kucing akan menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, ibu kucing tidak pernah memijak anaknya walhal akan mempertahankan anaknya apabila ada musuh yang sedang mengganggu mereka. Kucing haiwan yang tidak berakal tetapi Allah SWT menganugerahkan sifat kasih sayang kepadanya, mengapa kita manusia tidak mengambil pengajaran daripada sifat kucing itu?

Petanda akhir zaman sedang rancak berlaku. Ibu membuang anak sendiri, anak derhaka kepada ibu bapanya, maksiat berleluasa. Manusia hilang arah panduan emosi dek kerana sibuk mengejar kehidupan dunia yang sementara ini. Ramai ibu-ibu yang berpesan “belajar rajin-rajin, esok besar jadi orang senang”, senang dengan harta, tetapi kurang jiwanya.

Sekarang ramai pelajar yang kita dengar semakin baik pencapaian akademiknya. 11A, 12A, berpuluh-puluh A. Adakah itu yang kita kejarkan? Akademik menjadi keutamaan tetapi ‘akademik emosi dan kerohanian’ diketepikan. Bukan untuk menidakkan keutamaan akademik, ianya sangat penting dalam kehidupan kita. Tetapi perhatian untuk pelajaran kerohanian dan emosi semakin terhakis. Akhirnya jadilah masyarakat yang memburu dunia dan terdapat kurang ajarnya.

Iman senipis bawang. Senipis bawang yang boleh dikoyakkan dengan sekali hayunan sahaja. Itulah iman kita. Ada masalah kerja, sakit mental, hilang kekasih, ditambah pula dengan nipisnya iman telah merosakkan struktur masyarakat kita. Satu kuncinya, semaikan iman di dalam kehidupan kerana iman dapat memandu hidup kita. Kunci inilah yang menjadi faktor yang tidak femous jika kita berbincang soal masalah moral masyarakat, walhal inilah faktor utamanya.. Kita yang tidak sedar..

Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasalam bersabda :

“Seorang yang hendak berzina, tidak akan berzina jika sempurna imannya. Dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak semasa sempurna imannya. Seorang yang hendak mencuri, tidak akan mencuri jika sempurna imannya. Jika seseorang yang hendak melakukan rompakan yang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya”
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Dedikasi kepada mangsa-mangsa kerakusan manusia yang sanggup menggadaikan kasih sayang sesama kita. Kepada arwah adik Nurin Jazlin, adik K. Hareswarrai, adik Syafia Humairah Sahari, dan bayi-bayi dan kanak-kanak lain yang menjadi mangsa ketandusan kasih sayang manusia durjana. Masya-Allah.. Moga Allah SWT menempatkan adik-adikku ini di tempat yang terpuji di sana. Insya-Allah..

Bersamalah kita menyemai kasih dan sayang sesama kita, kerana kasih sayang adalah sifat-sifat Allah SWT. Ditujukan lagu ini untuk tatapan kita semua, lagu daripada kumpulan Raihan yang berjudul Kasih Sayang..

Kasih Sayang
Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan


Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka


Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri


Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana 

UTAMAKAN KELUARGA, KITA MAMPU MENGUBAHNYA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);