browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Uncle SAM Di Hollywood

Posted by on March 4, 2010


Apa kaitannya SAMIRAH dengan Hollywood?

Umum sudah tahu, Amerika Syarikat digelarkan dengan jolokan negara Uncle SAM. Bukankah nama SAM itu berasal daripada nama anak Nabi Nuh a.s. yang bernama Sam bin Nuh? Asal nama sebuah negeri kelahiran Dajjal Al-Masih iaitu Samirah.

Sebenarnya, ramai yang telah menyedari atau buat-buat tak sedar hakikat Dajjal telah pun menguasai dunia perfileman Hollywood. Cuba kita perhatikan, kebanyakkan filem yang dihasilkan oleh negara barat itu banyak berkisah tentang alam mistik, kemusnahan dunia, dan peperangan.


Kita terpegun dengan kecanggihan dunia perfileman mereka yang banyak menggunakan teknologi digital bagi memberi kesan impak yang besar kepada sesebuah filem. Sehinggakan apabila sesebuah filem barat ditayangkan, tiket tayangannya habis terjual.

Saya bukannya mahu memboikot filem mereka, saya juga menyaksikan filem-filem itu, tetapi saya sekadar mahu berkongsi dan merenung mesej yang hendak mereka sampaikan di dalam filem-filem mereka. Tengok boleh, JANGAN PERCAYA!!

THE LORD OF THE RINGS


Anda pernah menonton filem ini? Emm.. Rasanya apabila ditanya kepada rakan-rakan, hampir semuanya pernah menonton filem ini termasuk la saya. Bagi saya, filem ini sangat menarik dengan jalan ceritanya yang kompleks dan kualiti gambarnya yang mantap. Mungkin kerana itulah filem ini mendapat tempat antara filem terbaik di dunia.

Tetapi, apakah kaitannya filem ini dengan DAJJAL? Jika anda masih ingat lagi, siapakah nama teman Hobbit kepada Frodo semasa pengembaraannya? Pada yang tidak ingat, SAM namanya, teman sebangsa Hobbit dengan Frodo. Mengapakah nama Sam dipilih dalam filem ini? Tidak ada nama lain ke yang boleh dipilih oleh penulis novel filem ini iaitu J.R.R Tolkien? Pastinya ada konspirasi Dajjal dalam filem ini. Emm..


Siapa pula ahli sihir di atas ini? YA! Gandalf The Grey dan akhirnya bertukar kepada Gandalf The White di akhir filem ini. Apa kaitannya Gandalf dengan Dajjal? Dajjal digambarkan pernah berunah rupa sebagai seorang ahli sihir, berjubah, tinggi dan bertongkat, beliau juga mengembara ke suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Mirip-mirip Gandalf yang berkelana ke merata tempat dan boleh berinteraksi dengan mana-mana makhluk di alam mana sekalipun sama ada di alam Hobbit dan di alam Elf (bangsa dalam filem ini).

Gandalf juga selalu berinteraksi dengan makhluk seperti jin yang dipanggil Gollum. Mirip kisah Dajjal yang masuk ke alam jin untuk memanjangkan usianya. Apabila sampai di suatu kawasan atau zaman, Dajjal akan berpesan dengan manusia di waktu itu yang dia akan pergi dan akan kembali lagi suatu hari nanti. Gandalf juga begitu, di saat-saat perang memuncak, dia menghilangkan diri dan memberi jaminan dia akhirnya akan muncul dari arah timur untuk menyelamatkan rakan-rakan seangkatannya. Wallahua’lam..

I AM LAGEND

I Am Legend. Mengisahkan dunia yang diserang penyakit misteri akibat kesilapan seorang doktor mencipta ubat untuk mengubati penyakit kanser dan akhirnya ubat itu menjadikan manusia seperti bangkai yang bernyawa.

Seorang tentera bernama Robert Neville (Will Smith) adalah satu-satunya manusia immune yang terselamat dan ditugaskan untuk mencari saki baki manusia yang terselamat dari wabak penyakit itu. Filem ini sangat ‘sunyi’, kerana watak-watak dalam filem ini sangatlah sedikit, memberi suasana tenang dan tiba-tiba suspen (saat ‘zombie’ menyerang) apabila menonton filem ini.


Apakah yang menjadi konspirasi dalam filem ini? Jika anda ingat (bagi yang pernah menonton), nama anjing belaan Neville (Will Smith) adalah SAM. Nah! Penggunaan nama Sam sekali lagi. Satu lagi konspirasi yang samar yang diilhamkan oleh ‘tangan ghaib’ itu.

Semasa membaca kisah Dajjal dalam buku “Membongkar Misteri Dajjal”, saya terbaca tentang perancangan jahat Dajjal, iaitu mengenai rancangan Dajjal yang mewujudkan wabak penyakit di seluruh dunia mirip-mirip H1N1. Mungkinkah filem ini memberi gambaran akan datang yang dunia akan dijangkiti wabak penyakit dan Dajjal akan keluar menjadi penyelamat dunia (penyembuh)? Wallahua’alam.. Allah sahaja yang mengetahui.

TRANSFORMERS

YEAHH!! Filem yang digilai ramai remaja di seluruh dunia. Ingat lagi semasa saya menonton filem ini di pawagam bersama rakan-rakan, kami menaiki bas beramai-ramai ke Jusco dan sanggup menempah tiket awal takut-takut habis. Meriah betul masa tu..


Filem ini juga mewujudkan konspirasi, kisah seorang remaja yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan dunia daripada serangan Megatron. Nama remaja lelaki itu ialah SAM. Sekali lagi menggunakan nama Sam. Adakah ianya satu kebetulan? Entah la.. Hanya Tuhan yang tahu..


Dalam filem ini juga melibatkan hura-hara yang berlaku di dunia. Kemungkinan ianya menjadi konspirasi untuk menunjukkan kehebatan seorang manusia yang dapat menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing. Begitulah Dajjal memupuk kepercayaan manusia tentang kemunculannya.

Dalam Transformers : Reverge Of The Fallen. Dapat dilihat latar belakang piramid yang banyak. Dan digambarkan piramid juga menjadi pusat tenaga bumi dan tempat peperangan antara transformers suatu masa dahulu. Piramid? Bukankah Dajjal menggunakan simbol piramid yang menunjukkan perancangannya yang belum selesai dan pusat pengumpulan tenaga-tenaga negatif? Emm.. Menarik untuk difikirkan tentang konspirasi ini.


Kisah campur tangan si ‘tangan ghaib’ terlalu banyak untuk disingkap. Apabila sesuatu perkara sering terjadi, adakah ianya dikira sebagai satu kebetulan? Nama SAM yang menjurus kepada nama negeri Dajjal selalu digunakan dalam industri perfileman di Hollywood. Belum lagi dikaji tentang filem Harry Potter, Underworld dan lain-lain lagi. Semuanya adalah konspirasi akhir zaman.

Entri kali ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang perihal Dajjal dan industri perfilemannya. Bukannya saya meminta anda untuk memboikot filem-filem tersebut, tetapi hanya untuk mengambil pengajaran agar akidah kita tidak terpesong dek kerana terpesona menonton filem-filem itu.

Maklumat di atas hanya sekadar telahan sahaja, tidak tahu sama ada ianya benar atau tidak. Terpulang kepada diri sendiri untuk mempercayainya atau tidak. Terima kasih kepada Muhammad Nurani Maarif (penulis buku) kerana mencetuskan idea ini.

Hanya Tuhan Yang Tahu..

YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai. Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Uncle SAM Di Hollywood

  1. Uncle Sam

    take this SUPER GEMS FOR SUPER PENDANT FROM ALMIGHTY GOD : http://youtu.be/Aqh7gN101pw
    IRON MAN 3 BEST FRIENDS IS UNCLE SAM SUPER NATURAL GEMS !!!
    I created this video with the YouTube Slideshow Creator (http://www.youtube.com/upload)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);