browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Apabila Pensyarah Sudah Berkata

Posted by on April 5, 2010

Overall.. Test hari tu semua ok. Tapi saya tahu ada yang menipu saya!”, kata pensyarah kepada para pelajarnya.

Attendent sign, kuiz buat, test dapat bagus. Tapi saya tahu dia tak datang kelas. Mintak tolong dengan kawannya sign kan attendent, buatkan kuiz. Saya dapat cam tulisan ye, jangan kata saya tak tahu!”, pensyarah berkata lagi.


Terpanar saya mendengarnya. Jarang sekali seorang pensyarah meluahkan sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Dan memang patut pun beliau berkata demikian, anak muridnya cuba menipu, bukan menipu pensyarahnya, tetapi menipu dirinya sendiri!

“Saya tak akan bar ‘awak’ sebab ‘awak’ sign attendent yang mengatakan awak datang ke kelas. Tak apa, mungkin ‘awak’ akan dapat A+ dan lulus dalam peperiksaan. Tapi, kemana pergi berkatnya?“, ‘sumpah’ pensyarah kepada pelajarnya yang bernama ‘awak’ itu.

Siapa yang makan cili, dialah yang merasa pedasnya. Siapa yang memegang bara, dialah yang merasa peritnya.

Tidak datang ke kelas, suruh rakannya sign kedatangan untuknya, buatkan kuiz dan memberi jawapan ketika test. Saya belum pernah lagi berjumpa dengan sahabat yang se’baik’ ini. Di mana seorang rakan yang sangat bermurah hati menolong sahabatnya yang ‘kesusahan’. BAGUS!! Sungguh beruntung si ‘awak’ ini. Tahniah!

KEJAYAAN DI ATAS KERTAS

Kesinambungan dari penulisan saya sebelum ini yang bertajuk CGPA Bukan Hanya Di Atas Kertas, kisah ini ada kaitannya dengan kejayaan hakiki seorang pelajar dan bezanya kejayaan hanya di atas kertas. Kepada yang memberi komen yang membina tentang entri sebelum ini, terima kasih saya ucapkan.

Siapakah saya untuk menulis tentang hal keberkatan ini, saya juga masih seorang pelajar, tidak terlepas dari soal keberkatan dalam pembelajaran ini. Saya juga ada juga salah dan silap, jangan kata tak ada salah dan silap. Tetapi kes yang saya ceritakan di atas sangat memberi pengajaran kepada saya. Soal keberkatan yang belum pasti diperolehi.

Keputusan yang biasa-biasa saja dan kadang kala teruk, merunsingkan semua pelajar. Maka, banyak cara yang dilakukan untuk mengelak diri dari kerunsingan itu. Cara yang senang untuk dapat markah yang tinggi dan tanpa perlu banyak berusaha.

Bagi saya, biarlah keputusan yang kita terima itu tidak seberapa, mungkin ianya atas kelemahan diri kita sendiri yang kurang berusaha. Daripada menerima keputusan yang baik yang datang dari hasil usaha yang tidak ‘halal’ itu. Lepas memang lepas, lulus memang lulus, tapi dari segi hubungan dengan pengajar dan Pencipta, belum tentu ‘lulus’ lagi. 

Kadang-kadang panas hati melihat rakan-rakan di belakang menyingkap buku mencari jawapan semasa ujian. Kita masih menggaru kepala memikirkan jawapan yang perlu dijawab, mereka pula tersenyum lebar menjawap soalan. Apabila mendapat keputusan, mereka yang meniru tadi mendapat skor yang tinggi, kita pula mendapat keputusan yang kurang sedikit daripada mereka. Adakah kita ini bodoh ataupun mereka yang pandai?

Moga kita beroleh kejayaan yang sebenar atas usaha kita sendiri. Dan dijauhkan pula dari ‘kejayaan di atas kertas’ itu.

Saya tidak kenal dengan si ‘awak’ itu. Si ‘awak’ yang bersekongkol dengan makhluk halus bernama ‘toyol’. Tapi si ‘awak’ ini bukannya keseorangan, malahan mereka berkumpulan pula. Moga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang sesat. Sebagai iktibar dan tanda ingatan kepada diri saya dan juga anda semua, terimalah sebuah puisi nukilan khas buat entri ini:

“Pabila Pensyarah Sudah Berkata
Lidah Kelu Tidak Terkata
Berkat Ilmu Turun Separa
Nahaslah kita Kelak Binasa

Pabila Guru Telah Berkata
Nasihat Itu Jangan Dilupa
Buat Bekalan Hidup Di Sana
Moga Hidup Aman Sentosa”

P/S : Ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, ahli keluargaku, rakan-rakanku, dan dosa Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah kembali ke pangkuan-Mu Ya Allah.. Amin Ya Rabbal A’lamin..

ILMU DIBERKATI HIDUP DIREDHAI!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);