browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Hari Ini Hari Apa?

Posted by on April 1, 2010

“Kamu boleh meninggalkan kota Granada ini jika kamu semua mahu menyelamatkan diri. Esok, berlayarlah dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan sana. Bawa sekali barang-barang kamu jika mahu selamat”, kata seorang tentera Kristian kepada penduduk Muslim di Granada, Sepanyol.

“Kami tidak mempercayai kamu!”, jerit seorang penduduk Muslim.

“Jika kamu tidak percaya, pergilah ke pelabuhan. Banyak kapal-kapal yang berlabuh di sana. Kamu boleh meninggalkan kota ini esok pagi untuk menyelamatkan diri”, jawab tentera Kristian itu.


Penduduk Muslim yang tidak berpuas hati itu, pergi ke pelabuhan untuk membuktikan kesahihan berita yang disampaikan tentera Kristian tadi. Apabila sampai di pelabuhan, ternyata apa yang dikatakan oleh tentera Kristian itu tadi adalah benar. Banyak kapal-kapal yang berlabuh di sana. Jadi, tentera Kristian tadi tidak menipu.

Setelah berpuas hati, penduduk Muslim membuat persiapan meninggal Kota Granada kerana telah dikuasai oleh Tentera Kristian. Mereka pun bergerak bersama barangan mereka ke pelabuhan. Tanpa disangka-sangka tentera Kristian menggeledah dan membakar rumah-rumah penduduk Muslim itu tanpa mereka sedari.

Selepas itu, mereka (tentera Kristian) bergerak ke pelabuhan lalu membunuh semua penduduk Muslim itu, tidak kira lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Peristiwa berdarah ini diraikan oleh tentera Kristian kerana berjaya menumpaskan penduduk Muslim dan menguasai Kota Granada dan negara Sepanyol dari pemerintahan Islam.

Peristiwa ini berlaku pada 1 April dan peristiwa memperbodohkan penduduk Islam ini diraikan di Sepanyol bahkan di seluruh dunia pada setiap tahun. Adakah kita mengambil tahu tentang kisah di sebalik hari ini?

*Kisah ini bukannya kisah yang kukuh untuk mengatakan ianya adalah asal usul April Fool ini. Ambillah sekadar renungan untuk semua.

HARI INI HARI APA?

1 April? Apa yang sinonim dengan hari ini? Ya.. APRIL FOOL.. Hari memperbodohkan orang di seluruh dunia. Melihat kembali peristiwa di atas, perlukah kita (Muslim) meraikannya bersama? Peristiwa umat Islam ditindas dan ditipu telah berjaya dieksploitasi kepada satu bentuk keraian sejagat.

Apa yang kita tahu tentang hari ini? Orang lain buat kita pun nak buat, seperti sambutan Valentine Day itu?

Cukuplah dengan semua rancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ingin menyesatkan umat Islam. Tambahan pula, tidak baik memperbodohkan orang dengan tujuan ingin melawak dan bergurau senda. Lupakanlah..

Banyak versi tentang sejarah April Fool ini, ada yang sedap didengar dan ada yang tidak, hakikatnya banyak yang fool! Sejarahnya yang sebenar tidak penting untuk kita tahu. Yang penting mesej jahat yang tersirat di dalamnya perlu dielakkan agar kita tidak terjerumus dalam kancah pembodohan ini.

Nabi Muhammad Solallahu A’laihi Wasalam pernah bersabda :

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” 
 [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

SAY NO TO APRIL FOOL !
Blogger Templates
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);