browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Himpunan Ummah Selamatkan GAZA (HIMMAH)

Posted by on April 18, 2010

“Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”

Pada hari Sabtu, 17 April 2004, sebuah helikopter Apache milik Israel membuat serangan roket dengan membedil sebuah kereta di Jalan Al-Jallaa, di wilayah Gaza. Bedilan itu mengorbankan pejuang HAMAS yang bernama Dr. Abdul Aziz al-Rantisi yang merupakan Presiden HAMAS yang kedua.


Sebelum itu, Syeikh Ahmad Yassin telah pun dibedil oleh tentera rejim Zionis selepas selesai melaksanakan solat Subuh pada 22 Mac 2004. Serangan yang menggunakan 3 roket Zionis itu telah mensyahidkan Syeikh Ahmad Yassin dan para pembantunya. Ternyata insan yang hanya berkerusi roda itu amat digeruni oleh rejim Zionis walhal beliau tidak mampu  mengangkat senjata. Moga semua yang syahid di medan Palestin diberkati oleh Allah Subhanahu Wataa’la.

Pada tahun 2005, rejim Zionis meningkatkan serangan kepada rakyat Palestin dengan menggugurkan Bom Phosphorus seberat 1.5 juta kilogram kepada 1.5 juta penduduk Gaza dengan keluasan hanya 300 kilometer persegi. Bom ini akan menyebabkan daging dan kulit terbakar apabila terkena di anggota badan.

Tembok Kematian juga dibina oleh rejim Zionis untuk mengepung penduduk-penduduk Gaza. Tembok yang dibina sepanjang 850 km mengelilingi Gaza dan mempunyai satu pos kawalan tentera Zionis di setiap 50 meter. Hatta kucing pun akan ditembak jika menghampiri tembok itu. Betapa kejamnya Israel ini.

BANTUAN UNTUK GAZA

Bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia telah lama dijalankan. Antara yang terbaru ialah konvoi Viva Palestina yang disertai oleh sukarelawan dari seluruh dunia dengan merentasi perjalanan sepanjang 3000 km dalam 1 bulan. Malaysia diwakili oleh 12 orang sukarelawan termasuk 2 orang dari Haluan Palestin.

Apa yang dikesalkan ialah sikap negara Islam sendiri terutamanya MESIR!! Menurut pengalaman Pengerusi Haluan Palestin, Tuan Haji Norazaman Mohd Samsuddin, polis Mesir menyerang dan tidak membenarkan mereka untuk masuk ke dalam Gaza sewaktu konvoi berlangsung. Negara Islam sendiri pun sudah jadi tali barut Israel, apa lagi yang nak dikata. Akhirnya, dengan pertolongan Allah Subhanahu Wataa’la, mereka diberi masuk ke dalam Gaza dalam tempoh 48 jam sahaja.

Kempen sumbangan RM 10 sebulan untuk Gaza telah dilancarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang. Kempen ini dilancarkan dalam program Himpunan Ummah Selamatkan Gaza (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas pada 17/4/2010 dan kebetulan program ini jatuh pada tarikh yang sama dengan peristiwa pembunuhan Dr. Abdul Aziz al-Rantisi. Marilah beramai-ramai kita menderma.

KEMPEN SUMBANGAN RM 10 SEBULAN UNTUK PALESTIN
AKAUN MAYBAK : 557157802444
BOIKOT BARANGAN ISRAEL DAN U.S.A

Hulurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Kita tidak mampu mengangkat senjata, kita hanya cuma dapat bantu dengan kewangan, masa dan doa kita. Oleh itu, Ayuh kita menyumbang!!

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam isu Palestin ini :

Hulurkan bantuan walaupun kita hanya ada 10 sen sahaja. Jika tiada, cukuplah dengan doa untuk mereka. Insya-Allah..

SEKITAR MAJLIS HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA

Program : Himpunan Ummah Selamatkan GAZA (HIMMAH 2)
Tarikh    : 17 April 2010
Tempat  : Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang
Masa     : 7.00 malam – 11.00 malam

Saya dan rakan-rakan ke sebuah majlis yang diberi nama HIMPUNAN UMMAH SELAMATKAN GAZA atau HIMMAH 2. Program ini dianjurkan oleh NGO-NGO Islam yang bersatu hati untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jom ke sekitar program ini..

Makan bersama UNIQUE di kedai Tom Yam di tepi jalan
Penceramah bersemangat memberi ceramah tentang isu Palestin
Sukarelawan mengangkat sepanduk GAZA
Pengerusi Haluan Palestin memberi ceramah
Tetamu Muslimin yang hadir
Tetamu Muslimah yang turut serta
Khusyuk menonton tayangan Palestin
Kami sambil ber’posing’
Awe sedang melawat gerai jualan
Akad jual beli album UNIQUE bersama Mahmud
Kami dan UNIQUE bersatu tenaga!!

Alhamdulillah.. Semuanya telah selesai dan program ini berjalan dengan lancarnya. Selain dapat mendengar ceramah tentang isu Palestin, kami juga dapat makan bersama-sama ahli kumpulan UNIQUE di sebelah petangnya. Moga ukhuwah ini dapat terus terjalin antara kita. Dapat juga bertemu dengan sahabat baru iaitu Mahmud yang komited dengan UNIQUE. Terima kasih kepada Abang Rozaimi, Fitri, Abid dan Hazree kerana bersama dalam ‘kembara’ ini.

“Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam)”.
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Peperangan menentang Zionis bukanlah perjuangan membebaskan Palestin semata-mata. Ianya lebih kepada pembebasan Islam di seluruh dunia. Tahukah anda Zionis juga telah menjajah seluruh dunia? Jika di Palestin mereka menjajah dengan senjata pemusnah. Tetapi yang lebih ditakuti ialah penyerangan pemikiran di seluruh dunia dengan menjatuhkan akidah seluruh umat Islam.

P/S : Pernahkah anda berfikir tentang masalah umat Islam? Jika sudah, tahniah untuk anda. Sama-sama kita berjuang menentang kebatilan dan selamat beramal..

Video Lagu Langkah Tercipta yang disampaikan oleh kumpulan UNIQUE boleh ditonton di sini..

ISLAM AKAN MENANG DI AKHIR ZAMAN!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Himpunan Ummah Selamatkan GAZA (HIMMAH)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);