browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Janji Pula Perlu Dikota

Posted by on April 26, 2010

1725. Itulah lebihan undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) untuk mengalahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Keputusan ini telah pun diumumkan oleh Pegawai Pilihanraya yang bertugas. Pendek kata, parti yang kalah jangan merajuk dan yang menang jangan pula terlalu gembira.


Keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor ini tidaklah begitu penting dalam soal bilangan kerusi di Parlimen, parti mana yang menang sekalipun tidak dapat merubah kerajaan Malaysia. Pada hemat saya, kemenangan dalam Pilihanraya Kecil ini akan menunjukkan siapa yang lebih hebat buat masa sekarang. Peperangan politik yang dilihat semakin panas sejak akhir-akhir ini membuatkan Pilihanraya Kecil ini begitu bermakna bagi mana-mana parti.

Kemenangan memberikan maruah!

PARTI ATAU WAKIL RAKYAT?

Jaringan jalan raya di seluruh pelosok daerah mengundi sesak dengan kenderaan. Diiringi pula dengan kes penyokong kedua-dua parti bergaduh di barong pengundi.

Percayakah anda jika saya katakan bahawa mereka yang terlibat dalam kes di atas adalah bukan pengundi di tempat mengundi tersebut? Jadi apakah motif mereka bergaduh? 

Pergelutan sudah menjadi adat sewaktu Pilihanraya

Pilihanraya Kecil diadakan untuk memilih semula wakil rakyat di sesuatu kawasan yang disebabkan oleh kekosongan jawatan wakil rakyat di kawasan itu. Persoalannya, adakah Pilihanraya ini memilih parti atau memilih wakil rakyat kepada rakyat secara praktikalnya?

Terlalu banyak isu nasional yang diketengahkan dalam tempoh ini selain kempen serang menyerang antara satu sama lain. Jelaslah, kita sudah tersasar jauh dari motif sebenar Pilihanraya diadakan. Apabila dendam kesumat menguasai jiwa, kawan dianggap lawan, lawan pula dianggap kawan.

Siapa salah siapa betul diketepikan kerana masing-masing mengatakan dia adalah betul. Apa cara sekalipun, parti tetap dipertahankan walaupun calon mereka dikatakan calon yang tidak bersih dengan skandal-skandal yang memalukan. Itulah realiti politik Malaysia, bila bersama di dalam parti, buruk baiknya di parti asal sudah dilupakan dan sekarang diagungkan pula. Sewaktu di dalam parti lawan dahulu, dicerca dihina dan gambarnya dipijak-pijak pula.

Politik seperti ini sangat merbahaya, tiada check and balance di antara keduanya. Politik yang hanya melihat salah di pihak lawan dan tidak di pihak sendiri. Kesannya, isu rakyat tidak diperjuangkan, isu peribadi pula dijajah ke seluruh negara. Bila nak buat kerja YB kalau asyik nak bergaduh saja?

BUKAN MUDAH MENJADI WAKIL RAKYAT

“YB.. Saya tak ada duit mau bayar itu bil eletrik rumah saya YB. Bagi la sikit sumbangan YB”, minta seorang penduduk kepada YB mereka.

Mahu tidak mahu sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut beliau perlulah membantu penduduk itu. Pada keesokan harinya si penduduk itu datang lagi, kali ini membawa bil elektrik jirannya pula. YB pun membantu lagi. Hari ketiga penduduk itu datang lagi, tapi dengan membawa bil elektrik, Astro, bil air, bil Indah Water dan lain-lain lagi. Aduh! Ini sudah gawat, YB dijadikan tempat meminta sedekah secara kehormat oleh rakyat!

Banyak ke sikit permohonan itu, poket YB pasti akan diseluk. Itulah realitinya.

Ramai yang berebut-rebut mahu menjadi wakil rakyat di waktu sekarang. Memfitnah, demonstrasi, dan gambar ‘super impose’ akan menjadi senjata menjatuhkan pihak lawan bagi membolehkan dirinya diangkat menjadi wakil rakyat.

Apabila menang, buat kecoh pula di Parlimen dengan terpekik terlolong di sana-sini dengan berdebat mempertahankan masalah peribadi dan parti sendiri di Parlimen. Rakyat pula menjadi mangsa dengan karenah YB-YB ini, isu rakyat tidak diketengahkan, undang-undang pula diluluskan tanpa dibahaskan dengan terperinci. Banyak berdebat kurang berjabat.

Bukan mudah menjadi wakil rakyat. Ramai yang tidak memikirkan tentang amanah dan tanggungjawab. Yang difikirnya ialah “KITA PERLU JATUHKAN PARTI LAWAN!!”. Terlalu banyak yang perlu difikirkan untuk kesejahteraan rakyat dan tiada masa untuk memperjuangkan isu peribadi. Ingatlah wahai semua.

Janji demi janji telah ditabur, dan tibalah masa untuk mengotakan pula apa yang dijanjinya itu. Bukan hanya menang bermanifesto, kalah mengotakan janji.

Bukan mudah menjadi wakil rakyat, seluruh masa akan digunakan untuk berkhidmat kepada rakyat. Sama-samalah menghayati lirik lagu Diari YB nyanyian ND LALA, menghayati dalam konteks amanah sebagai wakil rakyat amatlah berat dan tidak boleh dipermainkan. Terimalah.

DIARI YB – ND LALA

Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi

Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan

Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pengundi tahan mintak bantuan

Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang

Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi

Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk

Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang

Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
“Jersi baru kami hai macam mana”

Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga

Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah

Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Ditanya orang harapan
Apakah strategi lawan

Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan

Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek

Selepas YB mandi
YB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pengundi

Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
“Assalamualaikum YB..”

Lagu dan Lirik : ND Lala

Janji pula perlu dikotakan dan bukan hanya di atas kertas dan di pentas ceramah politik. Siapa yang menang perlulah menunaikan janji yang telah ditabur. Dan jika tidak mampu melakukannya, jangan berjanji lagi di masa akan datang. Rakyat tidak menyukainya.

P/S : Tahniah untuk Calon BN, YB P.Kamalanathan kerana berjaya menewaskan Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.

KATA DIKOTA JANJI PERLU DILAKSANA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);