browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Malam Bisikan Cinta

Posted by on April 3, 2010

Alhamdulillah.. Selesai sudah konsert yang telah lama dirancang itu. Saya bersama rakan-rakan ke USM (Kampus Kejuruteraan) menyaksikan konsert Malam Bisikan Cinta yang dijayakan oleh kumpulan Inteam. Konsert ni asalnya diadakan pada 12 Mac 2010, dan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka konsert ini ditunda pada 2 April 2010.

Bagi saya, konsert ini sama sahaja dengan konsert-konsert yang lain. Tetapi ianya memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Kenapa ya? Kerana kisah-kisah yang ada di sebaliknya..


KRONOLOGI KE KONSERT MALAM BISIKAN CINTA

1) Peserta sepatutnya berkumpul pada pukul 6.15 petang di kampus. Tetapi apakan daya, hujan turun dengan lebatnya dan ramai yang ‘tersangkut’ di tengah jalan untuk mencari tempat berteduh sewaktu dalam perjalanan ke tempat berkumpul. Hujan berhenti pada pukul 6.45 petang, barulah masing-masing yang ‘tersangkut’ dapat meneruskan perjalanan ke tempat berkumpul. (Alhamdulillah.. Hujan turun membasahi bumi yang lama membahang)

2) Ada peserta yang tidak muncul-muncul tiba. Telefon tak diangkat, cuba banyak kali pun macam tu. Akhirnya beliau angkat juga dan “errr.. tak jadi pergi la.. aku ada hal.. sorry yer.. ada masalah.. errr”. Hai.. Macam mana la tak geram, kami tunggu lama semata-mata tak nak tinggalkan diorang, rupanya tak dapat pergi. Kalau tak dapat pergi tak pe, tapi bagi la tahu, jangan menyusahkan orang lain tahu! Astaghfirullahal A’zim.

3) Bas bergerak jam 7.05 malam.

4) Tiba-tiba ada penumpang yang sesat masuk ke dalam bas (nak balik kolej tapi ternaik dalam bas kami), mujurlah bas lalu di hadapan kolej dan ada peserta kami yang tunggu di kolej itu, bolehlah beliau turun di situ. Kalau tak, free-free je ikut kami pergi konsert. Hai..

5) Sampai di USM sesat pula. Pusing satu USM walhal Pusat Islam nya dekat sahaja dengan pintu masuk. Alhamdulillah.. Kami sampai di sana dan terus menunaikan solat Maghrib di Pusat Islam USM Transkirian.

6) Selepas solat, perut berasa lapar. Kami pun mencari cafe kalau-kalau ada yang dapat mengisi perut. Tak jumpa! Bila ditanya di mana cafe, urusetia kata kena jalan kaki 10 minit dari dewan, baru ada cafe terdekat. Aduh.. Bas dah balik, takkan nak menapak pula ke cafe, pergi balik dah 20 minit. Terpaksalah menahan lapar, selepas itu kami ke Pusat Islam menunaikan solat Isyak. (cadang lepas konsert baru pergi makan)

7) Kami masuk ke dalam dewan jam 9 malam. Tunggu di dalam dewan hampir 30 minit sebelum konset bermula. Delay 30 minit.

8) Jam 9.30 malam, konsert bermula. Ingatkan dah mula, ada ucapan pulak. Ucapan Pengarah Projek dan Orang Besar kampus USM (tak ingat jawatan apa). Lepas tu ingatkan dah mula, ada lagiiii… Persembahan silat Cekak Malaysia pulak. Waduh.. Gawat ni.. Bila nak mulanya?

9) Jam 10 malam baru muncul kumpulan Inteam. Dengan gimik membawa lilin dari belakang dewan ke atas pentas. Selepas tu bermula konsert Inteam. Ada la dalam dua tiga lagu, konsert berehat pula. Bagi laluan kepada acara cabutan bertuah.

10) Nampak gayanya kami semua tidak bertuah (tak ada rezeki dapat hadiah).

11) Konsert berjalan sehingga pukul 11.30 malam. Ternyata lapar bertukar kepada mengantuk. Selepas bergambar beramai-ramai, kami pun bergerak pulang dengan menaiki bas tadi.

12) Kira-kira orang dah cukup. Tapi tersalah kira rupanya. Seorang rakan tertinggal kerana asyik berborak dengan sahabat lama yang tiba-tiba berjumpa di USM tu. Berborak sampai tak sedar dah kena tinggal. Nasib baik la bas tak gerak jauh, kalau tak, tinggal la kau kat USM tu.. Haha..

13) Pakcik bas buat perangai. Tak nak singgah makan! Kecewa semua yang lapar bangat termasuk la saya bila dengar pakcik tu cakap. Hehe.. Tak apa la, makan kat depan UiTM saja la. Siapa yang tak nak makan boleh balik kolej terus.

14) Tak tahu la kenapa dengan pakcik bas ni, banyak kali dah bagi tahu, masuk dalam kampus untuk turunkan orang. Tapi dia macam tak faham bahasa, dia turunkan kami di tepi jalan je. Alasannya : “gate dah tutup tak boleh masuk, (hai.. 6 sem saja kat sini, boleh je masuk kalau ada program), “dah lepas ni, jauh nak patah balik (saja buat alasan)”. Yelah, malas nak cakap banyak, kami pun turun la di tepi jalan. Kesian mereka-mereka yang mengantuk sebab kena jalan jauh masuk kolej.

SEKITAR MALAM BISIKAN CINTA

Solat di Pusat Islam USM sebelum bergerak ke dewan
Bergambar sebelum masuk ke dalam dewan

Menyanyikan lagu Medley Selawat bersama Inteam

Persembahan yang mantap dari kumpulan Inteam
Afiq, Aziz dan Firdaus bergaya dengan tiketnya

Bergambar kenangan selepas konsert



TERIMA KASIH SEMUA

Terima kasih kepada urusetia Malam Bisikan Cinta yang sudi menjemput kami ke konsert ini. Terima kasih kepada peserta-peserta dari UiTM Pulau Pinang yang sudi meluangkan masa bersama PKI dalam travel ini. Banyak ujian dan halangan yang berlaku sepanjang program ini, saya memohon ribuan ampun dan maaf di atas kesalahan yang dilakukan dan diharap anda semua dapat menerimanya.

Terima kasih kepada pemandu bas yang membawa kami ke konsert ini, walaupun kami terasa kecil hati dengan apa yang berlaku dan kami memaafkannya. Jika ianya disebabkan dari kesalahan kami sendiri dan kami memohon maaf dengan apa yang berlaku. Diharap pakcik dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.

“Ya Allah.. Terimalah perjalanan kami ini sebagai ibadah dalam proses kami mengenal diri-Mu Ya Allah.. Juga selawat yang kami alunkan di sepanjang konsert itu, terus disampaikan kepada junjungan besar Nabi Muhammad Solallahu A’lahi Wasalam.. Moga kami dapat menerima syafaat Baginda di akhirat sana.. Dan jadikanlah ujian yang kau berikan ini, menjadikan kami insan yang lebih matang dalam hidup kami yang singkat ini.. Amin.. Ya Rabbal A’lamin” 

 MALAM BISIKAN KASIH : SUATU KENANGAN !!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);