• Info,  Kejuruteraan

    Apa Itu Trademark, Pattern Dan Copyright?

    Sumber : Legal India Tidak berapa lama dahulu, syarikat McDonald’s telah menyaman pemilik restoran McCurry kerana mengatakan perkataan ‘Mc’ adalah hak milik Mc Donald’s Corporation. Dan pada 9 September 2009, mahkamah memutuskan bahawa McCurry dibenarkan untuk terus menggunakan perkataan ‘Mc’ pada nama restoran mereka. Sekitar tahun 1990-an, Meor Ahmad Fuad (Arwah Din Beramboi) mendakwa kartunis Ujang telah menciplak watak ciptaannya iaitu Din Beramboi atau nama sebenar watak itu Din Beramboi Alai Berjanggut. Kes ini dibawa ke mahkamah dan akhirnya kartunis Ujang menarik diri dari kes ini. Maka Meor Ahmad Fuad mendapat hak di atas nama Din Beramboi itu. Kes di atas adalah dua contoh kes yang berkaitan dengan isu copyright…

  • Jom Makan-Makan

    Makanan Berasap Dari Dapur

    Sebelum berjuang di medan peperiksaan akhir, hujung minggu saya dan rakan-rakan pasti dipenuhi dengan aktiviti yang menarik iaitu pengembaraan makan beramai-ramai. Pada siri ‘Jom Makan-Makan’ yang lepas, kami ke tempat makan di dalam ladang (klik sini), kali ini pula kami ke lokasi yang tidak kurang jauhnya daripada kampus. Hanya di tepi jalan raya. Jam 5.30 petang kami bertolak ke Teluk Air Tawar melalui jalan Lebuh Raya Pantai Bersih, Butterworth. Lokasi kali ini adalah Aidy’s Western Food yang terkenal dengan masakan ala Baratnya. Jom pekena Chicken Chop atau Beef Steak. Jom kita makan! DI AIDY’S WESTERN FOOD Suasana di Restoran Aidy’s Western Food Kami tiba di restoran itu dalam pukul 6…

  • Kejuruteraan

    Dari Sebatang Mild Steel (Fitting Tools Competition)

    “Kalau U nak jual kat pasaran, berapa yang U mahu jual?”, tanya Mr. Lim sewaktu singgah ke booth kumpulan saya untuk menilai projek Hammer Driver kami. Soalan cepumas menyinggah tanpa disangka-sangka. Berapakah harga produk kami itu jika dipasarkan? Soalan sebegini tidak pernah saya fikirkan dalam benak fikiran saya. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya menerima sebatang rod Mild Steel dan kami diarahkan untuk menyiapkan projek kami sendiri. Soal mahu jual atau tidak, bukan terletak dalam perancangan kami, dan memang tidak akan dijual! Satu ilmu yang baru. Seorang jurutera bukan sahaja mereka bentuk suatu produk berlandaskan ciri-ciri ergonomik, tetapi perlu juga mengambil kira soal pemasaran. Sebuah penukul yang diperbuat daripada logam…

  • Rencah

    Nak Makan Pun Ada Syarat?

    “Kira kak..Emm.. Dengan air Oren Sunquick sekali yer”, saya meminta kakak cashier mengira harga makanan yang saya ambil. “Sebelum order air, kakak nak tanya, nak makan kat meja mana?”, dia bertanya kembali kepada saya. Harga makanan masih belum dikira lagi, meja mana pula yang ditanya. Pelik. Saya pun melilau mencari meja mana yang berkenan di hati. Hah! Tu dia mejanya, saya tunjukkan kepada kakak tadi lokasi meja ‘idaman’ saya. “Ooo.. Situ ke? Tak boleh la. Kalau beli kat gerai ni, kena makan kat meja gerai ni jugak”, kakak tadi memberi penerangan yang membuat saya terpinga-pinga. Bagaimana ni, rakan saya membeli makanan di gerai lain, saya pula di gerai yang lain.…

  • Rencah

    Kanak-Kanak Pun Dilamun Cinta?

    “Ku Ukir Namamu, Di Awan Gunung Jerai.. Disaksikan Laut, Daun Nyiur Melambai.. Jauh Pandangan Permai, Di Situ Tanjung Dawai, Terkenang Peristiwa, Cinta Kita Terurai.. Oh! Indahnya.. Peristiwa.. Cinta Kita Di Pantai Merdeka..” -lagu Cinta Pantai Merdeka- “Sapa pulak yang pasang lagu petang-petang macam ni? Jiwang betul”, saya bermonolog di dalam hati seraya mata mencari siapakah gerangannya yang memasang lagu ini. “Masya-Allah!!”, saya terkesima! Di pintu sebuah rumah, seorang lelaki sedang duduk terkulai sambil memegang handphonenya. Lagu Cinta Pantai Merdeka nyanyian Jinbara sedang diperdengarkan. Bukan lagu yang memeranjatkan, tapi si lelaki itu yang mengejutkan saya.. Lelaki itu berumur antara 7-10 tahun! Umur di antara 0-12 tahun masih dikategorikan sebagai kanak-kanak. Jika…

  • Perspektif,  Rencah

    Apabila Pensyarah Sudah Berkata

    “Overall.. Test hari tu semua ok. Tapi saya tahu ada yang menipu saya!”, kata pensyarah kepada para pelajarnya. “Attendent sign, kuiz buat, test dapat bagus. Tapi saya tahu dia tak datang kelas. Mintak tolong dengan kawannya sign kan attendent, buatkan kuiz. Saya dapat cam tulisan ye, jangan kata saya tak tahu!”, pensyarah berkata lagi. Terpanar saya mendengarnya. Jarang sekali seorang pensyarah meluahkan sesuatu yang tidak memuaskan hatinya. Dan memang patut pun beliau berkata demikian, anak muridnya cuba menipu, bukan menipu pensyarahnya, tetapi menipu dirinya sendiri! “Saya tak akan bar ‘awak’ sebab ‘awak’ sign attendent yang mengatakan awak datang ke kelas. Tak apa, mungkin ‘awak’ akan dapat A+ dan lulus dalam…

  • Nasyid

    Rabbani Menang Lagi! Sudah Popularkah Nasyid Kita?

    Alhamdulillah.. Rabbani masih tetap unggul sehingga kini. Saya rasa setiap tahun kumpulan nasyid ini menggondol anugerah ‘Penyanyi Nasyid Paling Popular’ di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Memang setiap tahun, tapi dari tahun bila ya? Lalu dengan khidmat encik Google, saya berjaya menemuinya. Rabbani adalah Artis Nasyid Paling Popular dari tahun 2001 sehinggalah sekarang (2010) ! Masih terasa lagi detik pemergian Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang meninggal dunia tahun lalu. Kini Rabbani masih lagi tetap unggul tanpa ketiadaan Allahyarham. Tahniah kepada mereka. SATU PERSOALAN? Satu persoalan yang timbul di antara saya dan rakan-rakan yang lain, iaitu berkaitan populariti nasyid di Malaysia ini. Jika kita perhatikan, artis nasyid yang dikenali oleh masyarakat…

  • Aktiviti,  Nasyid

    Malam Bisikan Cinta

    Alhamdulillah.. Selesai sudah konsert yang telah lama dirancang itu. Saya bersama rakan-rakan ke USM (Kampus Kejuruteraan) menyaksikan konsert Malam Bisikan Cinta yang dijayakan oleh kumpulan Inteam. Konsert ni asalnya diadakan pada 12 Mac 2010, dan di atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, maka konsert ini ditunda pada 2 April 2010. Bagi saya, konsert ini sama sahaja dengan konsert-konsert yang lain. Tetapi ianya memberi kesan dan pengajaran kepada saya. Kenapa ya? Kerana kisah-kisah yang ada di sebaliknya.. KRONOLOGI KE KONSERT MALAM BISIKAN CINTA 1) Peserta sepatutnya berkumpul pada pukul 6.15 petang di kampus. Tetapi apakan daya, hujan turun dengan lebatnya dan ramai yang ‘tersangkut’ di tengah jalan untuk mencari tempat berteduh…