Subsidi : Tangkap Dulu Si ‘Pencuri’ Itu!

Di sana sini tak ada gula! Pelik saya dibuatnya. Adakah bekalan gula tidak mencukupi? Atau rakyat Malaysia ini terlalu banyak mengambil gula sehingga diistiharkan menghidap penyakit kencing manis? Mengapa tiada gula? Satu persoalan timbul. Sedang saya memikirkan tentang isu ini, tiba-tiba siaran berita berkenaan gula ini ditayangkan. Kisah-kisah si penyangak gula dibongkar!

Sakit hati saya melihat si pencuri wang rakyat membawa bekalan gula ke negara sebelah. Mereka menyeludup gula tanpa rasa bersalah! Al-maklumlah, gula di Malaysia jauh lebih murah dari di negara jiran sana. Mujurlah gula ini diseludup secara besar-besaran oleh insan-insan yang berhati ‘mulia’ seperti mereka. Apa perasaan anda melihat wang rakyat mengalir ke sana? Continue reading

Blog Baru Amanah Baru!

Selamat Datang Ke Blog saya yang baru!

Seperti yang saya luahkan di blog yang lama, saya berhasrat untuk menyusuri dunia blogging secara self-hosting. Alhamdulillah, sekarang ianya telah menjadi kenyataan. Syukur pada-Mu Ya Allah..

Jadi, saya menerima satu amanah yang baru, membawa blog ini kepada masyarakat dengan mengupas isu-isu yang boleh diketengahkan. Insya-Allah, saya akan mencuba yang terbaik. Mohon pandangan anda sekiranya apa yang disampaikan tersasar dari apa yang sepatutnya. Terimalah.. Jamal Rafaie (dot) Com..

Akhbar Mereka, Isu Kita

[sumber : google]

“Berapa harganya, Auntie?”, saya bertanya.

“Dua ringgit saja”, beliau menjawab dengan senyuman.

Petang itu, saya ke kedai runcit untuk membeli Masking Tape. Semasa mahu membayar di kaunter, saya memerhatikan senaskah surat khabar berbahasa China yang dibaca oleh wanita Cina itu (tauke kedai). Bukannya mahu membaca, malah saya sendiri tidak tahu apa yang dituliskannya. Tetapi ada suatu perkara yang membuatkan saya terfikir.

Continue reading

Sebaris Lirik Menuju Dakwah

Sou you shi zhe, xian zhi sheng ren
Yin Ling zhe shi ren zou xiang zhen dao
Tong ling zhe ummah, yuan li na kufra
Wei zheng ge yu zhou dai en chi

Oo eraivaa unnai pottri
Toodar Rasulullah
Nam ellorum, andru serndu
Eraivan valiel selvoom

Lagu Nur Muhammad bergema di dewan itu. Kumpulan Inteam dan Unique menyampaikan lagu-lagu di dalam album Nur Muhammad dengan baik sekali. Para penonton begitu khusyuk mendengar dan ada juga yang sibuk ke hulu ke hilir mencari buku idaman qalbu di sekitar tapak ekspo.

Di sebalik penonton yang mendengar persembahan Inteam dan Unique, ada seorang insan yang begitu tertarik dengan alunan lagu-lagu selawat yang didengarnya. Lalu insan itu menuju ke booth Inteam Records dan mencapai seunit album Nur Muhammad lantas membelinya.

Continue reading

Hadiah Buatmu Guru

Gambar Kenangan Kelas (2002)

Persiapan sambutan Hari Guru di kelas darjah 6 Gagah telah disiapkan. Kerusi meja tersusun rapi, belon-belon bergantungan, kad-kad ucapan ‘Selamat Hari Guru’ disemat di sekeliling kelas ibarat kad Hari Raya digantung di rumah sewaktu musim perayaan.

Pagi itu, semua murid kelas 6 Gagah datang ke sekolah dengan wajah yang ceria. Hari ini Hari Guru, pastinya segala yang dicurahkan oleh guru mereka, Cikgu Hasimah, akan ‘dibalas’ dengan sambutan ini. Murid-murid melakukan persiapan terakhir sebelum cikgu mereka sampai ke kelas.

Continue reading

Out, Jaring, Tanggung Dan Letih

[Sumber : Berita Harian]

“HA! Adoi.. Kenapa la tak masuk!”

Riuh rendah suasana ‘stadium’ di rumah saya. Aksi-aksi yang mengecewakan melebihi aksi yang mengembirakan ditunjukkan oleh pemain Malaysia. Kecewa dengan kekalahan berturut-turut pasukan negara. Kalah menang adat pertandingan. Saya meredakan kekalahan Malaysia terhadap China dengan kata-kata itu.

Continue reading

Ulasan : Secangkir Teh Pengubat Letih

“Ada yang pergi Turki dapat pahala, ada yang pergi Turki dapat dosa. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil. Itulah yang dikatakan, ‘Siapa kamu menentukan cara kamu melihat’. Kesannya pula ialah. ‘Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat”.

Mukadimah yang sungguh menyentuh pemikiran untuk berfikir. Ramai orang yang pergi mengembara dan melancong. Atas sifat apa? Suka-suka, menenangkan fikiran, mencari perempuan, mengkaji sejarah atau kembara iman mencari Tuhan? Setiap orang ada niatnya yang tersendiri untuk mengembara di bumi Allah Subhanahu Wataa’la ini.

Continue reading

21 Di Abad Ke-21

“GEDEBUSSS”

Saya tenggelam di dalam kolah air. Lemas tidak boleh bernafas. Diangkat menghirup nikmat udara, dan dicelup semula ke dalam kolah air itu. Berulang-ulang kali sehingga menangis.

Kejamkah? Tidak! Ianya satu pengajaran kepada saya kerana terlalu nakal mengacau adik-adik ketika itu. Akibatnya saya ‘dilemaskan’ di dalam air oleh Pakcik kerana kenakalan saya itu. Saya masih ingat peristiwa itu bukan kerana dendam, tetapi sebagai pengajaran yang mendewasakan saya hingga ke hari ini.

Continue reading