browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

21 Di Abad Ke-21

Posted by on May 12, 2010

“GEDEBUSSS”

Saya tenggelam di dalam kolah air. Lemas tidak boleh bernafas. Diangkat menghirup nikmat udara, dan dicelup semula ke dalam kolah air itu. Berulang-ulang kali sehingga menangis.

Kejamkah? Tidak! Ianya satu pengajaran kepada saya kerana terlalu nakal mengacau adik-adik ketika itu. Akibatnya saya ‘dilemaskan’ di dalam air oleh Pakcik kerana kenakalan saya itu. Saya masih ingat peristiwa itu bukan kerana dendam, tetapi sebagai pengajaran yang mendewasakan saya hingga ke hari ini.

Nakal Bukan Bermakna Jahat!

Disebalik kenakalan itu tersimpan seribu makna kepada jiwa kanak-kanak. Makna yang mencari jati diri ke arah dewasa. Ya. Kanak-kanak atau remaja selalunya nakal. Tetapi adakah ‘kenakalan’ itu memberi tiket untuk melakukan apa sahaja seperti merompak, merogol, mencuri dan memandu tanpa lesen di kalangan remaja boleh dikira sebagai nakal?

Saya selalu memikirkannya, senakal-nakal kanak-kanak atau remaja zaman dahulu tidaklah sejahat remaja di zaman sekarang (segelintir yang melampau). Mungkin kerana  kurangnya diajar budi bahasa sehinggakan remaja zaman sekarang sudah tidak reti bahasa! Walaupun subjek sivik diajar di sekolah, ia tidak dapat mengurangkan kadar ‘kenakalan’ remaja itu dan hanya diajar untuk skor dalam peperiksaan barangkali.

SAYA BARU BERUMUR 21 TAHUN

“Tipulah.. Kakak tak percaya awak umur 21 tahun!”, seorang senior tidak percaya dengan umur saya. Terpaksalah saya menunjukkan Kad Pengenalan saya untuk membuktikan bahawa saya berumur 21 tahun! Aduh.

“Terkejut saya, anak muda seperti awak boleh uruskan program yang besar macam ni”, kata pula seorang pengunjung semasa konsert Malam Aspirasi Islam dua tahun yang lepas. Ketika itu saya baru berumur 19 tahun.

21 tahun. Umur yang muda.

“Umur muda lagi ada hati nak bagi pandangan”

“Aku lagi awal makan garam dari kamu! Budak mentah. Mana boleh fikir lagi”

“Jangan nak bagi pandangan. Ingat! Kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga”

Ada apa dengan umur? Adakah kematangan ditentukan dengan umur? Ada sahaja si dewasa yang masih mengulum Loli Pop dan bersifat kebudak-budakan di khalayak ramai walaupun sudah berumur 30 tahun! Kematangan tidak ditentukan dengan umur tetapi mungkin pengalaman yang serba kekurangan. Ada juga yang mempunyai banyak pengalaman tetapi tidak mahu mematangkan diri dengan pengalaman itu. Ia satu kerugian besar.

Jadi. Apa yang boleh kita bezakan dari umur?

SAYA JUNIOR DAN ANDA YANG LEBIH TUA ADALAH SENIOR SAYA

“Yang Tua Dihormati, Yang Muda Dikasihi”.

Apa maknanya itu? Adakah seorang yang lebih muda boleh bersikap kurang ajar dengan yang lebih tua hanya kerana mempunyai ilmu yang lebih tinggi? Tidak. Yang lebih tua wajar diberi penghormatan dan panggilan yang sesuai dengan tahap umur seseorang.

Yang tua kepada yang muda bagaimana?

Yang Muda Dikasihi Yang Tua Dihormati – Gambar Hiasan

Perbuatan merendahkan orang muda bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan kita. Anak muda digambarkan sebagai berfikiran singkat, tidak berfikir panjang dan belum mengenal erti kehidupan. Anak muda kurang berpengalaman dalam kehidupan. Maka pengalaman itu perlulah dikongsikan bersama anak-anak muda ini. Itulah falsafah ‘Yang Muda Dikasihi’ bagi saya.

CETUSAN DIRI DI ALAM REALITI

Umur 21 tahun adalah satu proses peralihan daripada alam remaja kepada alam dewasa. Jika zaman remaja dahulu kita terlalu banyak bermain, tetapi di alam dewasa ini perlulah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Umur di sekitar 20-30 tahun adalah tahun yang mencabar. Sepanjang 10 tahun ini akan menyaksikan perubahan yang besar dalam kehidupan seseorang. Habis belajar akan bekerja, selepas itu akan ke alam rumah tangga dan penukaran status dari seorang bujang kepada suami dan Bapa. Masanya akan tiba jua. Insya-Allah.

Jangan mengatakan ‘Kita Masih Muda Lagi’, ‘Kita Masih Belajar’, ‘Muda lagi, enjoy la dulu’. Ayat itu adalah bukti kita masih belum matang lagi. Ia juga dapat melumpuhkan potensi diri menuju Ilahi.

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu…”
(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Semulia-mulia manusia adalah yang paling bertaqwa dan bukan mengikut umurnya.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan ‘Selamat Ulang Tahun Ke-21’ kepada saya. Umur kita bertambah tetapi kuantiti masa kita di dunia ini semakin berkurang sebenarnya. Moga doa yang kita lafazkan ke hadrat Allah Subhanahu Wataala memberi rahmat kepada kita semua. Amin. Insya-Allah..

NOTA :  Selamat Hari Lahir juga kepada Cikgu Azimah (guru saya di SBPI Sabak Bernam) yang berkongsi tarikh yang sama dengan hari lahir saya. Juga kepada Penasyid Terkenal Negara iaitu Saudara Nazrey Johani (ex-Raihan) yang tarikh hari lahirnya juga jatuh pada 12 Mei. Sebarkan doa sesama Muslim, setiap hari lagi dan lagi bagi menuju redha Ilahi.

SATU PERMULAAN YANG BARU DI ABAD 21!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to 21 Di Abad Ke-21

  1. nur solehah

    salam alayk…ya shbt…=)

    eh dah tua dah,…=)) hehe.

    sy tertarik dgn kisah pertama jamal tu…

    " Saya tenggelam di dalam kolah air. Lemas tidak boleh bernafas. Diangkat menghirup nikmat udara, dan dicelup semula ke dalam kolah air itu. Berulang-ulang kali sehingga menangis. "

    hehe…inilah cara ayah sy denda sy….masih terlalu segar dlm ingatan sy, bukan setakat ditenggelamkan, tp ditenggelamkan dlm air yg mengandungi cacing2 yg menggelikan..

    umur baru 5 tahun, di denda spti itu buat sy sgt takut pd ayah…ditenggelamkn smpai sy terkapai2..

    hehe, nampak cam kejam, tp sy tak kurang nakalny, padan muka!

    mm, dah lama sy tak on9..sdikit bz..=) baru seminggu dhospital, tp keje smpai tak menang tgn..

    pe pun, smga terus kuat dlm pjalanan hdup..smga terus mantap.insyaallah.

    [Reply]

  2. jamalrafaie

    Memang dah berumur pun. hehe.. La.. Mana aci sama je bentuk denda tu.. Hehe.. Tapi itulah yang mendewasakan kita sebenarnya..

    Dari cerita kawan2 yang sedang praktikal, memang tak menang tangan dibuli oleh senior untuk buat kerja, macam dah jadi pengarah hospital pulak kan? hehe.. Tapi tak pe, sume tu cabaran! Moga kehidupan Nur juga semakin mantap.. Insya-Allah..

    [Reply]

  3. nur solehah

    eh…sy bukan tu je denda..byk g…siap pnah lari satu padang..kena cubit smpai lebam2..kecik2 sy tak pnah syg ngn mak ayah..sbb sy selalu kena cubit, kena denda, kena marah..

    peliknya, tak pula sy simpan dendam eh…klu org skrg, tak leh nk jentik skit..habis masuk tv knon kes dera..

    hehe, sy tak kena buli la…physio kat sp baik2 insyaallah. baru 4 hari, sy dah byk sgt belajar, blum 2bulan..

    awal2 dtg, just buat observation. 2nd day, dah buat new case…sgtlah seronok.

    mcm2 ragam pesakit..siap ada yg nak tarik tudung sy…ada yg cepat sgt penat…ada yg takut2,.

    baru2 ni dpt case lelaki dewasa obese yg stroke, sy hampir nak menitiskan air mata, tgok kepayahan dia bergerak..bertambah sayu hati sy melihat ibunya penuh pengharapan nak anak dia sihat.

    terbayang wajah ayah n mak sy yg penah hantar sy berulang alik ke hospital..

    mcmni la klu keja kat hospital, mcm2 bleh tgok..hari ni buat treatment, buat exercise kat patient kat wad, esok dtg lg, patient da meninggal…hmm.

    skg, baru sy sedar…knp allah meletakkan sy di sini..knp takdir sy disini.=)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);