browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Bila Agaknya Blog Ini Akan Bertukar Domain?

Posted by on May 12, 2010

Diam tak diam entri yang saya tunggu-tunggu selama ini telah sampai waktunya.

Untuk pengetahuan anda, dua syarat yang saya tetapkan untuk blog ini bertukar domain telah dicapai. Syarat-syarat untuk saya menukar domain blog ini telah saya tulis di entri (BlogspotDotCom Ke DotCom). Apakah syarat yang telah saya lepasi itu?

ENTRI YANG KE-100

Entri ini adalah entri yang ke-100. Maka ianya telah melepasi syarat yang pertama untuk saya menukar domain dari Blogspot kepada DotCom. Jumlah 100 entri ini tidaklah begitu banyak jika dibandingkan dengan blog-blog yang terkenal dan konsisten menulis blog. Tetapi ianya amat memotivasikan saya.

FOLLOWERS DAH LEBIH 100

Syarat yang kedua ialah bilangan Followers blog saya perlulah mencecah 100 orang. Alhamdulillah, sehingga entri ini ditulis, jumlah Followers saya telah mencecah seramai 117 orang. Terima kasih di atas sokongan semua.

TUKAR DOMAIN DAN CABARAN PENULISAN

Menulis dengan aspek bahasa dan isu yang tinggi sangat mencabar diri. Yang paling mencabar saya apabila saya menulis tentang perspektif masyarakat terutamanya menulis tentang perangai manusia. Mengubah persepsi dan membawa idea yang berlawanan dengan arus karenah masyarakat semasa pastinya memberi cabaran yang hebat.

Kritikan dan komen yang pedas!

Semua itu memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang. Dengan kehadiran komen-komen seperti itu menunjukkan hasil penulisan saya dibaca oleh orang lain, tidaklah bermakna saya menulis untuk bacaan sendiri sahaja. Terima kasih kepada semua yang memberi komen yang membina kepada saya. Setiap komen dari anda sangat bermakna buat saya untuk terus menulis.

Arus kemodenan dan kecanggihan komunikasi elektronik sekarang telah menyebabkan dunia semakin mencabar. Jika kita lewat bermakna kita akan ketinggalan dan perjuangan percambahan idea melalui dunia blog semakin popular. Saya juga mahu menyertainya dan terus mengikuti perkembangan proses percambahan idea ini. Maka penglibatan saya di dalam dunia blog ini memerlukan satu flatform yang lebih serius kepada saya. Iaitu blog yang rasmi buat diri saya. DOT COM!

Saya masih lagi mencari syarikat hosting yang berkualiti dan menawarkan harga yang paling murah. Jika anda mempunyai cadangan hosting mana yang baik untuk saya gunakan bolehlah memberikan cadangan itu kepada saya. Saya mengalu-alukannya.

Semoga impian ini menjadi satu kenyataan. Insya-Allah..

P/S : Apa pendapat anda dengan Jom Hosting? Saya rasa syarikat ini boleh tahan juga servis dan harganya. Apa pandangan anda?

BLOG MENCAMBAHKAN IDEA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

7 Responses to Bila Agaknya Blog Ini Akan Bertukar Domain?

  1. chybee

    jom la tuka ke dot com 🙂

    [Reply]

  2. jamalrafaie

    Insya-Allah.. Doakan saya..

    [Reply]

  3. muhammad fakhruddin

    Cuba akhi tanya follower akhi tu,ada sesiapa nak tolong sponsor ^^

    [Reply]

  4. Steve

    jom la tuka ke dot com 🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Alhamdulillah dah bertukar ke dot com..

    [Reply]

  5. canon eos 600d kit

    Sekarang aku senang bahwa saya melihat situs ini, persis informasi yang sesuai yang diinginkan!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);