Hari-Hari Adalah Hari Ibu

[Source : http://t3.gstatic.com]

“Jamal.. Jamal.. Mari sini cepat!”, Marol memanggil saya di ruangan dapur. Saya terus berlari-lari anak ke dapur takut-takut ada kecemasan, maklumlah baru sahaja berlaku kebakaran kecil di rumah kami tempoh hari.

“Ada apa?”, saya bertanya kepada Marol.

“Tengok tu, ada anak burung dengan ibunya. Tengah bagi makan”, Marol menunjukkan saya sangkar burung yang tersorok di bawah baldi di dapur.

Kami cuba melihat dengan lebih dekat lagi tetapi ibu burung menyedari kehadiran kami dan terbang meninggalkan anaknya. Terdapat 3 ekor anak burung di dalam sangkar itu, baru sahaja menetas kerana bulunya masih belum tumbuh lagi.

“Kesian aku tengok anak burung ni nganga-nganga mulut, lapar tu”, Marol berkata kepada saya.

“Tak payah risau la, mak burung ni pergi cari makanan tu, tadi terbang sebab nampak kita datang. Nanti dia balik la bawak makanan.  Burung bukan macam manusia yang tergamak nak buang anak kat dalam tong sampah”, saya berkata pula.

Pagi itu memberi input yang bermakna bagri kami berdua. Perihal kasih sayang insan bergelar ibu yang banyak berkorban untuk kesejahteraan anak-anaknya. Tidak kira sama ada burung atau manusia,jika dia adalah ibu, berhak menerima penghargaan dari seorang anak.

TERLEPAS HARI IBU?

9 Mei 2010, saya terlalu sibuk mengemas rumah sewa di Pulau Pinang. Selepas itu terus bergegas balik ke rumah di Kuala Selangor. Memandu sepanjang hari membuatkan masa mencemburui saya. Hari itu hari ibu, saya tidak mampu menghantar sebuah SMS pun untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada ibu tersayang di rumah. Sayang sekali.

Adakah saya telah terlambat untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada ibu saya? Saya telah terlambat untuk mengucapkannya di Hari Ibu secara teorinya, tetapi secara praktikalnya, saya masih lagi berpeluang untuk mengucapkan ‘SELAMAT HARI IBU’ di dalam doa saya.

Ucapan ‘Selamat Hari Ibu’ adalah satu doa dan doa untuk ibu ayah sangat dituntut dalam Islam. Tidak cukup sekadar mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ dan pemberian hadiah, tetapi perlu diiringi dengan ketaatan dan kepatuhan. Oleh itu, setiap hari adalah ‘Hari Ibu’ kerana ibu perlu mendapat penghargaan dari anaknya sepanjang waktu.

Selamat Hari Ibu kepada ibuku (Rafeah Binti Hassan) yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk membesarkan saya walaupun sudah terlewat untuk mengucapkannya. Jasamu tidak dapat ku balas dan sangat berharga. Moga Allah Subhanahu Wata’ala membalas penat dan keringat ini dengan ganjaran syurga serta berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah..

Terima kasih Mama.

IBU RATU HATIKU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

6 thoughts on “Hari-Hari Adalah Hari Ibu”

  1. anak burung tu da okay da da tumbuh bulu…mak die tiap ari bwk makanan…die xske org pegang…ble nak bg makan die tak bukak mulut…tp kalau biarkan je dlm sarang tu pas2 bg pakai sudu nak lak…

  2. betul3…hari2 hari ibu…
    aritu mak ana ckp pd ana, ank mak xwish pun…
    sy ckp kat mak "mak, hari2 adlh hari ibu mak, slmt hari ibu mak…"
    mak senyum :))
    smbutn hari ibu setiap thn tu sbgi tnda nk hrgai ibu yg selama ni kite trlupa nk ucap trime ksih, so sekurg2nya smbutn hari ibu tu nk mengingtkn semula kpd ank2 kat luar sn, kite ade ibu yg perlu dan sgt2 layak utk dihargai…
    waallahu'alam

  3. Benar, dengan adanya sambutan Hari Ibu ni dapat mengingatkan sesiapa yang lupa dengan sumbangan ibu.. Tapi bukan hadiah yang ibu2 mahukan, tapi penghargaan dari segi kepatuhan dan kasih sayang kan? Yang penting doa untuk mak setiap kali lepas solat.. Insya-Allah anak-anak kita pula akan doakan untuk kita pulak.. "What You Give You Get Back" 🙂

    Selamat hari ibu untuk mak awak..

  4. sy pun pnah tjumpa anak burung patah syp depan gym uitm.

    kesian…sy bawak balik, ubat skit pe yg ptut..

    awal2 ok…tp, dlm bbpe minggu kmudian, anak burung tu mati..

    mati sbb dia dah tak bpe sihat sgt…xleh nk terbang.kesian…sgt.

    mak burung tu pun tak dtg2…='((

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *