browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Pengakhiran Adalah Permulaan

Posted by on May 5, 2010

Sekumpulan pelajar sedang membakar buku dan nota di belakang asrama.

“SPM dah habis!! Puas hati aku dapat bakar buku-buku ni semua. Haha..”, jerit seorang pelajar. Habis semua buku-buku itu dikoyak dan dibakar. Ibarat Harimau melapah Zebra, habis disiatnya. Tiada satu pun cebisan buku yang tinggal. Rakan-rakan lain juga berbuat demikian.

Di dalam bilik asrama lain pula ceritanya. “Yahoooooo.. Dah habis dah.. Haha.. Jom pecahkan loker! Bakkk!”. Sebuah loker menjadi mangsa kekejaman rejim ‘SPM’ yang sedang menyerang bertubi-tubi akibat nafsu yang tidak dapat dikawal.

“Cikgu.. Ampunkan kesalahan dan kenakalan kami sepanjang kami berada di sekolah ini. Doakan kami berjaya dalam kehidupan kami, cikgu”, pinta seorang pelajar kepada guru-gurunya yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.

Terlalu banyak ragam dan kerenah manusia apabila baru melepasi sesuatu ujian. Ada yang melepaskan perasaan dengan membakar buku, memecah loker, overnight sampai ke pagi dan ada juga menadah tangan ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala memohon agar diberi keputusan yang baik dan dipermudahkan dalam kehidupan yang bakal menyusul tiba. Setiap orang ada cara masing-masing meraikannya, anda bagaimana?

Selesai sahaja menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hati sudah menjadi tenang. Manakan tidak tenang, bertahun-tahun memeras keringat siang dan malam untuk menjawab soalan yang hanya diduduki selama 3 jam itu, adalah sesuatu yang puas apabila melepasinya.

Kepuasan itu boleh dirai, tetapi sampai bila? Selama-lamanya?

MEMBUKA LEMBARAN BARU

Menerima keputusan SPM adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab yang bagaimana? Bagi yang mendapat keputusan yang baik, peluang untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih tinggi kembali cerah, bagi yang kurang sedikit pencapaiannya pasti gundah memikirkan masa depan. Berjaya atau tidak, ia adalah satu tanggungjawab untuk membawa diri kita di masa akan datang.

[SBPI Sabak Bernam – kenangan yang tak dapat dilupakan]

Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah diumumkan. Itulah tanda kita akan meninggalkan sekolah dan membawa diri ke suatu tempat yang asing bagi kita untuk terus mengenal erti kehidupan. Kegembiraan yang dirai selepas SPM telah pudar dan diganti pula dengan perasan gundah memikirkan cabaran yang bakal menyusul.

Kegembiraan tamat UPSR diganti dengan cabaran PMR, habis PMR pula diganti dengan bahangnya SPM. Selesai cabaran di zaman sekolah, hadir pula era kampus SEE YOU DI IPT, pekerjaan dan alam keluarga. Pendek kata cabaran dalam hidup kita ini tidak pernah berhenti. Lagi dan lagi akan diuji selagi nyawa dikandung badan. Apa yang hendak diraikan lagi?

LEGA DALAM KERISAUAN

“Exam dah habis. Secara tidak rasminya diplomaku dah tamat”, saya menulis status ini di Facebook.

Tamat tetapi tidak rasmi? Ya. Semua kertas peperiksaan telah selamat saya duduki di semester terakhir ini, maka ianya telah pun tamat. Walau bagaimanapun ianya belum lagi rasmi selagi belum mengisi borang clearance dan keputusan semester akhir masih belum diumumkan. Moga semuanya dipermudahkan. Amin.

“Fuhh.. Lega dah habis exam. Boleh la enjoy”

Lega ini hanya seketika sahaja. Hanya untuk sebulan dua. Selepas itu cabaran yang lain pula akan menyusul tiba. Pasti dan pasti cabaran itu akan tiba, sama ada di peringkat Ijazah, pekerjaan, keluarga, masyarakat dan dunia.

PENGAKHIRAN ADALAH PERMULAAN

Pengakhiran hari ini adalah permulaan di hari esok. Usah terlalu gembira dengan kelegaan hari ini kerana belum tentu kita akan lega di hari esok. Kelegaan selepas ujian perlu diraikan. Tetapi dengan kesyukuran dan doa kepada Allah Subhanahu Wataa’la yang tidak berbelah bagi.

Untuk adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran di Maktab, Matrikulasi, Universiti dan lain-lain lagi. Tahniah diucapkan untuk anda semua. Gunakan kesempatan ini untuk membina diri kita sebagai seorang Muslim yang memberi faedah kepada agama, bangsa dan negara.

Sudah lama tidak menulis untuk yang sudi membaca, masa mencemburi kita semua dengan kesibukan yang melanda, mohon ampun dan maaf dari semua. Bagi rakan-rakan seperjuangan saya, doa dan semangat menjadi bekal agar kita sama-sama berjaya dalam perjuangan ini.

Hanya doa yang mampu dipohon dari-Nya agar dipermudahkan segala urusan yang bakal tiba.

SETIAP HARI ADALAH PERMULAAN YANG BARU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Pengakhiran Adalah Permulaan

  1. brotherone

    belajar sepanjang hayat harus dijadikan amalan. Terima kasih atas peringatan..

    [Reply]

  2. jamalrafaie

    peringatan yang sama2 kita ambil perhatian..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);