browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Sebaris Lirik Menuju Dakwah

Posted by on May 19, 2010
Sou you shi zhe, xian zhi sheng ren
Yin Ling zhe shi ren zou xiang zhen dao
Tong ling zhe ummah, yuan li na kufra
Wei zheng ge yu zhou dai en chi

Oo eraivaa unnai pottri
Toodar Rasulullah
Nam ellorum, andru serndu
Eraivan valiel selvoom

Lagu Nur Muhammad bergema di dewan itu. Kumpulan Inteam dan Unique menyampaikan lagu-lagu di dalam album Nur Muhammad dengan baik sekali. Para penonton begitu khusyuk mendengar dan ada juga yang sibuk ke hulu ke hilir mencari buku idaman qalbu di sekitar tapak ekspo.

Di sebalik penonton yang mendengar persembahan Inteam dan Unique, ada seorang insan yang begitu tertarik dengan alunan lagu-lagu selawat yang didengarnya. Lalu insan itu menuju ke booth Inteam Records dan mencapai seunit album Nur Muhammad lantas membelinya.

“Minta autograf sekali ya”, insan itu meminta tandatangan Inteam sebagai tanda kenangan pembelian album Nur Muhammad.

Selepas menurunkan autograf di album tersebut, Akhi Hazamin dan sahabat se-Inteam terkejut dan tergamam apabila menyedari kelainan peminat mereka itu. Peminat ini sungguh istimewa berbanding dengan peminat-peminat yang lain.

Peminat itu adalah seorang wanita India!

Menjaga booth Linguaphone di Pesta Buku Pulau Pinang itu, sambil mendengar alunan lagu-lagu selawat yang mungkin beliau sendiri tidak mengerti apa maksudnya, telah mencernakan hatinya memiliki album tersebut. Mungkin tertarik dengan lirik berbahasa Tamil di dalam sebuah lagu (Nur Muhammad) telah menyebabkan beliau tergerak membeli album itu. Wallahua’lam. Hanya Allah yang Tahu kisah yang sebenarnya di hati wanita India itu.

Itulah keajaiban dakwah. Sebaris lirik mampu membuka lembaran iman. Moga Allah Subhanahu Wataa’la membuka hati ‘peminat istimewa’ itu kepada Islam. Amin.

Sebaris Lirik Menuju Dakwah!

JIHAD NASYID BERBAGAI BAHASA

Nasyid dalam pelbagai bahasa sudah menjadi trend nasyid di Malaysia. Ianya dipelopori oleh kumpulan Raihan dengan lagunya Ching Ai Ching Ai. Semenjak itu, semakin banyak lagu-lagu nasyid yang dihasilkan dalam pelbagai bahasa bagi memenuhi kehendak dakwah melalui hiburan ini.

Kepelbagaian bahasa dalam sesebuah lagu membuktikan bahawa Islam adalah untuk semua manusia. Islam bukan hanya untuk bangsa Arab sahaja, malah meliputi keseluruhan bangsa di dunia. Bahkan, mempelbagaikan penggunaan bahasa selain bahasa Melayu dan Arab sangat berkesan untuk menyampaikan dakwah kepada kaum lain.

Saya ingin memberi satu contoh penggunaan bahasa lain dalam lagu nasyid. Lagu ini memberi kesan kepada saya kerana keunikannya. Keunikan yang mengikut ‘selera’ rumpun bangsa saya. Lagu Ojo Kelalen (Jangan Lupa) yang dinyanyikan oleh kumpulan Brothers :

Kito menungso seng orep nang dunio sedhilut ae
Semestine kito golek bekalan secukupe
Ojolah sampek kito kabeh dadi kelalen
Njaluklah ampun karo Pengeran Kuoso

Lirik lagu ini ditulis dalam bahasa Jawa. Pastinya lagu ini menarik minat sesiapa sahaja yang berketurunan Jawa termasuk saya. Keunikan nasyid di dalam bahasa yang lain (selain bahasa Melayu dan Arab) dapat menarik minat pendengar dari pelbagai bangsa dan keturunan. Bayangkan sahaja jika Maher Zain menyanyikan lagunya dalam bahasa Melayu, pasti lagu itu menjadi pilihan utama orang Melayu selama setahun kerana ‘kekaguman’ orang asing berbahasa Melayu. Anda percaya?

SEBARIS LIRIK MENUJU DAKWAH

Saya begitu tertarik dengan usaha yang dijalankan oleh sekumpulan penasyid tanah air yang sedang sibuk merakamkan lagu berbahasa Tamil. Mereka adalah Azwan Fareast, Fadzli Fareast, Muadz dan Zaidi yang bersatu dengan nama kumpulannya, SALAAM. Kali pertama menonton video mereka menyanyikan lagu di dalam bahasa Tamil telah ‘mencuri’ hati saya kepada lagu tersebut.

Album Salaam yang bakal terbit
[sumber : Mahadi Mohd]

Tambahan pula persembahan mereka ketika itu sedang disaksikan oleh penonton dari kaum India! Para penonton kelihatan begitu teruja dengan kebolehan anak Melayu ini menyanyikan lagu Tamil dengan baik sekali. Saya yakin, bukan mudah untuk menyanyikan lagu dalam bahasa lain, ditambah lagi dengan pendengarnya juga adalah kaum yang sebenar dengan bahasa itu. Tahniah SALAAM!

Inisiatif kumpulan Salaam semakin diterima oleh pendengar dari kaum Tamil. Lagu dan rentak dalam bahasa dan rentak Tamil, menawan hati pendengar sasarannya. Tahniah kumpulan Salaam. Semoga perjuangan kalian menuju kejayaan dan Islam dapat disampaikan kepada mereka. Insya-Allah.

Tidak dinafikan, usaha mempelbagaikan penggunaan bahasa dalam penyampaian lagu-lagu nasyid telah membuka hati ramai orang kepada Islam. Pada asalnya mungkin tidak begitu meminati genre nasyid, tetapi disebabkan oleh sebuah lagu yang sesuai dengan dirinya, maka nasyid menjadi pilihan utamanya (berkat usaha manusia dan hidayah Allah). Alhamdulillah.

NOTA : Terima kasih kepada sahabat saya yang berkongsi kisah Wanita India di atas. Bagi yang ingin memiliki album Nur Muhammad, bolehlah mendapatkannya di InteamMobile dengan harga promosi RM 23.00 sahaja. Tidak rugi membelinya. Insya-Allah.

HIBURAN WADAH DAKWAH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

6 Responses to Sebaris Lirik Menuju Dakwah

  1. m_chaoz007

    yg mendengar bkn islam mestilah teruja sebab org melayu islamade kebolehan menyanyikan lagu dlm bhase diorg..kalo kite dgr org putih nyanyi lgu melayu pun kite kagum ye tak…pape pn moge usaha kecil ini akan memberikan impak yang besar buat bukan islam di luar sana…

    [Reply]

  2. jamalrafaie

    Betul2.. Bila Far-E-ZeeN nak bawak lagu jawe? hehe..

    [Reply]

  3. nur solehah

    teringat mase muadz nyanyi tamil kat puncak alam…senyap sunyi sepi satu pdg kawad…=)

    semoga usaha kecil ini dberkati allah..insyaallah.

    jawa?? huhu….

    oh ye. klu smbg degree kt shah alam t, smbung lg ke pjuangan nasyid?? ade far e zeen lg ke?

    [Reply]

  4. jamalrafaie

    X acinya dapat dengar kumpulan SALAAM buat show.. Haha..

    Far-E-ZeeN? Insya-Allah ada rezeki dan semangat kami akan teruskan, kami bukannya kumpulan yang hebat, nak buat album pun macam angan-angan lagi.. hehe.. Setakat ni saya lebih minat untuk jadi penggiat nasyid belakang tabir..

    [Reply]

  5. nur solehah

    hehe..=) mm, bagus2..insyaallah..teruskn usaha.=)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);