Perjalanan 333 km!

Di suatu petang yang terasa bahang panasnya, sewaktu itu saya sedang mengulangkaji pelajaran. Tiba-tiba..

“Jom balik rumah naik motor!”, rakan saya mengajak pulang ke rumah menaiki motorsikal sempena cuti akhir semester ini.

“Ha? Kerja gila! Tak pernah lagi aku balik naik moto tau!”, saya terkejut dengan pelawaan itu. Namun, idea itu amat menarik, tidak perlulah saya menghantar pulang motorsikal ke rumah menggunakan Pos Laju lagi!

Setelah mendapat kebenaran dari Mama dan Bapak di rumah, saya pun melakukan kerja-kerja persediaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh ini. Dimulakan dengan men’servis’ motorsikal itu!

Membuat maintanance terhadap kenderaan adalah sesuatu yang wajib sebelum memulakan perjalanan jauh. Bak kata saya, “Jauh perjalanan luas kerosakan”. Jadi, langkah-langkah pencegahan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini perlulah dilakukan.

PERSEDIAAN PERJALANAN JAUH:

1) Pastikan kita menghantar motorsikal kita ke ‘klinik-klinik’ yang berdekatan dan dipercayai!

  • Tukar minyak pelincir. Terutamanya bagi motorsikal yang tukar minyak pelincir setahun sekali atau tidak pernah tukar pun! Minyak pelincir yang baru memberi performance yang mantap dan menjaga enjin kita. Saya menggunakan minyak pelincir Shell VSX untuk Yamaha 135 LC saya. Memang superb!
  • Minyak pelincir apabila dibuang dinamakan minyak hitam. Jadi, jangan biarkan minyak yang hitam itu menjadi warna yang kita sendiri tidak dapat mengenal pasti apakah warna minyak itu (dah terlalu lama la maksudnya). Kalau nak elok lagi, tukar sekali oil filter sekali ya.
  • Periksa brek sama ada masih okey atau tidak, periksa coolant (jika ada), lampu signal (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak), tayar cukup angin atau tidak untuk mengelakkan ketidakseimbangan pada motorsikal kita.

2) Basuh motorsikal anda agar tidak berat!

  • Memang menjadi kebiasaan sebelum berjalan jauh saya mesti ke Car Wash untuk memandikan kenderaan tak kira kereta atau motor. Langkah membasuh kenderaan sebelum perjalanan bukan suatu yang wajib, tetapi agar kenderaan kita kelihatan lebih bersih. Jangan biarkan motorsikal anda berat dengan lumpur-lumpur kering yang melekat di tayar motor anda.
  • Membasuh Motor sebelum perjalanan jauh memberi saya semangat dan menunjukkan kita sudah bersedia untuk menunggang motor itu.

3) Pastikan lesen memandu anda tidak tamat tempoh!

  • Jangan hanya tumpukan dengan motorsikal tanpa memikirkan tentang si pemandunya. Apa guna motor elok tetapi penunggangnya tidak berlesen?
  • Pastikan lesen memandu ada masih dalam tempoh lakunya. Jika telah tamat tempoh, cepat-cepat ke pejabat JPJ atau ke Pejabat Pos yang berdekatan untuk memperbaharui lesen memandu anda. Prosesnya cepat dan mudah sahaja. Jangan sampai anda ditahan kerana lesen memandu tamat tempoh. Satu kerugian yang besar tu..

4) Bawa bekalan minyak Petrol di dalam botol dan bekalan wang yang mencukupi

  • Perjalanan yang jauh tidak menjanjikan stesen minyak berada di hadapan anda sewaktu minyak motor anda kering! Apa yang saya lakukan ialah membawa bekalan Petrol di dalam botol. Mana la tahu tersadai di tepi jalan, minyak spare tu boleh la digunakan.
  • Tapi AWAS! Pastikan anda memilih botol yang berkeadaan baik untuk mengisi Petrol itu. Kesilapan memilih botol dapat memberi mudarat kerana Petrol sangat mudah terbakar. Tutup botol ketat-ketat dan simpan di tempat yang selamat seperti di dalam beg. Seeloknya di tempat yang dingin ya.
  • Wang yang cukup sangat-sangat diperlukan untuk membeli makanan dan mengisi minyak. Betul kan?

5) Pandu dengan cermat dan banyakkan berhenti untuk berehat

  • Perjalanan jarak jauh amat meletihkan. Anda dan kenderaan anda perlukan banyak rehat terutamanya bagi yang menunggang motorsikal. Tempoh 1 jam 30 minit sudah dikira terlalu lama bagi saya, ketika itu pinggang sudah mula lenguh, motor pula sudah terasa panasnya. Petanda untuk rehat la tu.
  • Berhentilah di R&R yang disediakan (bagi pengguna lebuhraya) atau di mana-mana tempat persinggahan yang dirasakan sesuai dengan selera anda.

PERJALANAN 333 KILOMETER!

Perjalanan dari Pulau Pinang ke kampung halaman saya di Kuala Selangor sangat memberi pengalaman. Perjalanan pada pukul 7.30 pagi bersama Shafiq dan Pidin itu dimulakan dari Pangsapuri Idaman dan terus menyusur masuk ke Highway PLUS melalui Juru. Alhamdulillah.. Perjalanan berjalan lancar tanpa ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Servis Yamaha 135 LC di CARE BIKE


Pidin, Shafiq dan Sidiq melihat perkembangan motor


Posing dulu di tepi highway.. hehe..


Pengalaman yang menarik bagi saya ialah mengambil gambar di tepi lebuhraya. Bukan mudah nak bergambar di tempat yang berisiko itu. Sebenarnya, ketika itu (ketika bergambar di tepi highway) saya dan Shafiq sedang menunggu Pidin yang tersadai jauh di belakang kerana kehabisan minyak. Mujur dah stand by minyak Petrol awal-awal, tak rugilah bawa bekalan kan?

Saya sampai ke rumah dalam pukul 2.30 petang. Lebih kurang 7 jam perjalanan juga ya. Kami memang banyak berehat, pendek kata, agak-agak minyak dah turun sangat tu, kami akan berhenti dan berehat. Sebelum memulakan perjalanan (Penang), jarum meter motor saya menunjukkan angka 10080 km, manakala apabila sampai di depan rumah (Kuala Selangor), jarum meter menunjukkan angka 10413 km. Jadi, perjalanan saya dari Pulau Pinang ke rumah sejauh 333 kilometer. Satu angka yang amat cantik! Syukur selamat tiba di rumah dengan selamat. Alhamdulillah.

Catatan saya kali ini adalah untuk berkongsi cara persediaan bagi yang ingin melakukan perjalanan jarak jauh dengan motorsikal. ‘Langkah-langkah sebelum perjalanan jauh’ di atas adalah daripada pendapat saya sendiri. Jika ada salah dan silap, anggap sahaja ianya dari pendapat dan pengamatan tentang penjagaan kenderaan oleh saya yang serba tidak tahu ini. Jika ada sebarang idea bolehlah berkongsi ya.

NOTA : Terima kasih kepada Shafiq dan Pidin kerana bersama-sama dalam pengembaraan ini. Syukran Jazilan. Kembara ini berlaku sebulan yang lepas. Akibat masa yang mencemburui saya, catatan ini telah terlari masa untuk disiarkan. Paling penting sebelum berjalan jauh ataupun dekat, jangan lupa baca DOA!

JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

22 thoughts on “Perjalanan 333 km!”

  1. ala.. senang je renew.. bayar RM 3O pastu cakap “Kak.. Nak hidupkan lesen”.. 2 minit siap.. mudah dan cepat.. hehe..

  2. agk2 brape kli u isi mnyk??and brape stesyen n dmnkah slalu u brhnti??i ingt na g kulim..so i x taw bpe kli kne prepare isi myk,,agpn na try g sowg…n klu g hantar pos laju,bpe ea dkenakan byran??n brpe ari bley smpi?>?

  3. Kalau lalu PLUS, dalam 80km tangki minyak moto akan habis.. Senang cerita, sampai je R&R isilah minyak walaupun ada lagi minyak dalam tangki tu.. Dan stand by sebotol minyak dalam beg dan tutup kuat2 utk elak kebocoran.. Banyakkan berehat sebab pinggang kita akan lenguh.. ^_^

    Pos laju paling lewat sampai dalam masa seminggu..

  4. salam..bro..na tnye lg la..mse u tgh bwk mto tu,agk2 bpe meter yg u kklkan time u bwk??n cm ne na sve myk time ngh bwk tu??bkn ape,i da cdg na gi sowng2 la bro..mmg la bosan,tp na timba ilmu jln sowg2 gi merantau,,hehe..klu da smpi prt bntr pn da ckup lega,bkn pa,i taw jln shortcut kt sne,lgpn i dr kjg..klu da cdgn n nsht u btaw i lar.thnkz..

  5. Emm.. Saya pun x brape arif pasal benda ni.. Tapi ikut pengalaman, kelajuan yang konsisten lagi jimat minyak.. Dalam 110km/j pun dah ok.. Kalau lalu ikut PLUS, insya-Allah minyak akan cukup dan stand by awal dengan minyak kat dlm beg.. ^_^

  6. Pingback: Jamal Rafaie » Blog Archive » TRAGEDI 2 SYAWAL (Kecurian Yang Tidak Disangka)

  7. ika nk tny la..botol ape yg sesuai tok isi petrol ek…ingt nk gi peneng dgn my lc gak…hehehhe…nk spare minyak dlm beg gak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *