Info,  KEMBARA,  Review

SELAMAT DATANG KE UiTM PULAU PINANG!

“Boleh tak abang post gambar-gambar UiTM Penang? Saya student baru, teringin nak tengok gambar kampus”, pinta seorang junior yang bakal mendaftar ke UiTM Pulau Pinang melalui ruangan diskusi saya.

“Insya-Allah”, saya membalas ringkas.

Permintaan ini sudah lama diminta oleh pelajar itu, namun saya kekurangan masa untuk menyediakan bahan untuk permintaan tersebut. Alhamdulillah, mungkin belum terlambat memandangkan pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar 26 Jun ini.

Khas buat bakal pelajar UiTM Pulau Pinang.. Sedikit gambaran buat anda semua.

SEKITAR UiTM PULAU PINANG

LOKASI :

Permatang Pauh, Pulau Pinang

.

PEGAWAI TERTINGGI :

1) Prof. Madya Mohd Zaki Bin Abdullah (Pengarah Kampus)

2) Prof. Madya Dr. Mohamad Abdullah Bin Hemdi (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik)

3) Prof. Madya Noor Awang Hamat (Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)

.

FAKULTI :

1) Kejuruteraan Mekanikal

2) Kejuruteraan Kimia

3) Kejuteraan Elektrik

4) Kejuruteraan Awam

5) Hotel Dan Pelancongan

6) Farmasi

7) Pengurusan Perniagaan

.

KOLEJ :

1) Kolej Zamrud (Siswa)

2) Kolej Baiduri (Siswi)

3) Kolej Mutiara (Siswa dan Siswi)

4) Kolej Kristal (baru)

.

KEMUDAHAN :

1) Gelanggang Futsal

2) Gelanggang Bola Keranjang

3) Gymnasium (Kolej Mutiara)

4) Perpustakaan (Komputer dan Buku Ilmiah)

5) Hotel UiTM

6) Dan banyak lagi kemudahan yang bakal ada dan sedia ada..

.

GAMBAR-GAMBAR

Pusat Islam

.

Suasana di Pusat Islam

.

Permandangan Kompleks Perdana

.

Laman Perdana

.

Suasana di Laman Perdana

.

Kolej yang baru dibina

.

Kolej Baiduri (Kolej Zamrud lebih kurang macam ini juga)

.

Hotel UiTM

.

Perda (Kampus Luar)

.

Banyak lagi yang boleh dipaparkan, tak sempat pula nak ambil semua gambar-gambar di sekitar UiTM Penang ini. Moga dengan sisipan gambar-gambar ini dapat menaikkan semangat pelajar-pelajar baru agar gigih menuntut ilmu di sini. Gambar-gambar ini juga dipaparkan bagi memberi info kepada para pembaca yang lain.

Pendaftaran pelajar baru UiTM bermula pada 26 Jun 2010. Selamat datang kepada semua pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UiTM. Jadikan peluang ini sebagai satu wadah dakwah kepada semua. Dakwah dari segi berjuang dalam pembelajaran.

NOTA : Dengar cerita intake kali ini antara yang teramai, pasti banyak cabarannya. Selamat bertugas kepada Pembantu Mahasiswa dan staf UiTM yang terlibat. Juga kepada warga UiTM yang lain, selamat bertugas.

SELAMAT MAJU JAYA!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

30 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge