browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SELAMAT TINGGAL FACEBOOK KU?

Posted by on June 4, 2010

Seumur hidup saya, hanya akaun Facebook (Fb) sahaja yang boleh dikatakan berjaya. Sebelum ini, akaun Friendster yang kejap ada kejap tak itu dianggap seperti hidup segan mati tak mahu! Ditambah pula dengan semangat yang berkobar-kobar untuk TIDAK melayan Friendster membuatkan akaun Friendster saya ‘berhabuk’. Dan password dan username nya pun saya sudah lupa!

Itu kisah lama, hari ini hampir kebanyakkan orang sudah mempunyai akaun Facebook sendiri. Ada juga yang bercerita bahawa seorang nenek pun sudah mempunyai akaun Facebook sendiri dan nenek itu menulis di dalam wall nya “sedang membuai cucu”. Dunia tiada sempadan, sungguh terharu!

Pada bulan lepas, Facebook telah menganjurkan satu pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad yang telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Dari isu itu, Pakistan telah menyekat akses Facebook di negara mereka sebagai tanda boikot dan pengharaman ke atas laman sosial popular dunia itu. Selepas itu, Bangladesh pula mengikut jejak Pakistan mengharamkan Facebook.

Sehubungan dengan kes itu, para cerdik pandai IT dari Pakistan telah membina satu laman sosial khas yang diberi nama MillatFacebook (MFb) bagi menggantikan Facebook. Ianya dibina sebagai alternatif menggantikan laman sosial Facebook kepada pengguna Islam (bukan Islam pun boleh juga). Bagi saya, kewujuan laman sosial yang dibangunkan oleh orang Islam ini adalah satu usaha yang baik. Tidaklah hanya pandai memboikot tetapi tiada alternatifnya kan?

Jika MillatFacebook ini boleh dikira sebagai alternatif, adakah pengguna Facebook tegar wajib menutup akaun mereka sekarang?

APA PENDAPAT SAYA?

Tunggu dulu! Jangan bertindak terburu-buru ibarat ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’. Alternatif ini masih terlalu baru! Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dielokkan lagi. Apabila laman sosial ini sudah setaraf dengan Facebook, maka ramai-ramailah kita berhijrah kepada MillatFacebook ya.

MillatFacebook

Buat masa ini saya lebih suka untuk mencuba dahulu. Tidak semestinya alternatif dapat memberikan yang setanding dengan apa yang sedia ada, kita tunggu dan lihat. Masih terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan kerana baru sehari saya mendaftar akaun MFb. Untuk meninjau review tentang MFb ini dengan lebih lanjut, bolehlah melawat entri rakan saya ini.

Jadi, dengan rasminya akaun Facebook saya masih dibuka lagi memandangkan MFb masih baru dan belum ramai yang mengetahui tentang MFb ini. Tambahan pula saya amat memerlukan Fb untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di dalam famili uniQue! Pasti mereka akan tercengang-cengang apabila menunggu saya hilang entah ke mana kan? Jika anda mahu add saya di MFb, bolehlah klik (di sini)

Saya menjemput anda untuk mencuba laman sosial yang dibangunkan oleh saudara se-Islam kita. Insya-Allah, MFb akan menjadi fenomena dunia tidak lama lagi, sama-samalah kita memeriahkannya!

NOTA: Pasti ada cabaran membangunkan laman sosial berpaksikan Islam ini. Selain cabaran menarik perhatian pengguna menggunakan kemudahan ini, cabaran dari ‘musuh’ juga akan mengambil tempat. Tidak kira sama ada ‘musuh’ mensabotaj MFb dari dalam atau luar, pasti akan ada cabarannya.Teruskan usaha MFb!

ADAKAH ANDA MAHU MENUTUP AKAUN FACEBOOK ANDA?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

11 Responses to SELAMAT TINGGAL FACEBOOK KU?

  1. muhammad fakhruddin

    Sebenarnya banyak lagi alternatif Facebook hasil tangan Muslim, seperti Umma-United.com dan Muxlim.com.
    .-= muhammad fakhruddin´s last blog ..Menunggu Pucuk Rendang Berbuah =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Oo yer.. tak teringat pulak dengan Umma-United.com, abg dah sign up dah akaun kat UU tu.. tapi tak sempat lagi nak update kat UU.. Tq Fakha ingatkan..

    [Reply]

  2. nur solehah

    aah, jamal ada komitmen lain kt fb tu..dgn family unique.

    mm, perlahan2 la..=) klu nak pindah rumah pun byk benda nk kena buat, samala jgk halnya dgn fb ni..

    hr tu sy tutup akaun fb pun byk bnda sy kena buat..hehe.=) pdahal sy ni bukan org pting kat mana2 pun.

    millatfacebook? dah lama sy dgr ttg lmn web sosial bru ni. tp, blum tergerak hati mahu meng’sign up’..

    serasa sy, umma-united sudah ckup.sudah memadai.nak byk2 lmn web sosial pun nak buat apa..=)

    apapun, semua org punya pdpt tersendiri..ye kan? =)

    jamal, apa kata buat website familiy unique, ke dah ada? sy je tak tau..hehe. sahabat unic & family unique tu sama ke?
    .-= nur solehah´s last blog ..diari : bernafas dan berfikirlah? =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    UU pun dah sign up.. Cabaran utama untuk laman sosial baru ni ialah nak kumpulkan pengguna.. Banyak jugak website alternatif utk ganti FB, tapi bile dah banyak cam tak united plak.. hehe.. X pe, mula cikit2 la ye..

    famili uniQue! tak de website lagi, uniQue pun blom ada website lagi! hehe.. setakat ni aktif kat fb je, blom buat pun lagi perjumpaan ajk untuk program pertama, insya-allah akan menyusul, uniq pun bz sekarang.. Jemput la join progrm uniq nanti yer..

    [Reply]

  3. nur solehah

    tak pe, pilihla mane2 yg bkenan..=)

    klu da bt pjumpaan t, usulkanla bt website sndri..nak buat pape pun senang..kat situ je, tak yahla nk mnumpang kat fb..hehe.

    insyaallah..dgn izin dan khndk allah, sy join.=)
    .-= nur solehah´s last blog ..diari : bernafas dan berfikirlah? =-.

    [Reply]

  4. teacherAzimah

    askum jamal…teacher selalu jer baca website baru awak ni, best!! cuma tak sempat nak bg comment and nak tukar add kat blog teacher. bzzz wooo.. alhamdulillah dah cuti sek 🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Hehe.. saya faham.. tengok blog cikgu pun saya rasa saya pulak yang bz.. selamat bercuti ke singapore cikgu..

    [Reply]

  5. aizuddin

    macam susah aku rasa nak tinggalkan fb..sebab kat situ lah tempat member2..kat situlah nak promote blog..huhu
    .-= aizuddin´s last blog ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Siaran Rtm =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    hehe.. betul3.. alternatif yang ada masih belum stabil lagi, loading selalu lambat dan tak ramai lagi guna.. So, tunggu dan lihat je la..

    [Reply]

  6. Syafrizal

    masih lagi ada alternatif.. mungkin saya juga akan pindah ke alternatif tersebut.. Insya Allah
    selain tu sokong lah produk islam makanan dan minuman
    ini tegur sikit dah maki kita balik
    siap buat entri blog lagi
    .-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.

    [Reply]

  7. fitrijohari

    byk lg kelemahan mfb ni…plg ketara loading lembab…mayb server xley tampung…tp harap2 lepas ni lg bgs..fb dulu awal2 pon gitu gak…
    .-= fitrijohari´s last blog ..Travelog: Mini Reunion @ Pulau Sibu! =-.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);