SPORTS TOTO MACAM MANA PULA?

1179. Terbeliak biji mata saya melihat nombor itu terpampang di dada akhbar. Nombor itu sangat dekat dengan keluarga saya, nombor itu adalah nombor kereta ayah saya!

Mulalah saya terbayang kot-kot ada insan yang menjeling nombor kereta ayah saya untuk dibuat nombor ekor. Mungkin nombor kereta lain, kerana beribu kenderaan bernombor 1179 di Malaysia ini! Mudah-mudahan bukan nombor ‘ilham’ dari kereta ayah saya.

Suatu hari saya bersiar-siar di pekan dengan berjalan menyusuri deretan kedai yang berada di pekan itu. Apa yang menariknya, ada sebuah kedai yang sangat ramai dilawati oleh pelanggannya. Bukan kedai menjual baju atau makanan, tetapi menjual nombor ekor! Nampak gayanya, tabiat berjudi agak biasa di kalangan orang kita, tidak kira Islam atau bukan Islam. Astaghfirullah.

Demam Piala Dunia akan melanda dunia tidak lama lagi. Demam ini bukan seperti demam selesema burung yang digeruni itu, tetapi kalau boleh setiap masa kena makan bola dan tidur bola. Di sebalik demam Piala Dunia ini, ada satu isu yang sangat hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia. Iaitu pemberian lesen judi bola sepak oleh kerajaan.

Walaupun diberi seribu kebaikan tentang judi ini, keburukan berjudi pasti melebihi kebaikan itu. Terpulang kepada kerajaan mahu membatalkan atau terus memberikan lesen tersebut, tapi kalau boleh diharamkan terus! Saya bukannya mahu berdebat tentang judi bola sepak ini, tetapi mahu mencetuskan pemikiran umum rakyat Malaysia. Adakah rakyat Malaysia bersemangat mengikut musim?

Dulu, semasa Palestin diserang oleh tentera Zionis, semua pakat-pakat boikot barangan Israel. Tapi bila semuanya telah reda, Mc Donalds kembali sesak! Kini isu rombongan kemanusiaan diserang Zionis pula mengambil tempat dan mendapat liputan dunia, tetapi saya tidak pasti sama ada isu ini masih memberi kesan kepada penduduk dunia apabila Piala Dunia mengambil tempat tidak lama lagi. Emm..

JUDI INI DEKAT DENGAN KITA

Jika lesen judi bola sepak ini diluluskan, ianya masih dikira jauh dengan kita. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Lihatlah kedai-kedai nombor 4D yang bertaburan di seluruh negara, mengapa kita tidak pula mengamuk atau mengadakan demostrasi untuk membantah kedai judi 4D itu? Walhal judi nombor ekor telah lama bertapak di negara kita ini dan setiap hari disaksikan oleh masyarakat di sekeliling.

Belum lagi diambil kira soal pusat perjudian yang terletak di Genting Highland. Apa bezanya judi di Genting Highland dan judi bola sepak ini? Sama saja rasanya kan? Tahniah kepada semua yang meluahkan rasa bantahan kepada cadangan kerajaan itu, itu menunjukkan rakyat Malaysia prihatin dengan isu-isu yang sensetif ini. Namun jangan sekali-kali menjadikan isu ini sebagai modal politik murahan yang hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik semata-mata. Di luar berdemonstrasi, di dalam hati “haha.. bagus-bagus.. Ada chance aku nak menang pilihanraya!“.

Saya berharap kerajaan dapat membatalkan cadangan pemberian lesen judi bola sepak ini untuk kebaikan semua. Jangan mengambil keputusan yang menyebabkan rakyat berang dengan keputusan itu. Fikirkan untuk membasmi judi, dan bukannya mencari alternatif untuk ‘membolehkan’ rakyat berjudi.

NOTA : Kesimpulannya, sama ada judi itu ‘halal’ atau haram, pasti si kaki judi tidak peduli. Laporan berita semalam mengatakan jumlah pelaburan judi bola sepak haram telah mencecah RM1 billion. Apa lagi yang hendak dikata, kalau sudah jadi kaki judi, semuanya akan diredah. Apa pendapat anda?

JUDI HARAM DI SISI ISLAM!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

5 Comments

  1. kadang2 terpikir..sapelah yang mula2 bawak judi ni?yang menjadi penyebab byknya kedai sport toto di malaysia…kat kelantan ade x erk..?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tak tahu la.. Tapi yang pasti kat Selangor, Pulau Pinang dan Kedah ada kedai ni.. Emm.. Bila la kedai ni nak ditutup? Jawapannya bila kerajaan nak tutp..

    [Reply]

  2. Biarlah.. Orang yang main 2 bukannya budak kecil lagi.. Dah besar dan boleh fikir sendiri. Lagipun, bagi saya ni investment. Jadi, ada juga duit poket bila nombor tu kena.. Boleh beli barang2 dapur, shopping….

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Makan yang halal bukan maksudnya makanan yang kita makan itu halal semata-mata.. Tapi dari sumbernya juga.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge