browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

STADIUM-STADIUM PIALA DUNIA 2010

Posted by on June 10, 2010

Demam Piala Dunia akan melanda dunia! Dengan bermulanya pertemuan di antara Afrika Selatan dan Mexico di Stadium Soccer City nanti, maka bermulalah juga demam bola di serata dunia.

Di antara aspek yang akan diperkatakan oleh peminat-peminat setia bola sepak dunia ialah tentang tempat beraksinya perlawanan itu. Tanpa stadium yang terbaik, satu-satu pertandingan itu bolehlah dianggap tidak berprestij. Maka tidak hairanlah tuan rumah Piala Dunia melaburkan berbilion wang bagi memberi yang terbaik untuk piala yang paling berprestij di dunia ini.

Keseluruhan stadium yang diperuntukan dalam Piala Dunia kali ini ialah sebanyak 10 buah stadium. Ada stadium yang sedia ada dan ada juga stadium yang dibina khas untuk Piala Dunia 2010 ini.

Mari sama-sama kita lihat stadium-stadium tersebut. Jom ramai-ramai!

.

STADIUM ELLIS PARK*

Lokasi : Johannesburg

Kapasiti : 61, 600 tempat duduk

Perlawanan : 7 perlawanan

*Stadium berusia 28 tahun ini pernah menjadi tempat perlawanan ragbi Piala Dunia 1995.

.

STADIUM GREEN POINT*

Lokasi : Le Cap

Kapasiti : 66, 000 tempat duduk

Perlawanan : 8 perlawanan termasuk separuh akhir

*Terletak di antara mercu tanda terkemuka di Afrika Selatan, Pergunungan Table.

.

STADIUM MOSES MABHIDA*

Lokasi : Durban

Kapasiti : 70, 000 tempat duduk

Perlawanan : 7 perlawanan termasuk separuh akhir

*Dinamakan sempena bekas setiausaha agung Parti Komunis Afrika Selatan, yang mencipta bendera kebangsaan Afrika Selatan.

.

STADIUM LOFTUS VERSFELD*

Lokasi : Pretoria

Kapasiti : 50, 000 tempat duduk

Perlawanan : 6 perlawanan

*Menganjurkan sukan utama sejak 1906.

.

STADIUM NELSON MANDELA BAY*

Lokasi : Port Elizabeth

Kapasiti : 46, 000 tempat duduk

Perlawanan : 8 perlawanan termasuk perlawanan tempat ke 3

*Diberi jolokan ‘bunga matahari’, gelanggang baru dan menghadap Lautan India.

.

STADIUM FREE STATE*

Lokasi : Bloemfontein

Kapasiti : 45, 000 tempat duduk

Perlawanan : 6 perlawanan

*Dinamakan sempena bekas pengasas Afrikaner Orange Free State. Dibina pada 1952.

.

STADIUM MBOMBELA*

Lokasi : Nelspruit

Kapasiti : 43, 600 tempat duduk

Perlawanan : 4 perlawanan

*Dinamakan sempena nama hidupan liar di Taman Negara Kruger.

.

STADIUM PETER MOKABA*

Lokasi : Polokwane

Kapasiti : 45, 000 tempat duduk

Perlawanan : 4 perlawanan

*Dinamakan sempena nama aktivis antidasar apartheid.

.

STADIUM ROYAL BAFOKENG*

Lokasi : Rustenburg

Kapasiti : 44, 500 tempat duduk

Perlawanan : 6 perlawanan

*Dinaik taraf dengan pembinaan bumbung baru.

.

STADIUM SOCCER CITY*

Lokasi : Johannesburg

Kapasiti : 88, 500 tempat duduk

Perlawanan : 8 perlawanan termasuk perlawanan perbukaan (Afrika Vs Mexico) dan perlawanan akhir (masih rahsia)

*Stadium terbesar di Afrika Selatan. Stadium baru yang akan menjadi pentas perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir.

Itulah tadi 10 buah stadium yang bakal menjadi tumpuan dunia. Info-info di atas dikongsi dari sisipan AKSI (Utusan Malaysia) yang banyak memberi info tentang Piala Dunia 2010. Gambar-gambar di atas pula diambil dari Google. Info di atas saya tulis dan ringkas untuk dikongsi bersama ya.

PIALA DUNIA 2010!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to STADIUM-STADIUM PIALA DUNIA 2010

  1. Fitrihadi.com

    perghh semua gempak2 🙂
    .-= Fitrihadi.com´s last blog ..Kenapa Yahudi Bijak? Selain Tak Hisap Rokok Yang Dicipta Diorang… =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    kejohanannya pun dah gempak kan.. 🙂

    [Reply]

  2. Syafrizal

    Stadium Johannesburg memang lawa…
    .-= Syafrizal´s last blog ..All Jacked Up – satu dokumentari yang patut anda tengok =-.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);