KOLEKSI ALBUM NASYID YANG NOSTALGIA

“Jamal.. Pinjam kaset nasyid kau. Aku nak dengar la”, rakan saya bernama Ajay meminta izin untuk meminjam kaset nasyid simpanan saya.

“Nah.. Pilihlah. Nanti pulak balik! Hehe..”, saya memberi izin sambil membuka laci loker saya yang tersimpan himpunan album-album nasyid yang saya kumpul.

Peristiwa itu telah 4 tahun berlalu. Ketika itu saya masih di bangku sekolah (SBPI Sabak Bernam) sewaktu tingkatan 5 di sekolah berkenaan. Setiap hujung minggu adalah satu masa yang saya nanti-nantikan, kerana waktu hujung minggu adalah masa untuk para pelajar keluar ‘Outing’ ke pekan Sungai Besar.

Setiap kali Outing, pasti ada misi yang perlu dicapai!

Kebiasaannya, saya akan ke kedai kaset (ketika itu CD masih kurang popular) untuk mendapatkan album-album nasyid yang ada. Tak kiralah album itu baru atau lama, saya tetap membelinya kerana saya belum pernah mendangar lagu-lagu itu. Mengapa tiba-tiba semangat?

WALKMAN DAN KUMPULAN NASYID AZ-ZAFFRAN

Semasa di bangku sekolah dahulu, saya menganggotai kumpulan nasyid Az-Zaffran. Pada mulanya hanya suka-suka bernasyid, namun suka-suka itu menjadi minat pula. Semenjak itu minat untuk mengumpul dan mengambil perkembangan nasyid semakin menebal.

Walkman juga menjadi punca utama pengumpulan album-album tersebut. Fenomena Walkman di asrama telah menjadi hiburan alternatif kepada para pelajar, ada yang memilih muzik rock, hip hop, dan saya pula memilih nasyid. Lagi pun, buat apa beli album itu jika tak ada alat untuk memutarkannya kan?

KOLEKSI ITU KINI DISIMPAN UNTUK NOSTALGIA

Antara koleksi album yang saya ada

.

Masa berlalu dengan laju, hari ini album berbentuk kaset sudah tidak popular lagi (mungkin dah tak ada lagi). Album-album sekarang kebanyakkannya telah dicetak dalam bentuk CD. Pemain kaset juga sudah tidak berfungsi, maka kaset-kaset itu hanyalah tinggal kenangan dan menjadi simpanan.

Mujur saya telah menyimpannya dalam bentuk digital di dalam komputer, jadi tidaklah terasa ‘kehilangan’ lagu-lagu tersebut.

Antara Album-Album Simpanan Saya :

INTEAM

Kasih Kekasih, Impian Kasih, Damba Kasih, Inteam 04, Tiada Lagi Kasih, Nur Insani, Allahu Rabbi, Nur Muhammad

UNIC @ UNIQUE

You And I See, See U Di IPT, Satu Tekad, Tika Itu, Nur Muhammad

MESTICA

Sendu Sendawa, Layar Keinsafan dan 313

HIJJAZ

Damai dan Selawat Nabi

FAREAST

Halawatul Iman dan Saat Lafaz Sakinah

RAIHAN

Kompilasi Lagu Terbaik Raihan

LAIN-LAIN

Snada, Saujana (5 Bintang), Suhaimi (Kias Cinta), Untukmu Sahabat (Kompilasi), Akhil Hayy (Nasyid Lagenda 1 & 2), Now See Heart (Selawat) dan banyak lagi.

Banyak lagi yang dibeli tapi tak semuanya saya ingat kerana disebabkan album itu tidak berada lagi dalam simpanan saya (hilang/dicuri/pinjam tak pulang). Namun lagu-lagunya tetap segar ke hari ini. Saya berasa sangat beruntung kerana menjadi peminat nasyid kerana tidak ramai yang tahu tentang perkembangan nasyid ini. Kebanyakkan orang hanya mengetahui Rabbani, Hijjaz dan Raihan sahaja.

Perkembangan muzik sangat lembap sekarang dengan kehadiran sistem DOWNLOAD yang meluas di internet. Lagu-lagu tersebut dimuat turun dengan mudah secara percuma, sedangkan kos membuat lagu-lagu tersebut menelan belanja beribu-ribu ringgit. Oleh kerana itu saya lebih gemar membeli album yang original walaupun ianya dikira mahal.

NASYID : HIBURAN MENDIDIK JIWA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

14 Comments

  1. saya ni, suka jugak layan nasyid.lagi2 kalau ada problem ke hati tengah gelisah ke. tapi, bila dengar orang pasang best jek.bila saya cari lagu semuanya tak best :( sedih jek.hehehe
    lizz´s last blog post ..Lelaki Kalau Dah Sayang- Awek Buat Palat Pun Tetap Setia ek

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Hehe.. Nasyid ada banyak genre sekarang.. Kehadiran genre rock, pop, rap, hindi, semua tu untuk memberi pilihan kepada pendengar bagi mendekati agama. Kita yang perlu pilih sahaja, nak muzik yang macam mana..

    Kalau nak ikuti perkembangan nasyid, insya-Allah saya boleh membantu.. ^_^

    [Reply]

  2. blh x tolong cari lagu2 nasyid klasik yg nama di kasetnye tulis Nur Muhammad SAW…dgr mase kecik2 dlu..tp sy dh cube cari,puas cari dlm google tp xjumpe..
    cntoh lagu ‘asroqol badrul ‘alaina, ya Rabbi bil Mustofa,hmmm…mtk tolong klu ade..hehe…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tau tak kaset tu dari kumpulan apa?

    [Reply]

  3. ehehe~ malangnya masa zaman az-zaffran mula2 dulu, mp3 tak terkenal lagi. Hmm, abg jamal x de recording az-zaffran time abang ke?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ada rakam, tapi masa tu guna radio ustaz Amir.. Kaset tu ntah mana tah.. Rindu gak nak dengar balik lagu2 dulu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge