KONSERT MAHABBAH GAZA MERIAH!!

konsert mahabbah gaza

“Jangan lupakan kami”

Kata-kata yang sangat menyentuh perasaan dari penduduk Gaza. Itulah yang dapat disimpulkan oleh Tuan Haji Norazman (Pengerusi HALUAN Palestin) yang turut serta dalam misi kemanusiaan ke Gaza (Mavi Marmara) yang diserang Zionis tempoh hari.

Tanggal 10 Julai 2010, Konsert Mahabbah GAZA dilangsungkan di Stadium Malawati Shah Alam. Apa yang ingin saya gambarkan kepada anda adalah konsert ini sungguh meriah dan bermakna!

Seperti yang saya maklumkan tentang Konsert Mahabbah Gaza tempoh hari, konsert ini bertujuan mengumpul dana bagi memberi pertolongan kemanusiaan kepada penduduk Gaza. Di samping itu, dapat juga kita melawat booth-booth yang menyertai ruang pameran ekspo pada kali ini.

Apa yang best pasal konsert dan karnival ni?

GERAI-GERAI JUALAN

Terdapat banyak gerai-gerai jualan yang hebat-hebat belaka. Bukan gerai sahaja yang hebat, pengunjung juga melihat duta-duta produk secara eksklusif di sana. Saya dapat berjumpa dengan Munif Ahmad (Munif Hijjaz Perfume) dan Ustaz Fauzi (Jus Tok Guru). Mereka sangat sempoi!

Selain gerai-gerai jualan, karnival ini juga bersempena dengan ulang tahun yang ke-sembilan radio IKIM.FM (Pilihan Utama) dan IKIM.FM juga menjadi radio rasmi kepada konsert pada malam itu.

munif hijjaz perfumeMunif Ahmad di gerai Munif Hijjaz Perfumes

Rabbani di mahabbah gaza Rabbani di booth Haluan Palestin

booth inteam

Booth Inteam Records

booth ikim

Saya di booth IKIM.FM

DJ ERWAN Bersama DJ Erwan di sebelah pentas

.

Terlalu banyak gambar yang diambil, tetapi tidak semuanya dapat dilampirkan di sini. Pendek kata, karnival ini dapat mengumpulkan kebanyakkan produk-produk Islam yang berada di pasaran. Di samping itu, dapat memberi satu alternatif bagi memboikot barangan Israel.

SEKITAR KONSERT MAHABBAH GAZA

Di sebalik sorakan gol perlawanan antara Kelantan dan Selangor di stadium sebelah (Stadium Shah Alam), terdengar pula sayup suara membangkitkan Gaza. Persembahan dari kumpulan Raihan, Saujana, Inteam, Now See Heart, Rabbani dan Ummul Qura’ sedia memberi semangat kepada ribuan penonton yang membanjiri Stadium Malawati.

Persembahan nasyid diselangi dengan persembahan sajak dan yang paling ekskulsif ialah perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Norazman (Pengerusi Haluan Palestin) semasa ditahan oleh Israel semasa menaiki Mavi Marmara ke Gaza tempoh hari.

mahabbah gaza 2 Persembahan khas dari semua artis jemputan

ustaz asri ibrahim Video kenangan Arwah Ustaz Asri sangat menyentuh hati

saujana Saujana membuat persembahan

konsert mahabbah gaza 2 Bergambar kenangan di atas pentas

.

Di akhir konsert ini diumumkan sebanyak RM27 000 telah berjaya dikumpul di sepanjang karnival ini (mungkin lebih lagi). Alhamdulillah, masih ramai lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada saudara kita di sana. Moga usaha ini dapat dipraktikkan lagi pada masa akan datang.

Di bawah saya sediakan juga sedikit sedutan lagu-lagu yang dirakam pada malam itu. Ambillah lirik lagu itu sebagai pencetus semangat memperjuangkan Palestin walaupun hanya mampu berdoa. Hayatilah lagu-lagu ini..

Hanya Takdir (Inteam)

Mahabbah (Rabbani)

Intifada (Rabbani)

Di Pondok Kecil (Rabbani)

Damai Yang Hilang (Now See Heart)

.

Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan kehadiran NGO dan badan-badan korporat yang sudi menaja program seperti ini. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Moga jasa semua dibalas oleh Allah dengan kebaikan.. Insya-Allah..

NOTA : Tersentuh dengan nyanyian Azahari (Now See Heart), beliau menangis ketika menyanyikan lagu Damai Yang Hilang.. Lirik yang cukup hebat!

PALESTIN.. KAMI TIDAK AKAN LUPA KEPADA MU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

15 Comments

  1. 1 pendekatan yg menyemarakkan lagi semngat juang utk trs mbantu saudara kita d sana krn ia tggjwb kita sesama muslim
    …palestine tomorrow will be free..kami x kn lupakan mu..
    ..mahabbah gaza…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya.. Betul tu.. Usaha ni masih kurang, kena banyakkan lagi.. Satu usaha baru bagi saya, tabung di rumah harus ada.. Sehari seposen pun tak pe.. Janji nak menyimpan untuk GAZA..

    [Reply]

  2. Pingback: Jamal Rafaie (dot) Com » Blog Archive » JOM KE KONSERT MAHABBAH GAZA!

  3. ermm..idea yg cukup bagus bg sy.setiap org kena ade inisiatif sendri sprt sdr.. sy amat bsetuju sgt tu, dgn mbuat tbung sendiri d rumah kn… anyway syukrn ye sdr jamal d atas idea ni..akan sy usul/kongsi kn pd fmly & rakan2 agar bantuan ini dpt disalurkn scr b’terusan..insyllah…mabruk!

    [Reply]

  4. Salam…Alhamdulillah,konsert ni byk mberi makna bt sy & rakan2..
    sedih & terharu bla vokalis utama kump Nowseeheart menangis..
    Pd mulanya,sy ingat,beliau trlupa lirik..dtambah pulak,slpas psembhan Nowseeheart,ade slide show pasl Ustz Asri & kata2 yg dy penah ungkap..Jd btambah2 la hujan yg turun dlm Stadium.. :)
    Moga konsert ni dpt mberi kesedaran kpd masyarakat trutama yg turut serta pd mlm trsebut.. AMIN!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah saudara Azahari tak lupa lirik, lagu tu hari2 beliau nyanyi.. hehe.. Mungkin beliau sebak tu.. Bagus la, kita yang menonton ni naik semangat bila tengok beliau menangis..

    [Reply]

  5. Alhamdulillah usaha yang murni untuk mengingatkan umat islam khususnya di Malaysia tentang kezaliman Rejim Zionis.Meskipun melalui kaedah yang diusahakan oleh pendakwah-pendakwah melalui nyanyian dan perniagaan, Perjuangan menentang keganasan Israil mesti diteruskan, menanamkan semangat fisabilillah untuk menegakkan syiar islam kembali teguh di bumi Palastin.

    [Reply]

  6. Perjuangan menentang keganasan zionis mesti diteruskan meskipun dengan pelbagai cara. Bersama-sama kita umat Islam Kembalikan keteguhan syiar Islam di bumi palastin (GAZA) yang sekian lama telah diceroboh dengan rakus oleh Israil.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. Palestin akan dibebaskan semula akhirnya, janji Allah pasti berlaku.. Rugi kiranya kalau kita tak bersama dalam kemenangan itu.. Allahu Akbar!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge