browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

MAJU TAPI MUNDUR?

Posted by on August 26, 2010

“Dulu.. Wak sekolah belanja 10 sen je tau. Siap ada baki boleh bawak balik rumah”, kata Wak Salleh.

“Wak ingat lagi, tahun 50-an Wak ikut rombongan sekolah ke Kuala Lumpur. Kena bayar 10 ringgit je. Masa tu 10 ringgit dah kira mewah dah. Masa tu jugak, nak cari basikal pun susah, siapa ada moto dah kira mewah sangat la tu!”, tambah Wak Salleh lagi.

“Zaman sekarang dah mewah. Kalau nak kira kereta, satu rumah paling kurang dah ada satu kereta. Budak-budak sekolah sekarang pun belanja sehari dua tiga ringgit. Zaman dah makin maju dengan kemewahan, tapi Wak rasa sebenarnya kita makin mundur la”, Wak Salleh menegaskan kata-katanya.

“Kenapa pulak Wak kata makin mundur?”, saya meninggalkan tanda tanya.

Perbualan di antara saya dan pengawal keselamatan sekolah (Wak Salleh) pada malam itu sungguh mencetus percambahan pemikiran. Sudah menjadi kegemaran saya mendengar cerita-cerita ‘klasik’ orang-orang terdahulu. Mereka banyak pengalaman yang berguna untuk dikongsikan. Termasuk cerita dari Wak Salleh.

Kenapa zaman sekarang yang semakin maju dikatakan semakin ‘mundur’ oleh Wak Salleh?

Satu persoalan.

Manusia semakin kaya dengan kemewahan dunia. Tetapi miskin di suatu sudut yang sangat praktikal. Iaitu soal hati dan perasaan.

KISAH DULU-DULU

Masyarakat dahulu tidak mewah, mereka hidup dalam keadaan yang susah dan serba kedhaifan. Tetapi hati mereka kaya dengan budi pekerti yang luhur. Hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat-menghormati.

Ketika itu masyarakat kurang dihiasi dengan kisah pembuangan anak, pelacuran, ketagihan dadah dan pelbagai lagi masalah sosial yang membimbangkan.

Tenteram dan damai secara kebiasaannya.

Zaman sekarang?

KEMODENAN MEMBAWA ‘KEMUNDURAN’?

Secara teorinya, kemodenan membawa manusia ke alam yang lebih maju. Segalanya serba mudah dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat dibangunkan. Pergerakan dan kehidupan manusia semakin cepat dengan teknologi itu, dimudahkan cerita ibarat ‘segalanya di hujung jari kita’.

Namun, kebiasaannya setiap teknologi itu secara tidak langsung membawa satu bentuk ‘penjajahan’ baru yang akan menyelinap masuk ke dalam hati manusia tanpa kita sedari. Ianya adalah sikap malas dan kurang bersyukur!

Generasi zaman sekarang kebiasaannya sudah ‘mempunyai’ segalanya apabila dilahirkan ke dunia. Kemudahan eletrik, air yang bersih, kemudahan dan tajaan pelajaran, makanan yang tidak putus-putus, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah.

Tetapi, jika nikmat itu tidak dihiasi dengan pengisian rohani, dikhuatiri ianya membawa barah kepada kita dengan kurang bersyukur dengan apa yang ada. Kesyukuran ini membawa kepada muhasabah hati dan apabila syukur tiada di dalam hati, ada satu lagi penyakit yang bakal timbul iaitu penyakit ‘serba tak cukup dengan apa yang ada’!

SERBA TAK CUKUP DAN KESIBUKAN DUNIA

Dunia hari ini semakin sibuk.

Bebanan hutang kereta, rumah,pinjaman pelajaran dan kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan masyarakat perlu bekerja dengan lebih banyak untuk menampung keperluan hidup keluarga.

Tekanan suasana bekerja akan menyebabkan ramai orang mengalami stress yang kuat ditambah pula dengan iman yang nipis di dalam hati.

Apabila stress tidak mampu dikawal (disebabkan bebanan kehidupan), maka terjadilah kes-kes mendera isteri, bunuh diri, simbah asid, cemburu yang tidak bertempat, kelar, bunuh dan lain-lain lagi yang tidak sanggup didengar!

Dunia semakin kalut dengan masalah!

Itulah yang dikongsi oleh Wak Salleh kepada saya. Dunia hari ini semakin maju, tetapi maju dari segi pembangunan material sahaja, dan bukannya soal hati dan iman kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Bersetujukah anda bahawa kita mengalami masalah hati yang teruk?

MUHASABAH UNTUK DIRI INI YANG SERING LEKA

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

8 Responses to MAJU TAPI MUNDUR?

  1. makcik intan

    setuju sesangat dgn apa yg dikata kan,

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Benar.. Itulah yang berlaku sekarang.. (^_^)

    [Reply]

  2. intan permata

    slm..a’ah btul2.. aih? msjid ghufran?dlm kesibukn progrm sempat ag? subhanallah ya akhi…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya.. Di masjid ghufran.. Tido di sini..

    [Reply]

  3. aminbaek

    salam jamal..

    benar..
    rasanya kita dapat merasai transformasi zaman tersebut..

    dulu masa kecil2,darjah 3 ke apa,
    dengan jiran,sgt rapat..harmoni..ambil tahu pasl orang(bukn jaga kain la),ada gotong royong,ramai involve..

    tapi da masuk 2000++,komputer da banyak,henfon lg..makin lama,masyarakt makin menyendiri..hal ko hal ko..hal aku hal aku..
    lagi ramai menekan keypad hp dari bertegur sapa..

    keadaan masyarakt skang huru hara..abg rogol adik,ayah simbah asid..tiada jaminan kselamatan lg da..ahli keluarga sendiri yang buat..

    benar..rohani yang perlu diisi..insyaallah..

    sekadar pendapat..hehe
    aminbaek´s last blog post ..Reaksi orang Malaysia

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Itulah yang berlaku sekarang.. Kita kaya dengan harta, tapi miskin hati dan budi.. Emm.. (^_^)

    [Reply]

  4. cemara putih

    semakin maju teknologi…semakin kurang kewarasan dr sudut mentaliti manusia..ye lah..cbe tgk..ank2 zaman skrg..ingt mse zmn kite kecik2 dlu..xde pun fb,xnal apa tuh ym..tp..boleh je hidup..main bersama.bergotong royong dlm aktiviti..tp skrg nilai2 tuh da mcm lenyap mcm tuh je…ank2 hr nie lebih leka ngn dunia it jiran2 pun x knl..walhal sebelah rumah @ sbrg jln je….dlu nk apa2 ketuk pintu umah jiran skrg gne ym je..pny aa mls kan ?..tp tu lah..nk je kembali ke zmn2 lampau..xde sume nie …tp nilai2kemasyarakatan tu hidup…hurm…
    cemara putih´s last blog post ..Jalinan Ukhuwah – Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman –

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Itulah senjata orang kafir untuk memusnahkan orang Islam.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);