Aktiviti,  Nasyid,  Tinta ADMIN

PERTEMUAN YANG TAK DISANGKA

Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini.

Tidak seperti dulu, hampir setiap hari blog ini akan diisi dengan sesuatu yang baru. Inilah hakikat kehidupan, kadang kala tenang, kadang kala sempit. Kadang kala sihat, kadang kala sakit.

Sejak kebelakangan ini, saya banyak bersama UNIQ di dalam program-program mereka. Sekitar dua minggu yang lalu, hampir sepuluh program yang saya sertai bersama mereka. Oleh sebab kekangan masa yang sempit itu, entri baru belum dapat disiarkan.

Namun.. Saya tidak sangka dapat berjumpa dengan pelawat blog saya yang sebelum ini belum pernah saya temui. Perjumpaan yang tidak disangka.

DUNIA INI KECIL?

Ketika itu saya di Taiping bersempena dengan Festival Nasyid Negeri Perak 2010 (UNIQ menjadi juri pertandingan). Tiba-tiba seorang lelaki muda menegur dan menyebut nama saya.

“Sihat Abang Jamal?”, beliau menegur saya. Tetapi saya tidak mengenalinya.

“Alhamdulillah sihat. Macam mana boleh kenal saya?”, saya bertanya.

“Kenal dari blog la. Jamalrafaie.com kan?”, beliau memberitahu.

Alhamdulillah. Allah Maha Merancang pertemuan dan perpisahan. Bidang blog ini meliputi seluruh dunia. Bayangkan ianya dapat diakses dari seluruh dunia. Maka tidak hairanlah kita mempunyai ‘kenalan’ yang kita sendiri tidak mengenalinya. Hanya di alam maya bukan di alam nyata!

Di Festival Nasyid Negeri Perak tempoh hari, saya berjumpa dengan saudara Syafiqi Zakaria. Beliau seorang penggemar muzik nasyid dan mempunyai koleksi lagu-lagu nasyid melebihi 3000 lagu! Masya-Allah.. Tahniah Syafiqi!

Saya dan Syafiqi di booth UNIQ

.

Seorang lagi pelawat blog ini yang saya temui ialah Makcik Intan.  Dimudahkan cerita, Makcik Intan ini adalah kenalan kepada abang-abang UNIQ. Saya dan UNIQ berkunjung ke rumahnya dan tidak disangka, Makcik Intan mengenali saya! Mengenali saya melalui blog dan katanya beliau selalu melawat ke blog ini. Alhamdulillah.

Pertemuan dan perpisahan adalah dalam bidang kuasa Allah Subhanahu Wataa’la. Saya tidak menyangka ada insan yang di luar sana yang mengenali saya walaupun saya tidak mengenali mereka. Moga pertemuan ini akan berkekalan dengan ukhuwah di jalan Allah. Insya-Allah. Terima kasih..

BERKAWAN BIAR BERIBU, BERCINTA BIAR SATU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge